-
"Hubby," aku menapak masuk ke dalam bilik. Puas aku cari kelibat dia rupanya tengah duduk mengaji kat atas katil. Tadi kami sama-sama solat Isyak.
Selesai je, aku turun terlebih dahulu untuk siapkan makan malam. Melihat sahaja kedatanganku, dia pun menutup al-Quran seraya menciumnya. Ruang di sebelah aku duduk.
"Jom turun bawah. Makanan dah siap. Lepas dinner nanti Fira sapu ubat lagi dekat luka hubby."
"Sayang," tangan kananku dicapai. Kenapa macam orang yang seakan ingin menjelaskan sesuatu yang rumit je dia ni?
"Kenapa ni? Ada apa-apa masalah ke?"
"Sayang ada rasa apa-apa yang pelik tak antara kita?"
Aku mengerut hairan. "Rasa pelik? Rasa apa? Fira tak faham."
Seketika Dani menundukkan pandangannya. Asal dia ni tiba-tiba? Aku tengok dia yang pelik semacam sekarang.
"Hubby kenapa ni? Buat Fira risau je lah."
Dia masih mendiamkan diri menyusun kata. Wajahnya aku tenung menunggu balasan. Anak matanya kelihatan melilau ke bawah. Apa yang susah sangat dia nak bagitahu ni?
Tiba-tiba aku tersentak bilamana bahuku disentuh seseorang. Serta-merta aku menoleh.
"Bunny what are you doing?"
Mataku membulat. Badanku kejung. Air liur yang aku telan rasa tersangat pahit. Dadaku berdegup kencang dari biasa. Berpaling semula ke tempat Dani mula-mula duduk tadi..
kosong.
Apa sebenarnya yang berlaku ni? Aku bercakap dengan Dani lah kat sini. Macam mana boleh dia muncul..
Keluhan berat aku lepaskan. Allahu. Benda apa tadi? Aku siap tengok dia pegang cium al-Quran tapi, ya Allah al-Quran pun turut hilang. Bulu romaku naik.
"Hye bunny what's wrong?" kedua keningnya diangkat.
Laju aku turun dari katil berdiri di sebelahnya.
Perasan Dani mula curious. Nampak pucat tak eh muka aku?"Hubby pergi mana tadi?"
"Ambil handphone dalam kereta. Tertinggal." telefon bimbit di tangannya ditunjukkan. "Why?"
"Nothing. Fira dah selesai panaskan lauk. Jom turun makan. Fira pun nak sapu ubat dekat luka hubby tu." mataku mengerling luka di pipinya. Kenapalah aku tak sedar benda yang bercakap dengan aku tadi, tak ada luka tu?
Dani pula masih menatapku. "Are you sure you're okay? I don't think so. Apa yang Fira sorok daripada hubby ni?"
Okey. Calm down Fira. Explain.
Dahi Dani sudah berkerut seribu mendengar penjelasan aku. Sempat juga dia mengucap panjang. Selama aku tinggal sini, tak pernah langsung perkara tu jadi dekat aku.
Adakah mungkin sebab aku terlalu penat? Biasalah ibu mengandung kan. Aku lihat mata Dani melilau sekeliling bilik. Bibirnya mula membacakan sesuatu.
Melihatnya begitu benar-benar membuatku rasa dilindungi.
Bahagia.
*
Mee goreng daging basah aku hidang di atas meja makan. Aromanya terangkat hebat. Selalunya kalau breakfast Dani suka aku masakkan mee favourite dia tu.
Tapi taklah setiap hari kami makan mee. Gila kau. Kalau hari-hari makan mee itu namanya cari penyakit.
"Morning bunny." okey Dani sudah turun.
YOU ARE READING
Cinta Hati Mr. Annoying 2
RomansaO N G O I N G | Romance 'Aku menangis bukan tanda aku dah jatuh. Tapi aku nak lepaskan semua kepenatan ini buat seketika.' Perkahwinan adalah pengorbanan. Perkahwinan juga pertaruhan. Awalnya kemanisan. Tengahnya cabaran. Akhirnya kematangan. *** S...