-
Dua hari berlalu seperti biasa. Aku dah rasa macam tunggul kat sini tertunggu-tunggu khabar daripada Dani. Bukan setakat hanya menunggu, aku siap mesej call dia. Satu pun tak dibalas.
Mestilah kita akan risau bila suami pergi jauh jauh macam tu dia terus berdiam diri. Mana kita nak tahu apa yang berlaku. Kalau setakat phone tiba-tiba buat hal ke aku boleh terima.
Tapi aku takut benda buruk menimpa dia. Aku tak doa pun cuma aku dah risau gila sekarang. Tak tahu nak guna cara apa lagi nak hubungi dia.
Ke dia marahkan aku sebab paksa dia pergi? Mustahil. Dia nak bertolak haritu elok je.
"Fira are you okay dear?" teguran mama membuatkan aku tersentak dari lamunan.
"Sha perasan Fira nampak lain macam je aunty. Ada yang tak kena tu." Geisha menyahut. Dia tengah sibuk hias pelamin dia. Mereka pun buat ala kadar macam aku dengan Dani dulu.
"Eh mana ada. Apa pula yang lain?" tepisku.
Mama melabuhkan punggungnya di sampingku. Aku mengukir senyum tawar memandangnya.
"What's wrong ni? Dani tak okey ke kat sana?"
"Tak adalah. Semua okey je." tipuku. Bukan sengaja. Takkan aku nak buat mama pula risau? Sejak dua menjak ni mama nampak ceria sangat. Yelah orang nak dapat menantu baru dan cucu sulung tak lama lagi.
"Rindu hubby dia lah tu." sekali lagi Geisha mencelah.
Aku menyengih saja. Menutup segala kerisauan di wajah.
"If you need anything, just tell mama okay? Tak nak lah berahsia daripada mama. Jangan pendam seorang diri. Nanti Fira stress baby pula kena sekali. hm?"
Kepala aku angguk. "Okey ma." tanganku mengusap-usap perut buyung ini.
"Assalamualaikum,"
Kami bertiga menyahut salam yang diberi sambil menoleh ke arah suara tersebut.
"Eh Dazrin balik lunch ke?" soal mama.
"Balik terus ma. Majlis nak dekat kan so banyak persiapan belum selesai. Dazrin terpaksa kerja setengah hari."
"Ha yelah. Mama nak panaskan lauk untuk Dazrin kejap."
"Eh takpa aunty. Biar Sha buat. Aunty duduk je." sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Dazrin kemudian beredar ke dapur.
Beralih kepada Dazrin, dia tengah mengawal ekspresi wajah senangnya melihat Geisha. Dua ekor ni aku perhati je gelagat diorang. Kalau boleh baca isi hati diorang ni, mungkin dua dua tak sabar nak halal.
Loceng rumah kedengaran berbunyi. Terus Dazrin menjenguk di tingkap.
"Rasanya tu Iqbal lah."
"Iqbal mana?" tanya mama.
"Kawan angah."
*
Aku keluar menggunakan pintu pagar kecil. Iqbal tersenyum kecil melihat kedatanganku. Sesampai di hadapannya, sekeping kad aku hulur kepadanya. Riak wajahnya agak speechless.
Aku menyengih.
"Kad kahwin siapa ni Fira?"
"Abang Rin dengan Geisha. Diorang suruh saya bagi kat awak. Make sure datang tau."
"Ohh" dia tergelak kecil. "Insyaallah."
"Tak nak masuk dulu ke?"
"Eh takpa. Saya datang nak bagi charger Am tertinggal dalam kereta saya haritu. Masa nak bertolak tadi baru saya perasan. Risau pula kalau dia cari ke apa nanti."
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Hati Mr. Annoying 2
RomanceO N G O I N G | Romance 'Aku menangis bukan tanda aku dah jatuh. Tapi aku nak lepaskan semua kepenatan ini buat seketika.' Perkahwinan adalah pengorbanan. Perkahwinan juga pertaruhan. Awalnya kemanisan. Tengahnya cabaran. Akhirnya kematangan. *** S...
