Bab 12

57 5 2
                                    

-

"Ustaz dengan Sara suka datang tak bagitahu dulu. Nasiblah saya dah selesai kemas rumah." ujarku bersama senyuman.

Selepas Dani bertolak pergi kerja aku terus mengemas rumah. Dalam setengah jam macam tu, tengok mereka berdua pula datang.

"Sorry tau Fira sebab tak call awak dulu. Harini ustaz Akram ambil cuti bawa Saiful pergi temujanji dekat klinik. Kami hantar Saiful dengan parents saya dulu sebelum ke sini."

"Ohh. Korang berdua duduklah dulu. Saya nak pergi buat air kejap."

"Anak awak mana Fira?" soal ustaz Akram.

"Afi kat atas ustaz tengah tidur." sebuah katil baby dah disediakan khas untuk dia dalam bilik. Selamat sikit nak tinggal dia sorang-sorang.

"Macam ni Fira, saya sebenarnya yang ajak Sara ke sini untuk jumpa awak dengan Dani. Tapi saya rasa Dani tak ada kat rumah kan sekarang?"

Dahiku berkerut kecil. "Haah dia kerja. Ada apa tu ustaz?" langkahku terbatal. Aku melabuhkan punggung di atas sofa.

Sara mengeluarkan satu botol air yang penuh berisi dari dalam beg sandang tepinya. Botol itu diletakkan di atas meja.

"Ini air saya buatkan untuk Dani. Bagi dia minum."

"Air apa ni ustaz?" aku blur seribu bahasa.

"Air kelapa. Awak jangan tambah apa-apa lagi dalam air tu. Sebelum Dani minum, suruh dia baca al-Fatihah satu kali dan surah Taha ayat 69 sebanyak tiga kali. Kemudian doa moga air kelapa ni mampu jadi penawar bagi segala penyakit dan racun dari segala gangguan jin dan syaitan." terang ustaz Akram dengan bersungguh.

Aku terdiam memandang botol tersebut. Ustaz Akram memang ada kemahiran dalam hal begitu. Tapi apa yang sedang berlaku ni? Aku tahu ia tak salah untuk amalkan perkara tersebut tapi asal tiba-tiba?

"Fira.." Sara mencapai tangan kananku. "Mungkin ini agak menghairankan awak. Tapi ustaz Akram buat macam ni bersebab. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk Dani."

"Apa yang ustaz nampak dekat Dani?"

"Pada majlis aqiqah anak awak haritu, saya terasa ada sesuatu yang lain pada dia. Ia dihantar untuk menganggu ketenangan suami awak."

Dadaku terus berkobar hebat. Allahu

"Sejak bila ustaz?"

"Saya tak pasti Fira. Mungkin sudah lama dari yang kita jangka. Tapi jangan terlalu risau. Kita cuba ikhtiar sama-sama supaya benda tu tak dapat lebih dekat dengan Dani. Pesan pada dia, jangan tinggal solat. Banyakkan berdoa."

Mataku berair. "Jadi selama ni ada orang cuba sihir Dani?"

Ustaz Akram kedengaran menghelas nafas berat. "Wallahu a'lam"

Siapa hamba Allah yang berhati busuk tu ah?!

"Assalamualaikum."

Salam diberi seiring dengan bunyi loceng rumah. Pintu rumah yang dari tadi dibiarkan terbuka aku toleh.

"Hubby?" laju kakiku berdiri menekan kunci pagar seraya bergerak laju ke luar rumah. Mendapatkan Iqbal yang sedang memapah Dani.

Lengan Dani segera aku peluk. Wajahnya yang pucat lesu aku pandang sekilas.

"Kenapa cemas sangat ni bunny? Hubby okeylah." dia bersuara.

"Apa yang jadi ni Iqbal?" gila aku tak cemas. Dahlah tadi baru dapat tahu sesuatu yang memeranjatkan. Ditambah dia pulang dalam keadaan macam ni.

"Am datang singgah mall tadi. Tiba-tiba pula dia nak pitam. Don't worry. Saya dah bawa dia pergi hospital. Doktor cakap tak ada apa yang serious. Dia cuma terlampau penat." jelas Aqram.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now