Bab 11

56 4 0
                                    

Ada yg tertunggu-tunggu next chapter CHMA 2 ke?

Hehe keep support me tau.❤

-

"Ya Allah hubby.." kakiku laju melangkah menutup pintu rumah. Kemudian dia yang terbaring di sebelah Afi aku hampiri. Aku melepaskan helaan nafas.

"Penat sangat nampak? Sampai nak tutup pintu balik pun tak larat." aku duduk menghadap mereka. Afi masih nyenyak tidur di situ.

"Sorry sayang. Kepala hubby sakit sangat. Sepatutnya hubby kena overtime harini tapi terpaksa balik awal. Tak tahan." tangannya bermain-main dengan tangan kecil Afi.

Lagi? Senang betul dia dapat sakit kepala sekarang.

"Hubby pergilah mandi dulu. Lepastu Fira kasi makan ubat."

Kepalanya digeleng laju. "Taknak. Hubby nak rehat je. Nanti hilanglah pening ni."

Haih tengoklah tuu

"Iye pun mandilah dulu. Balik kerja terus baring sebelah Afi macam ni. Walaupun hubby kerja dalam pejabat tapi still tak elok terus dekat baby."

Tanpa menjawab, dia lalu bangun menghadapku. Jelas kepucatan di wajahnya. Dahiku mengerut dengan keadaan dia dengan rambutnya yang kusut macam tu.

"Kita pergi cek klinik je lah. Hubby asyik tak sihat je. Risau pula Fira."

Dia menggeleng lagi.

"No need bunny. Hubby awak ni kan kuat?" dia senyum segaris.

Konoknyaa

Pipi gebu Afi dikucupnya dua kali. Terlihat si kecik tu menggeliat kerana diganggu. Dimples Dani muncul melihat riak Afi Khairy.

"Dahlah hubby. Pergi mandi sana. Tak payah kacau dia tidurlah." aku menepuk-nepuk lembut lengan Afi.

"I really love both of you." dia kembali memandangku.

Pipiku naik. "Kami pun sama.. ayah." tiba-tiba rasa takut menerpa diri. Takut bahawa kebahagiaan keluarga kecil ini bakal dirampas.

Aku tak mendoakan yang buruk buruk. Cuma keadaan Dani kebelakangan ni buat aku susah hati. Seperti ada sesuatu yang tak kena dengan dia.

"Majlis aqiqah untuk Afi, hubby dah uruskan. So sayang tak perlu banyak fikir lagi tentang tu." kali ini jarinya hinggap ke cuping telinga Afi. Sekejap ditarik sekejap diusap. Aku tahu dia geram sebenarnya.

Aduhaii

"Hubby nii" tangannya aku alihkan ke dalam genggamanku. "Janganlah ganggu dia. Kesian dia."

"Don't care,"

"Tapi hubby, betul yang hubby tak sorokkan sesuatu daripada Fira? Fira tak syak hubby apa-apa cuma Fira tak nak hubby berahsia lagi.  Kalau betul hubby ada masalah, jujur dengan Fira. Let me help you."

"Sayang.. hubby okey. Sumpah hubby tak berahsia apa-apa pun daripada Fira. Hubby berpegang pada janji." tangan kami bertukar kedudukan. "Atau Fira masih tertanya tentang hal yang berlaku antara hubby dengan Eliya dulu?"

Argh nama perempuan tu keluar pulaa

"Fira dah tak nak ingat pun pasal tu. Cuma Fira takut kalau hubby sakit tapi sorok daripada saya. Itu je."

"I'm alright bunny. Listen here," kami saling menatap wajah. "Maafkan hubby kalau dah timbulkan keraguan dalam hati sayang tentang kesetiaan hubby. Kita masing-masing tak faham apa yang berlaku. Pinta hubby supaya Fira lawan apa pun yang datang tanpa putus asa. Boleh?"

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now