Bab 17

40 4 0
                                    

-

"I'm sorry sayang."

Serta-merta perasaan sebak menguasai diriku. Apalagi melihat Dani yang jatuh terduduk di hadapanku. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati aku menyaksikan suami tercinta sebegitu rupa.

"Hubby rasa tak mampu dah nak tolong diri hubby Fira. Semua dah huru-hara sebab hubby. Ni semua salah saya! Saya bodoh! I'm sorry Fira. I'm sorry" Dani memarahi dirinya sambil menumbuk-numbuh pahanya.

Tunggu kau Eliya. Gara-gara kau suami aku salahkan diri dia atas semua yang terjadi ni. Memang perosak hidup orang betol!

Air mata masih aku tahan. Aku tak nak habiskan tenaga aku dengan menangis. Perlahan-lahan kakiku mendekatinya. Aku ikut duduk melutut di hadapannya.

"You don't have to be sorry hubby. Kalau tak kerana dengki orang, hubby takkan jadi macam ni. So please trust me that everything gonna be okay soon." ujarku dengan freakuensi lembut.

Anak matanya yang kemerahan bertaut dengan mataku. Tuhan.. bantu aku kembalikan Dani yang dulu.

"Jadi Fira nak tanya ni hubby please jawab betul-betul,"

Dani setia menatap wajahku menanti soalan yang bakal aku kemukakan. Walaupun takut benar rasa hati terhadap jawapan yang bakal aku dengar, tapi aku tetap kena tanya. Kepercayaan aku pada dia masih utuh.

"Hubby memang dah terlanjur dengan Eliya ke?"

Lantas Dani melarikan anak matanya. Ya Allah aku tak sangupp

"Betul ke Eliya memang mengandung dan hubby bapa kepada budak tu?"

Kepala lalu digeleng-gelengnya. "Hubby tak tahu. Hubby tak ingat apa-apa. Tak mungkin hubby buat sesuatu kat dia Fira. Tak. Yes. Tak ada."

Peristiwa yang pernah terjadi antara Aqram Mukris dan Sara Marissa tiba-tiba muncul dalam otak.

Do you get dejavu Fira?

Allahu aku harap sangat itu semua memang tak betul. Tahu-tahu jelah si syaitan Eliya tu banyak helah. Aku dah tak nak kehilangan orang yang aku sayang kerana percayakan perkara itu bulat-bulat.

"Hubby cuma takut dalam tak sedar.. hubby dah buat benda bukan-bukan. Fira hubby takut!" pergelangan tangan kananku dicapainya. Air wajahnya bertukar gelisah.

"Fira ada okey? Fira akan tolong hubby. Sekarang hubby rehat dulu. Ustaz Akram dalam perjalanan ke sini. Dia pun akan bantu hubby." aku membawanya bangun menuju ke arah katil.

Mujurlah aku call ustaz Akram tadi dia sanggup datang pagi-pagi buta ni.

Dani terus membaringkan diri. Dah lemah sangat badan dia ni. Muka pun makin pucat. Sampai hati kau si manusia iblis ! Dah sengsarakan hidup orang, bukan cinta namanya Eliya!

Sesudah menyelimuti tubuhnya, terasa pergelangan tanganku sekali lagi berada dalam genggamannya. Dengan mata yang terpejam, tanganku sempat dikucupnya. Tanpa aku sedari air mata aku tumpah.

"I love you bunny.." ucapnya perlahan.

Aku terus melabuhkan punggung di sisi katil. Tangannya kemudian aku tarik dan bibirku pula mengucupnya.

"I love you more hubby." aku membalas sepenuh hati.

Dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik saja Dani.

*

"Dani akan dapat sakit? Sakit macam mana lagi tu ustaz?"

Aku lihat ustaz Akram dan Sara Marissa berpandangan seketika.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now