➢ ❿

20 4 0
                                    

➥ LEVEL 93

Kami keluar dari kereta setelah sampai ke distinasi yang dirancangkan oleh mereka tadi.

Rumah kedai dah tak selamat. Jadi, kami terpaksa keluar dari rumah kedai tersebut dan cari tempat yang masih kosong dan selamat.

Sempat ambil apa yang patut sahaja dan kami terus bergerak untuk pergi ke tempat yang masih lagi selamat.

"Nak saya tolong? "

"Susun makanan yang ada dalam kotak tu dekat ruang dapur. "arah Minnie.

Beberapa kotak yang ada pada lantai aku ambil dan pergi ke ruangan dapur. Makanan segera. Air mineral. Makanan ringan dan makanan bertin semua aku ambil dan susun ikut saiz, warna dan juga bentuk.

"Eh! Kemas barang cepat! Kita kena keluar dari sini!" arah Johnny yang sudah kelam-kabut menyimpan barang yang penting sahaja.

"Ryujin. Tolong saya kemas apa yang patut." lengan aku ditarik dan terus aku diarahkan untuk mengambil beberapa barang yang perlu dibawa lari.

Bang!

Bang!

Bang! Bang! Bang! Bang!

Bang! Bang!

"Cepat! "

Selesai mengisi barang di dalam kotak. Aku berlari pula untuk mengambil barang aku. Barang perhiasan yang boleh menghilangkan rasa bosan aku letak di dalam beg. Pistol. Pisau lipat. Dan selebihnya pakaian.

"Cepat lah! "

"Ryujin. Dah? Jom. "

Zip aku tarik sehingga penghujungnya dan menggalas beg. Kemudian berlari keluar bersama yang lain.

"Masuk. Masuk! Cepat! "

Bang!

Bang!

Bang!

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Bang! Bang!

Bang! Bang!

Yuta dan Mark masuk ke dalam kereta dan terus pedal minyak ditekan sehingga habis laju kereta meluncur di bandar seoul yang sudah kotor.

"Susun cepat sikit ya. Kita kena bersiap. " beritahu Mark dan dia berlalu pergi meninggalkan aku dan Minnie.

"Awak pergi lah siap. Biar saya yang habiskan susun barang ni semua. Sikit je ni tinggal. Pergi lah. " aku menganggukkan kepala dan berlalu pergi untuk menyiapkan diri.

"Ibu." Puan Shin yang sedang termenung jauh itu dihampiri oleh Woojin lalu menyentuh bahu ibunya.

"Ibu okey? Dah makan? "

"Entah lah. Kamu pergi sana. Tak payah sibuk pasal ibu. Kamu jangan nak jadi macam kakak kamu ya Woojin. Kamu jelah anak ibu yang tinggal. Mana perginya entah kakak kamu tu tak balik balik. " Woojin diam.

"Ibu janganlah cakap macam tu. "

"Apa? Ibu ni nak mati je rasanya tahu tak tunggu kakak kamu. Sampai sekarang tak muncul depan mata lagi. Bila ibu ajak kamu buat laporan polis. Kamu tak nak buat. Benda apa lagi yang boleh sedapkan hati ibu ni? Apa? " Woojin diam.

"Nanti akak balik lah ibu..."

"Balik? Dah berapa hari dah ni? Nak balik apanya? Entah-entah dah tak hidup dah! "

"Ibu! Ibu sedar tak perempuan yang ibu cakap tu akak Woojin? Anak perempuan ibu?. Ibu tolong lah. Akak akan balik nanti. Akak balik. Cuma ibu dengan Woojin je tak tahu bila masanya. Ibu tolong lah jangan jadi macam ni lagi. Kalau Woojin kata akak akan balik. Maknyanya akak akan balik. " Woojin bangun dari duduknya meninggalkan Puan Shin.

Dia malas dan penat untuk berperang mulut dengan ibunya. Biar sahajalah. Biar. Nanti lama-lama mesti ibunya akan kembali baik.

Tentang akaknya. Biar dia sahajalah yang uruskan sendiri. Hanya dia sahaja yang boleh bantu kakaknya untuk kembali ke dunia ini semula.

Bang!

Bang!

Bang! Bang!

"Cepat, cepat! " jerit Yuta seraya berundur kebelakang akibat beberapa ekor zombie yang semakin banyak cuba menghampiri mereka.

Bang!

Bang!

Lepas tembakan terakhir mereka terus berlari pergi ke kawasan yang sedikit sunyi untuk mengambil nafas baru.

"Ada lagi berapa yang tinggal? "

"Shit! Lari lari! "

Carut Mark dan dia menyuruh kami semua bangun untuk berlari dari kawasan tersebut.

Bum!

"arghh!! "

"Haechan!" jerit aku dan kembali ke arahnya untuk menolong lelaki itu.

"Hei! Tak payah! Biarkan je dia! "

"Tak boleh! Kita kena tolong dia! "

"Tak payah! Lari je! Cepat!" tangan aku ditarik-tarik oleh Yuta. Memaksa untuk aku membiarkan sahaja keadaan Hechan yang semakin teruk.

Dengan rasa yang bebersalah aku terus melarikan diri meninggalkan Haechan keseorang disana.

[C] In GameWhere stories live. Discover now