Aku duduk dihadapan meja komputer aku. Macam biasa. Bila ada sahaja masa terluang. Aku akan main game sampai ke pagi."Akak. Aduh. Kau main game lagi? Nanti ibu marah lah." rungut lelaki itu.
Dia Woojin. Shin Woo Jin. Adik aku. 16 tahun. Dia pandai. Tapi tak reti main game. Aku pandai juga. Cuma malas nak belajar lebih.
"Aku pelik lah dengan kau ni. Nak kata kau bodoh, kau pandai. Tapi kau suka sangat bazirkan masa kau dengan main game yang tak ada faedah ni sampai pagi." Woojin melabuhkan punggungnya di atas katil aku.
"Kau diam lah dik. Pergi tolong ibu sana. " suruh aku seraya mata tidak henti memandang skrin komputer.
Zombie World
Game ni tak pernah mengecewakan aku. Setiap bulan. Dia akan tambah benda baru. Senjata baru. Tempat baru. Watak baru. Semua baru. Watak dia. Tak pernah tak kacak. Cantik pun ada. Aku selalu ambil watak Yuta. Dia paling banyak bintang dari watak lain. Kiranya dia paling handal lah dalam game tu. Tapi masa aku beli watak dia mahal we. Banyak juga duit aku terbang nak beli dia.
Kalau Yuta ni memang wujud. Aku dah tak payah risau dah. Biar dia je selamatkan aku dari kena makan dengan zombie. Aku goyang kaki je berdiri belakang dia. Ceh! Berangan tak pernah tak tinggi! Aku hanya tersenyum seorang diri.
"Aku rasa. Baik kau tolong ibu kak. Sekurang-kurangnya, dapat juga aku rasa air tangan kau masak makanan lain selain mi segera. " headphone dikepala aku tarik ke belakang dan menoleh memandang dia.
"Sekurang-kurangnya. Aku reti jugalah nak masak. Basuh baju. Sapu sampah tu semua. Daripada kau. Goreng telur pun takut. Pergi sana. Sibuk je duduk dalam bilik aku. " headphone kembali dipakai dan sambung bermain semula.
"Haih, lantak kau lah kak. Kau pandai je pun aku dah bersyukur. " selepas itu Woojin terus keluar dari bilik akaknya.
"Woojin. Akak mana? "
"Akak? Dalam bilik. "
"Buat apa? "
"Urmm. "
"Main game? Haih. Tak tahu lah nak jadi apa esok anak dara tu. Main game je tahu. Termasuk dalam game tu tak boleh keluar balik. Baru dia tahu. " Woojin hanya tersenyum sahaja.
"Game apa yang akak kamu main tu? Zombie? " tanya Puan Shin.
"Aik, ibu. Tahu? "
"Tahu lah. Hari tu ibu masuk bilik akak. Akak tunjuk dekat ibu. Apa nama watak tu? Johnny. Kacak betul! " puji Puan Shin.
"Eh ibu ni. Pergi buat kerja rumah sana. Ibu pun nak jadi macam akak ke? " Woojin menggelengkan kepalanya dan berlalu pergi meinggalkan Puan Shin.
"Ryujin. "
Pintu bilik anaknya dibuka dan menyapa Ryujin yang sedang fokus bermain game di dalam komputer.
"Ryujin. Tolong ibu." bahu anak perempuannya disentuh lembut.
"Ibu nak apa? "
"Tolong ibu. Kamu asik main je game tu. Tak pernah nak buat ulang kaji. Tolong ibu pun jarang. Kalau kamu tak nak tolong ibu. Pergi belajar sana. Jangan asik main game je. Tengok adik kamu Woojin tu. Elok je dia. Kamu duduk dekat dalam bilik ni berjam-jam membazirkan elektrik. Tak kesian ke dekat ibu ni?" Ryujin diam. Mendengar apa yang Puan Shin katakan. Ibu langsung tak tinggi suara. Dia cuma bercakap sahaja. Jadi tak perlu untuk aku meninggi suara. Diam, dengar dan jawab bila perlu.
"Kamu nak jadi apa sebenarnya ni? Kalau belajar pandai tapi menganggur dekat rumah je nanti buat apa? Apa gunanya kamu belajar? " aku memandang skrin komputer aku. Yuta kena makan dengan zombie.
"Kamu nak jadi apa sebenarnya ni? "
"Jadi permain game terkenal. "
"Banyak lagi kamu boleh jadi. Kenapa mesti jadi tu? Boleh dapat duit? " tanya ibu.
"Sebab Ryujin suka main game. Hobi Ryujin main game. " jawab aku.
"Ibu tak marah kalau kamu nak main game. Tapi kena ada batas. Ada masanya. Tak boleh satu hari smpi pukul dua, tiga pagi nak main. Mesti kena belajar. Sikit pun jadi. Lepastu nak main. Main lah. Ibu tak halang. Ingat pesan ibu ni. Habiskan satu game ni lepastu tolong ibu. Satu game je. Ingat. Ibu keluar dulu." bahu aku ditepuk dan ibu keluar dari bilik.
Okey?
YOU ARE READING
[C] In Game
FantasyBila selalu sangat bermain video game sampai tak ingat dunia dan tidak mendengar kata orang tua. Akhirnya diri aku selamat masuk ke dalam game tersebut. Game yang aku harus menang semua level dengan cara menembak kesemua zombie yang ada di dalam le...