-
Aku mendaki tangga mengetuk pintu rumah. "Assalamualaikum.. mak tok?" ucapku buat kali ketiga. Mana pula manusia dalam rumah ni pergi? Ghaib juga ke apa?
Sebaik sampai di sini, jantungku asyik berdegup kencang seolah hendak memberi amaran dengan apa yang aku bakal saksikan selepas ini. Bermacam benda negatif berlegar di fikiran aku sekarang.
"Still off phone." kata Iqbal yang masih cuba menelefon Dani.
"Ada benda buat dia tak buka phone ni. Lepas ni awak tunggu luar boleh? Biar saya sorang yang masuk."
"No. Saya tak akan ulangi kesilapan yang sama. Kenapalah awak dengan Am suka bertindak seorang diri? Dengan awak yang pregnant, takkan saya nak biar."
Aku akur.
"Eh Aya rupanya.." figura mak tok akhirnya menjenguk di jendela seraya menapak membuka pintu. Tengok dari mimik muka mak tok seolah semuanya baik-baik saja.
Aku melangkah ke dalam rumah mendekatinya. Mata sempat mencari kelibat Dani mahupun Eliya tetapi tiada sesiapa di ruang tamu.
Tangan mak tok aku salami terlebih dahulu.
"Mak tok kat dapur tadi. Aya baru sampai? Kenapa tak telefon dulu sebelum datang? Nak buat kejutan untuk mak tok ye?"
"Dah banyak kali Aya call Eliya. Kenapa dia tak angkat?"
"Oh ye ke? Mungkin dia tak periksa telefon. Budak tu memang bertuahlah."
Mataku terasa panas. Asal hati aku bergelora semacam tengok tingkah mak tok yang tak mengerti apa-apa asbab kedatangan aku?
"Seronok mak tok dapat jumpa Aya. Tak lama lagi nak bersalin kan? Teruja mak tok dapat timang cicit lepas ni."
Bibir aku tak mampu untuk tersenyum.
"Aya datang dengan siapa ni? Mak tok tak pernah jumpa rasanya." dia cuba mengenalpasti Iqbal.
"Ni Iqbal kawan Am. Eliya dengan Am mana mak tok?"
Mak tok kelihatan cuba mencari jawapan.
"Tiga hari Am tak balik. Tak hubungi Aya langsung. Aya yang fikir dia pergi outstation tapi rupanya dia batalkan semua tu. Mujur Iqbal datang bagitahu Aya. Kalau tak Aya langsung tak tahu apa jadi dengan suami Aya."
Tangan mak tok lalu mengusap lenganku. "Aya janganlah risau. Tak ada benda buruk pun berlaku dekat Am cu. Dia ada kat dalam. Jom kita duduk dulu.
Dahiku mengerut. "Kalau dia ada jadi mana dia sekarang?"
"Aya duduklah dulu. Mak tok pergi buatkan air. Mesti Aya penat kan?"
"Tak payah." balasku mendatar. Jelas sangat mak tok sekarang sedang sembunyikan sesuatu.
"Terus terang dengan Aya mana Am? Dia ada atau tak dalam rumah ni sebenarnya? Kenapa mak tok macam nak lari daripada saya?"
Mak tok tersengih. "Kenapa mak tok nak lari pula? Duduklah dulu. Kesian Iqbal penat memandu. Biar mak tok buatkan air dulu. Dia mesti dahaga ni kan?"
Kekok. Mak tok bercakap dengan tersangat kekok.
"Takpa. Tak perlu susah susah buat air nek. Kami datang memang nak cari Am bukan nak minum." Iqbal menyahut.
Tiba-tiba perutku terasa sakit. Bukan sakit nak beranak tapi sakit sebab budak ni menendang kat dalam. Dia tahu ibunya tengah cari ayah dia yang hilang tu sebab dia ikut memberontak.
"What's wrong Fira? Awak okey?"
Kepala aku angguk. "I'm okay."
"Sure?"
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying 2
Любовные романыO N G O I N G | Romance 'Aku menangis bukan tanda aku dah jatuh. Tapi aku nak lepaskan semua kepenatan ini buat seketika.' Perkahwinan adalah pengorbanan. Perkahwinan juga pertaruhan. Awalnya kemanisan. Tengahnya cabaran. Akhirnya kematangan. *** S...