➢ ❶❸

10 3 0
                                    

➥ LEVEL 96

"Perhatian kepada semua pelajar. Anda diminta untuk kosongkan kelas dan bergerak ke dewan tertutup sekarang. Pastikan anda turun dalam keadaan yang senyap. Tidak membuat sabarang bunyi. Pastikan juga anda turun dalam keadaan yang selamat. Jaga diri dan rakan yang lain. " aku, Gyuri, Jungso dan Luna bangun dari duduk dan mengemas buku di dalam beg.

"Jom. "

Beg Luna aku ambil kemudian memegang lengannya. Kami semua keluar dari kelas dalam keadaan yang senyap.

30 minit berjalan. Akhirnya kami sampai ke dewan tertutup. Sebenarnya, perjalanan untuk pergi ke dewan tidak lah terlalu lama. Tapi disebabkan berlakunya wabak ini di sekolah kami. Perlajan untuk ke dewan mengambil masa yang lama.

"Kamu semua duduk dulu ya. Mengikut kelas masing-masing." setelah mendapat arahan. Aku mula bergerak untuk duduk di kelas aku.

"Wo. Woojin. " lengan aku disentuh. Menahan aku untuk meninggalkan dia.

"Tak apa. Awak pergi je kelas awak. Nanti saya datang balik. " aku tepuk lengannya untuk memberi semangat kemudian berlalu pergi.

Aku masuk ke dalam dewan yang sudah diberitahu oleh guru tadi. Nampaknya semua tak tahu tentang isu kehilangan aku sebab mereka hanya beriaksi biasa sahaja.

Pistol aku masukkan dalam penyangkutnya dan berjalan masuk ke dalam dewan bersama rakan aku yang lain.

"Woojin. "

"Woojin! "

"Akak! "

Tubuh Woojin aku peluk erat. Rindunya aku dekat dia. Bagai setahun tak jumpa.

"Kau okey? "

"Okey. Akak. Woojin rindu akak. "

"Akak pun rindukan kau. Ibu macam mana? "

"Ibu okey. Cuma dia selalu marah. Salah sikit je marah. " aku diam. Ibu...

"Macam mana boleh jadi macam ni? "

"Adik tak tahu. Dah berapa hari dah benda ni terjadi. Adik takut. Diorang berubah. Macam zombie dalam game yang akak selalu main tu. Mula-mula diorang akan muntah. Dalam 12 saat, diorang akan bertukar jadi zombie. " terang Woojin.

"ibu? "

Aku dan Woojin masuk ke dalam rumah. Gelap. Tuhan. Rindunya aku dekat ibu. Baru hari ni aku berpeluang nak berjumpa dengan ibu.

"Kau tak kunci pintu ke dik? "

"Kunci lah. "

Pak!

"Bersepahnya rumah! Kau tal kemas aeh? Kau tak tolong ibu? " kepala Woojin aku pukul perlahan.

"Apa ni kak. Orang kemas lah. Tapi kenapa bersepah teruk sangat ni?" nampaknya bukan aku sahaja yang pelik. Woojin juga berasa pelik.

"Tolong. Tolong saya. Tolong saya. Saya sakit. " tangan Woojin aku sentuh apabila kami terdengar suara seorang perempuan meminta pertolongan.

"Cik. Tolong saya... "

"Awak siapa? Macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni? "

"Ada seorang mak cik ni tolong saya. Dia bagi saya masuk. Tolong saya. Herk. Herk. " sepucuk pistol yang berada pada penyakut peha aku sentuh. Bersedia untuk menembak.

"Mana mak cik tu? "

"Woojin? "

"Ibu. "

Aku menahan tubuh Woojin apabila dia hendak mendekati ibu. Aku tak rasa keadaan dalam ni selamat. Aku rasa ada benda yang nak jadi.

"Herk. Herk. "

"Ibu lari. "

"Bluerk! Bluerk! Tolong! Tolong saya! Herk! " gadis itu terjatuh seraya mengeluarkan isi perutnya.

"Huark! Huark! " tubuh ibu yang berada disebelahnya terus diterpa lalu menggigit leher Puan Shin.

"Ibu! Ibu! "

"Woojin belakang! "

"Ibu! Ibu! "

Tubuh Woojin yang sedang bergelut dengan aku. Aku cuba tahan.

"Ibu! Ibu! "

"Ibu jangan tinggalkan Woojin! Ibu! "

"Woojin! "

"Huark! Huark! "

"Woojin lari! Lari! " tangan Woojin aku tarik dan terus keluar dari rumah kediaman aku.

Ryujin minta maaf ibu. Ryujin tak dapat nak selamatkan ibu. Ryujin rindu ibu. Rindu sangat.

Bang!

Bang!

"Ibu! Ibu! "

"Woojin! Woojin! " wajah Woojin yang sudah basah dengan air matanya aku sentuh.

"Woojin. Sabar. Akak pun sedih Woojin. Kalau Woojin macam ni. Akak pun akan jadi lemah macam ni. Buat masa ni tinggal dengan akak. "

"Akak merepek apa ni! Ibu dah tak ada akak faham tak?! Semua ni jadi sebab akak tahu! Kalau akak tak obses sangat dengan game. Semua ni tak jadi! Adik benci akak! Akak punca semua ni jadi! Adik yakin yang ibu tak akan maafkan perbuatan akak ni! Woojin pun! " tubuh aku ditolak Woojin dan dia berlalu pergi.

"Woojin! Woojin! Jangan pergi jauh! Bahaya! " aku membuka langkah untuk mengejar Woojin.

"Hei hei.."

Lengan aku ditarik kemudian menyentuh dua belah bahu aku. Aku menunduk. Sedih. Semua ni punca dari aku ke?.

"Awak tak salah pun. awak tak salah. "

"Ibu saya mati. Sebab saya ke? " muka Yuta aku tenung. Tolong. Aku nak jawapan.

"Saya ke punca semua benda ni terjadi? "

"Saya ni memang anak perempuan yang tak gunakan? Suka menyusahkah orang. Suka buat orang marah. Ibu jadi macam tu pun sebab saya kan? " aku tersenyum tawar.

Ya, punca semua ni. Datang dari aku.

[C] In GameWhere stories live. Discover now