Bab 5

109 22 3
                                    

-

Bunga-bunga telur aku susun secantik-cantiknya di dalam pasu khas. Geisha guna bunga telur orkid ikut kesukaan dia. Warna tema mereka letak ungu putih.

Cantik. Aku suka. Teringat masa masa majlis kahwin aku nak dekat dulu. Gemuruh bercampur teruja habis! Yelah dapat kahwin dengan orang yang kita suka kan?

Huh rindu pula dengan sang suami.

"Kalau penat tu naiklah atas tidur. Nanti saya sambung." Geisha datang membawa kad undangan. Ruang kosong di hadapanku diambil.

"Takpa. Saya nak habiskan ni dulu. Abang Rin dengan Rish pun masih dekat luar lagi kan?"

"Haah. Alang-alang kanopi dah sampai, mereka nak dirikan sekali. Esok Darwish ada flight. Tak silap saya dekat Beijing."

"Bila pula dia balik?"

"Jumaat ni balik semula lah dia. Dani pula berapa lama outstation?"

"Tak pasti." mana nak tahu kan kes kat sana tu ambil masa berapa lama nak selesai? Kalau aku bersalin dulu sebelum dia balik, redha jelah.

"Sunyilah nanti dia tak ada masa majlis. Nasib due date awak tiga hari selepas majlis saya."

Aku hanya mampu tersenyum kelat. Sesekali  aku memeriksa telefon bimbitku kalau kalau Dani ada mesej ke apa. Masih juga tak terima khabar daripada dia. Aku dah pesan suruh call aku terus bila dah sampai.

Ni senyap je. Nak kata tak sampai lagi, gila kau dah malam dah ni. Positif jelah Fira. Maybe dia tak sempat nak call ataupun mesej sebab terus bertugas.

"Fira, kalau saya invite ustaz Akram dengan isteri dia sekali boleh?"

Aku menyengih. "Ikut awaklah."

"Zahra macam mana? Dia okey ke nanti?"

"Tak payah risaulah pasal makcik tu. Majlis awak kan? Suka hati awaklah nak jemput siapa pun. Lagipun kita takda masalah dengan ustaz Akram." buat apa nak putuskan tali silaturrahim yang dah terbina? Aku dan Sara pun dah jadi kawan.

"Saya ada niat nak jemput mak tok tapi serba salah pula. Dani tak okey kan dengan mak tok?"

"Bukan tak okey dengan mak tok tapi cucu mak tok, Eliya. Awak tak tahu lagi perangai Eliya tu macam mana. Boleh dikatakan lepas Dani kahwin, dia jadi saka ganggu ketenangan Dani. Tu Dani menyampah sangat dengan dia." alangkah seronoknya kalau aku dapat cekik cekik perempuan tu.

Baru dia rasa sakitnya hati kami.

"Masih muda lagi kan? Kalau dia tak belajar mematangkan diri dia, memang sampai bila-bila lah dia macam tu." ujar Geisha yang berpengalaman.

Perempuan tu boleh percaya ke nak berubah? Makin teruk ada lah aku tengok. Tapi kan bila bercakap tentang ni, tertanya-tanya aku tentang pertemuan mak tok dan Dani harini.

Semuanya okey tak eh? Susahlah nak tahu kalau Dani senyap je macam ni. Ke dia mabuk kapal terbang lagi?

Tak mungkin. Dia mabuk dulu pun sebab aku berisi. Tunggu je lah Fira. Kejap lagi adalah dia call.

***

"Fira!"

Mataku melilau mencari arah suara Dani memanggil. Tempat ni penuh dengan pokok-pokok besar. Hutan mana ni? Kenapa aku boleh sampai sini?

"Fira! Tolong hubby sayang!" Dani mula meraung.

Ya Allah aku buntu.

"Hubby kat mana?" sumpah aku tak nampak langsung pun figura dia. Seolah hanya aku yang berada di sini.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now