Bab 9

94 10 0
                                    

-

Dani mengucup lembut dahi Afi usai menyempurnakan azan dan iqamat. Tiba-tiba aku rasa ada orang potong bawang pula kat sini. Aku suka sangat tengok dia macam tu. Tak kekok langsung gendong bayi.

"Dah berapa jam dia keluar, baru sekarang selesai azan dan iqamatkan dia." Darwish seperti cuba menyindir.

Pipi gebu Afi diusap-usap Dani cuba mengabaikan kata-kata Darwish. Wajah mereka di sini satu-persatu aku pandang. Dazrin dan Geisha hanya mengunci mulut. Si Mira pula jelas kebingungan dengan situasi tegang ini.

"Kau datang dari mana ngah? Kau tahu tak aku terkejut gila dengar tentang Fira sampai sampai je Malaysia. Tak rasa bersalah ke dengan Fira, dengan anak kau? Nasib tak jadi benda buruk." jelas Darwish tersangat emotional sekarang.

"Aku rasa bersalahlah aku lambat datang sini. Kau tak payah bising sangatlah. Janji anak dan isteri aku okey." Dani menjawab dengan selambanya.

Aku agak terasa hati dengan ayat dia. Seakan dia anggap apa yang dia lakukan terhadap aku bukan sesuatu yang serious.

"Nak menangkan diri sendirilah tu. Kemain suruh kami jaga Fira tapi kau sendiri sakitkan dia."

"Rishh," Dazrin cuba menghentikan adiknya itu. Aku perasan dia tak berani menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Yalah takut takut jadi perang dingin siri kedua antara dia dan Dani.

"Boleh tinggalkan aku dengan Fira?" minta Dani dingin.

Geisha dan Mira aku lihat memandang wajahku dan Dani silih berganti. Mesti si Mira tu keliru habis sekarang. Dia sorang je tak tahu cerita.

"Erm yelah. Kita bagi masa Dani dan Fira luangkan masa dengan baby diorang. Jom?" Geisha sudah bersedia untuk beranjak pergi.

"Yes! Erm Fira nanti kau dah keluar ward aku datang jenguk kat rumah okey? Bye!" sahut Mira.

Aku mengangguk bersama senyuman kelat. Darwish pula sempat menjeling Dani tajam seraya dibawa Dazrin keluar.

Huh

Bila tinggal kami di sini, rasa makin tegang pula suasana. Asal ada kejanggalan yang aku rasakan? Seolah hati aku dan dia tak bersatu dalam kegembiraan ini.

"Terima kasih sayang sebab lahirkan zuriat hubby dengan selamat." lafaznya entah ikhlas atau tidak.

Setelah itu kedengaran dia mengeluh melihat aku enggan membalas. Dia menghampiriku untuk menyerahkan semula Afi. Kerusi di samping katil tempat dia melabuhkan punggung.

Aku tersenyum melihat Afi menguap kecil.

"Saya dah namakan dia Afi Khairy. Nama yang kita dah sepakat nak bagi pada dia." sekadar nak dia tahu. Kot kot dia tetiba lupa.

"Sayang janganlah dingin sangat dengan hubby."

Aku mengangkat wajah memandangnya. Keadaannya masih serupa seperti semalam. Pucat.

"Ye, Fira tahu Fira dengan baby baik-baik saja. Tapi jangan anggap Fira boleh lupakan apa yang hubby buat. Bukan setakat kes hubby tolak Fira tapi apa yang hubby dah buat dengan Eliya berduaan dalam bilik." frekuensi suaraku masih dalam kawalan. Gila aku nak tinggikan suara ada Afi dalam pangkuan.

"Hubby salah. Jadi hubby datang nak minta maaf. Maafkan hubby ye Fira?" pintanya langsung tak bersungguh!

"Oh.. jadi hubby datang bukan sebab anak kita lah?"

"Apa Fira cakap ni? Boleh tak jangan keruhkan keadaan? Betul hubby minta maaf. Hubby pun tak faham dengan diri sendiri. Macam ada something try to control me.." dahinya mengerut sambil cuba untuk mengingat sesuatu.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now