➥LEVEL 94
Selesai bersarapan aku pergi ke luar rumah kedai. Udara yang tidak begitu sihat aku hidu dan menghembuskan semula nafas.
Aku tak sangka Haechan masih hidup. Aku rasa macam sia-sia je aku kesian dekat dia semalam. Dan aku rasa sia-sia sahaja kalau aku bantu dia semalam.
Kaki dia elok. Tak patah. Malah sebesen darah pun tak ada. Kesan jahit pada kaki apatah lagi. Bersih!
Baru aku sedar. Yang mereka bukan manusia yang betul. Mereka karekter. Karekter permainan video ni.
Berbeza dengan aku yang manusia. Bila-bila masa sahaja boleh kekal dekat sini dan bila-bila masa sahaja boleh mati kena gigit dengan zombie dekat sini.
☽
Aku habiskan roti di dalam mulut dan bergegas untuk naik ke atas. Bersiap. Kerusi ditolak dan aku berlari anak.
"Eh! "
Aku berhentikan langkah aku apabila ada seorang lelaki masuk ke dalam ruangan dapur yang kecil ini.
"Cepatnya. Ada 30 minit lagi nak gerak. " Tangan aku ditarik dan kami berdua duduk diatas kerusi makan yang aku duduk tadi.
"Kenapa? "
"Hmm? Saja. Awak okey? "
"Okey."
"Dah makan? "
"Dah.. "
Anak mata hitam lelaki itu aku pandang pelik. Dah kenapa lelaki ni? Tangan yang digenggam masih lagi bersatu.
"Awak okey ke dekat sini? "
"Okey. Mula-mula tu sedih juga. Nak balik. Tapi bila dah lama tu. Rasa macam seronok pula. " aku senyum ke arah dia.
"Seronok? "
"Ya. Jumpa zombie depan mata. Jumpa karekter yang saya selalu guna. Dapat pegang pistol. "
"Ouh. Pinjam bahu sekejap aeh? "
"Ha? Apa? "
Yuta terus melentokkan kepalanya di atas bahu aku. Aku terdiam. Terkejut. Terkesima. Takut. Semua perasaan bercampur.
Dalam keadaan hanya aku dan dia sahaja di dalam ruang makan ni membuatkan suasana sedikit hangat.
"Awak. "
"Awak okey? "
Tanya aku seraya memandangnya dari atas. Semakin lama. Semakin sakit bahu aku jadinya.
"Okey. Penat je. "
"Yu! " aku menoleh kebelakang apabila Johnny masuk ke dalam ruang makan yang hanya ada aku dan Yuta sahaja.
"Kau buat apa? Dari tadi aku cari kau. Cepat sikit. Kita dah nak kena gerak. Game lagi berapa minit nak mula. " suruh Johnny.
Punya lah dia cari Si Yuta tu macam apa. Rupanya ada dekat dapur dengan Ryujin. Buat apa pun dia tak tahu. Yang penting Yuta kena bersiap sekarang.
"Maaf, pinjam bahu awak tadi. Saya pergi dulu. Jangan lupa bersiap. " Aku menganggukkan kepala aku dan Yuta berlalu pergi.
1 minit aku termenung selepas itu aku bangun dan naik ke atas untuk bersiap. Disebabkan aku dah lama berada disini jadi 30 saat sahaja aku sudah menukar pada pakaian yang baharu.
Langkah terakhir, masukkan pistol pada penyakut pistol dan aku keluar dari rumah kedai ini.
"Gerak. "
☽
"Cepat! "
Bang!
Bang! Bang! Bang! Bang!
Bang!
"Mark cepat! "
"Sabarlah! Bodoh betullah benda alah ni! " peluru baru dimasukkan ke dalam pistol dan kembali menenembak beberapa ekor zombie semula.
"Minnie! Jom! " Yeji bangun dari melutut sambil menyangkutkan pistol yang dipegang tadi pada badannya dan berlari bersama Minnie.
Bang!
"Aduh! "
Lengan yang terasa bisa aku sentuh. Darah. Terkoyak lengan baju aku. Aku hanya teruskan berlari untuk menghampiri mereka.
"Kenapa dengan lengan tu? " lengan aku ditarik Yuta.
"Tak apa, sikit je." jawab aku. Kain baju yang sudah terkoyak aku tarik perlahan.
"sikit? Luka terhiris 7 cm macam ni. Awak kata sikit? " aku diam.
Haih, Si Yuta ni. Aku dah lah penat berlari nak ke sini dengan macam-macam halangan. Dia, main tanya-tanya soalan pula.
"Tak apa. Saya okey. "
Tiba-tiba Yuta menekan sedikit bahagian yang sudah terguris itu. Mengaduh kecil aku jadinya.
"Sakit lah. "
"Hei. Sudah. Kita tengah dalam game ni. " Johnny terpaksa campur tangan apabila terasa bising dan kurang selesa.
"Dah dia kata okey. Dia okey lah. Kau tak payah lah nak risau sangat. " suasana kembali sunyi seperti biasa.
"Kita kena ambil peti kecemasan. Lepastu kita ikut tuan kita. Yang penting Ryujin dengan Yuta. Gerak. " kami semua bangun dan mula berpecah.
YOU ARE READING
[C] In Game
FantasiBila selalu sangat bermain video game sampai tak ingat dunia dan tidak mendengar kata orang tua. Akhirnya diri aku selamat masuk ke dalam game tersebut. Game yang aku harus menang semua level dengan cara menembak kesemua zombie yang ada di dalam le...