➥ LEVEL 92
Aku duduk di atas katil yang sudah disediakan. Permainan baru sahaja tamat tadi. Dan kami baru lepas mengisi perut dengan ramen. Sekarang pula masa untuk tidur.
Tapi aku tak boleh tidur. Terfikir pasal kejadian tadi. Zombie tu betul-betul nyata depan mata aku. Sumpah seram. Ada darah yang sudah busuk mengalir dari giginya dan juga darah kering yang melekat pada baju dan muka. Dengan jalan yang tak betul. Sampai aku kena marah dengan Haechan sebab tak buat apa-apa.
Yelah. Kau banyangkan lah sendiri. Zombie depan mata kau. Apa je aku boleh buat. Bunyi pistol yang bertubi-tubi masuk ke dalam gegendang telinga aku. Nak menangis je rasanya dekat situ juga.
"Tak tidur lagi? " tegur Johnny.
"Ya. Tak boleh tidur. " aku bangun dari pembaringan lalu memandang Johnny yang sedang ketawa kecil.
"Haechan ada marah awak? " tanya Johnny.
"Ada, dia marah sebab tak tembak zombie. Yuta dah ajar. Tapi saya terlalu terkejut. Jadi dia marah saya. " terang aku dan Johnny hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Lapar lagi ke? "
"Tak. "
"Tidurlah. Saya kena berjaga. Nanti orang lain pula yang jaga. Giliran saya pula yang tidur." aku hanya menganggukkan kepala dan kembali baring di atas katil.
"Nah, makan ni. "
"Apa ni? "
"Makan je. Minum air. Telan. " pil yang diberi Johnny tadi aku masukkan ke dalam mulut dan minum air kemudian aku kembali baring.
"Dah pukul berapa ni? " tanya aku pada diri sendiri.
"Mengantuknya.. " aku mengiringkan badan ke kanan dan akhirnya aku terlelap.
☽
Aku bangun dari tidur yang lena. Dah pagi. Terang. Perlahan-lahan aku turun dari katil. Bahu aku yang terasa sakit aku urut sedikit. Baru terasa sakit satu badan.
Setelah mencuci muka dan berkumur-kumur. Aku turun ke bawah untuk mengisi perut. Nampaknya tadi. Cuma aku sorang sahaja yang bangun lambat.
Kepala yang terasa sakit aku sentuh. Berdenyut-denyut. Aku berhenti beberapa minit dari terus berjalan. Apabila rasa pening sedikit menghilang, aku kembali membuka langkah.
"Eh, Ryujin! Jom makan. " jemput Minnie.
Prang!
"Ryujin! "
Mereka yang tengah duduk di ruang meja makan mula menghampiri aku yang sudah terduduk di atas lantai. Barang, habis berterabur.
"Awak okey? " aku gelengkan kepala.
"Ambilkan air manis. Bibir dia pucat. " Yeji yang berada disebelah aku bangun untuk mengambil segelas air manis.
"Awak nampak saya? " aku gelengkan kepala. Tak nampak. Nampak bercahaya je. Bila semua dah kerumun dekat aku. Aku rasa tak selesa. Sudah lah pening. Satu badan sakit. Nak muntah pun ada.
"Badan dia panas. Aku rasa dia demam. " beritahu Minnie.
"Haih, demam pulak.. "
"Haechan, bukan masanya lah. Bukan sekarang. " Mark bersuara.
"Mungkin dia terlejut semalam. Sebab tu dia demam. Ryujin minum air ni. " terasa bibir aku menyentuh bibir gelas. Perlahan-lahan aku minum air tersebut.
"Cuba awak bangun. "
Tubuh aku diangkat perlahan dan cuba menggerakkan aku. Tapi tak sampai berapa saat aku dah kembali rasa nak tumbang semula.
"Tak apa, tak apa. Biar aku yang angkat dia naik atas. Mark sediakan ubat untuk dia. " tubuh aku terus terasa diawangan apabila seorang lelaki mengangkat aku dan akhirnya aku terlelap kembali. Yang pasti rambutnya berwarna biru gelap.
☽
Permainan sudah pun bermula 10 minit yang lalu. Sekarang ni aku berada di dalam kereta yang tak ada sebarang cahaya. Hanya aku, Minnie dan Yeji sahaja dalam kereta ni. Yang lain keluar untuk menembak zombie.
"Kita kena gerak. Johnny perlukan kita. " enjin kereta dihidupkan dan terus pedal minyak ditekan habis oleh Minnie.
Srrt!
Berasap kereta itu kerana berhenti secara mengejut. Pintu kereta dibuka. Johnny dan Haechan masuk ke dalam kereta.
"Gerak. "
"Sekarang kita kena pergi arah jam 2 untuk baling bom. Lepastu pergi arah 9, 10, 11 dan 12. Yuta dengan Mark perlu pertolongan korang berdua. " Yeji mengangguk dan mula menghidupkan senjata.
Srrt!
Kereta berhenti secara mengejut sekali lagi. Dua biji bom dibaling. Dan kereta pusing mebelok ke arah kiri yang menunjukkan arah jam 9.
"Johnny ambil alih. " arah Minnie.
"Aku nak ikut. "
"Aku nak ikut. Aku nak cuba guna pistol. "
"Kau jangan nak mengada-ngada aeh. Nanti kau bukan tembak pun. Pura-pura jatuh buat drama romantik dekat situ sebab ada Yuta. " Haechan memandang aku tajam.
"Jom. Ryujin. "
Aku, Minnie dan Yeji terus berlari pergi ke arah Yuta dan Mark yang sedang menembak.
"Tepi! "
Jerit Yeji dan terus beberapa das tembakkan dilepaskan pada beberapa ekor zombie. Yuta dan Mark semakin berundur ke belaiang kerana peluru mereka yang semakin sedikit.
"Okey. Tenang. Benda ni sama je macan game. Okey? Just shot." pistol aku bawa naik ke atas bersedia untuk melepaskan tembakan.
Bang!
Bang!
Bang! Bang!
Bang!
"Aduh! Tak kena pula. "
Bang!
Bang!
Bang! Bang! Bang!
"Ryujin! Kiri! " jerit Yuta tanpa aku sedar.
Minnie pusingkan badannya ke arah kiri lalu melepaskan tiga das tembakan pada zombie yang berada di kiri aku dan dia kembali menghadap depan untuk menembak zombie yang lain.
Aku?
Terus terdiam. Hanya perhati sahaja zombie yang sudah terbaring di hadapan kiri aku.
"Hei, jom. " tangan aku di tarik dan kami bergerak ke arah jam 11 pula. Dan kali ni kami berlima menghabiskan kesemua peluru yang ada sebelum permainan tamat.
Bab ni, last tau saya update. Busy sikit sejak dh masuk 16 thun ni (ㄒoㄒ). Insyaallah saya cuba update secepat mungkin ya. Fanfic ni short story je. Ke nak sambung panjang lagi? Huhuhu 😝😝
YOU ARE READING
[C] In Game
FantasyBila selalu sangat bermain video game sampai tak ingat dunia dan tidak mendengar kata orang tua. Akhirnya diri aku selamat masuk ke dalam game tersebut. Game yang aku harus menang semua level dengan cara menembak kesemua zombie yang ada di dalam le...