Bab 10

154 12 2
                                        

-

"Comel tak adik Afi sayang? Comel ye? Macam aunty Fira kan?" Saiful di atas pangkuan Sara fokus merenung wajah Afi yang sedang dibuai lena. Aku letakkan dia di atas sofa beralaskan tilam baby.

"Comel macam uncle lah adik Afi tu." sampuk Dani. Dia lalu mengangkat keningnya kepadaku.

Poyo.

Dua minggu sudah berlalu. Perangai lama Dani kembali. Walaupun aku masih tak dapat jawapan tentang kejadian lalu, tapi aku cuba lupakan saja dan maafkan Dani. Dia pun memang tak berhubung mahupun berjumpa mak tok lagi.

Kalau pasal duit belanja, dia bank in jelah ke akaun Eliya. Takut nanti mereka kebulur pula.

Selang beberapa minit, Saiful pula yang mula merengek. Matanya kelihatan layu menandakan si cilik itu sudah mulai mengantuk. Sara terlihat tak dapat memujuk. Segera ustaz Akram bangun mendukungnya.

Alhamdulillah Saiful membesar dengan baik di bawah jagaan Sara dan ustaz Akram. Lebih-lebih lagi ustaz Akram penyayang dengan budak-budak. Saiful yang baru masuk usia setahun ni dah dia anggap seperti anak kandung. Itu sebab wajah mereka saling tak tumpah.

Kalau Am masih ada, dia pun bangga tengok Sara besarkan anak dia dengan penuh kasih sayang. Sara berjaya jadi ibu yang baik.

"Kalau bab hentikan dia nangis, memang abah dia yang win. Saya tak boleh buat apa." kata Sara.

"Biasalah anak lelaki kan? Manja dengan ayah." sahutku.

Tangisan Saiful serta-merta berhenti setelah ditenangkan abahnya. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu ustaz Akram.

Suasana menjadi sepi tika Mira datang membawa dulang berisi gelas dan air bancuhannya. Dia menarik muka sambil menghidangkan air ke atas meja.

"Minumlah." pelawanya ringkas kemudian mengambil tempat di sebelahku.

Jelas dia melarikan matanya dari memandang ustaz Akram dan Sara Marissa. Aku tak expect langsung yang mereka datang pada hari dan waktu yang sama. Mira tadi pun boleh boleh nak patah balik semula tapi aku yang tahan.

"Thank you cik Mira tolong buatkan air. Rajinn" usikku.

"Hm. Buat air je pun. Bukannya aku tak reti."

Sempat aku menyikunya.

"Silalah Sara, ustaz. Lepas ni kita lunch sama sama ye? Izwan mana Mira? Kau cakap dia akan susul kau,"

"Lupa aku, dia mesej tadi tak dapat datang. Banyak meeting harini. Lunch pun aku tak tahu sempat ke tidak dia. Nampak kan kerja keras buah hati aku tu nak cepat halalkan aku? Lagipun risau juga kena kebas lagi kalini." sengaja dia menekan ayat terakhirnya.

"Okey, faham. Saya pergi masak dulu lah. Korang sila minum tau."

"Eh Fira takpa. Biar aku je yang masak. Kau duduk je rehat jaga Afi. Boring juga duduk sini tak buat apa apa." Mira mencelah.

"Tak payah mengadalah makcik. Korang kan tetamu aku harini. Dani ada tengokkan Afi."

"Betul. Duduklah kita bual-bual dulu." Dani juga sengaja mempelawa.

"Rasa tak selesa pula ikut awak berbual dengan tetamu awak tu Dani. Kau Fira tak payah acah sangat layan aku ni macam orang lain. Biasa biasa sudahlah. Daripada duduk sini dengan hati yang sakit, better aku berperang dekat dapur kau." dia mula berdiri.

"Nak saya tolong Mira?" Sara bersuara.

"Aku tak perlukan pertolongan sesiapa. Bukannya aku tak boleh buat kerja dapur." sindir Mira seraya berlalu pergi.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang