Rambut yang masih lembap aku gosok dengan tuala setelah selesai membersihkan diri."Akak. "
"Ya, ibu? "
"Ibu nak keluar sekejap. Nak pergi Rumah Mak Cik Choi. " beritahu ibu.
"Ouh, okey. Adik ikut sekali ke? " tanya aku.
"Tak. Dia tengah buat kerja sekolah. " aku menganggukkan kepala dan kembali menggosok rambut menggunakan tuala.
"Kamu jangan main game pula ya. Buat kerja apa yang patut. " aku hanya ketawa kecil dan ibu menutup daun pintu bilik aku semula.
"Sorry ibu. Tapi kerja sekolah Ryujin dah siap. Petang tadi dah siap. Buat dekat library. " jawab aku perlahan. Terus meja komouter aku tuju dan mula memasang plak dan menekan butang hidup.
Kata kekunci aku masukkan dan aplikasi Zombie world aku tekan. Macam biasa. Tak ada game lain yang boleh menarik perhatian aku selain game ni. Headphone aku sarung pada kepala dan mula memilih karekter, pistol dan tempat.
Bang!
Bang! Bang!
Bang!
Bom!
Dush!
Dush!
Dush! Dush!
Bang!
Bom!
Aku tersenyum sumbing saat semua zombie yang ada pada level itu mati begitu sahaja. Ada juga pemain yang lain yang turut bermain. Bukan aku sorang je.
Tapi 37 per 100 ekor zombie yang aku tembak. Banyak. Selebihnya pemain lain yang turut serta bermain yang tembak.
Okey lah tu.
"Akak. "
"Ya. Nak apa? Kau jangan tanya soalan macan hari tu lagi ya. Aku nak berperang ni. " jawab aku tanpa menoleh ke arahnya.
"Tolong aku sekejap boleh? "
"Tolong apa? "
"Kerja matematik? Aku tak faham. Dah banyak kali aku cuba buat tapi tak dapat jawapan. " kerusi aku pusingkan untuk memandang Woojin.
Alololo. Kesian. Comel je muka dia takut aku marah dia sebab tak fokus belajar tadi. Tak apa lah. Bjasa lah tu bagi seorang pelajar. Aku pun kadang-kadang tak faham.
"Mana kerjanya? "
"Yes! Okey sekejap. Adik pergi ambil. "Woojin terus berlari keluar dari bilik aku. Bersemangat betul nak aku ajar dia.
"Ni, soalan satu dengan dua."
Aku diam. Memandang soalan yang dia tunjuk dekat aku.
"Kau kata satu dengan dua.kenapa soalan satu ada a, b, c? Soalan dua pun sama." tanya aku.
"Ish, soalan satu yang huruf b je. Soalan dua c je. Yang lain dah siap. Hehehe. " aku menghembus nafas dan mula mengajar dia.
Syukur dia mudah faham dan cepat tangkap. Aku ajar dia sekejap je dia dah boleh buat sendiri. Cuma ada lah dia tanya beberapa soalan kenapa boleh jadi tu? Datang dari mana nombor ni?. Itu jelah.
"Terima kasih akak. "
Aku senyum seraya menyerabutkan rambut dia. Kenapa lah adik aku ni terlalu kacak dan comel orangnya?
"Akak. Kau takut ke kalau kau termasuk dalam game ni? " tanya Woojin.
"Mana boleh masuk dalam game ni adik. "
"Kalau. Kalau termasuk macam mana? " aku ketawa kecil.
"Tak ada lah. Kalau aku masuk sekali pun. Kan aku dah cakap kau kena terlibat sekali. Lupa? " gurau aku. Woojin hanya berdiam diri dan memandang game yang sudah diberhentikan buat sementara.
"Aku masuk bilik dulu lah. Kau jangan tidur lambat pula kak. Bye. " senyuman manis aku beri pada Woojin dan kembali bermain game tadi.
Plak!
Ah, sudah!. Litar terputus pula. Ibu tak bayar bil ke apa? Telefon yang ada di atas meja aku cuba capai dan hidupkan lampu. Gelap betul ni. Tak nampak apa-apa.
"Agak-agak bila aek baru terbuka balik lampu ni? Dah lah komputer aku terus mati macam ni. " omel aku sendirian. Daripada aku dudk lama-lama dekat sini. Baik aku keluar. Perut pun dah berbunyi.
"Woojin! Akak nak keluar ni! Kau dah tidur ke? " daun pintu biliknya aku ketuk tiga kali. Senyap. Dah tidur mungkin.
Kasut aku sarung dan keluar dari rumah. Gelap semua. Satu taman tak berlampu. Cuma sesetengah rumah sahaja. Itu pun tidak cerah. Malap sahaja.
"Kenapa tempat ni macam ni?" aku melihat sekeliling. Kotor. Ada asap. Kain putih yang sudah kotor. Macam dalam movie.
YOU ARE READING
[C] In Game
FantasyBila selalu sangat bermain video game sampai tak ingat dunia dan tidak mendengar kata orang tua. Akhirnya diri aku selamat masuk ke dalam game tersebut. Game yang aku harus menang semua level dengan cara menembak kesemua zombie yang ada di dalam le...