Bab 14

40 5 0
                                    

-

"Fira?"

Kepala yang tadinya ku sandarkan di kepala katil, diangkat. Figura mama yang langsung terlihat masuk ke dalam bilik mengambil tempat di katil. Afi yang masih berjaga di sebelahku mama pandang. Terpancul senyuman di bibirnya.

"Why grandson omar tak sleep lagi ni?"

Giliran aku yang mengukir senyum. Kepala Afi yang tidak begitu lebat rambutnya, aku usap.

"Fira tak tidur seharian ni, dia pun nak berjaga juga ma." tersangat susah nak lelapkan si kecil Afi harini. Mungkin turut tercari-cari dengan kelibat ayahnya barangkali.

"Tidurlah Fira. Sekejap pun cukuplah. Nanti kalau badan Fira lesu tak larat pula jaga Afi. Kesian mini Ammar Danial ni nanti."

Tiba-tiba terasa bahang kedua mataku. Aku yang telefon mama dan mengadu tentang hal ini. Perkara yang ustaz Akram bagitahu tempoh hari turut aku ceritakan.

Aku tak boleh berahsia. Aku tak layak. Dani anak mama. Dia berhak tahu bahawa ada manusia sedang cuba hancurkan hidup putera kandungnya itu.

"Ma, Fira cuma tak boleh. Macam mana Fira boleh rehat kalau otak ni melayang fikir benda lain? Kalau ikutkan hati, Fira nak cepat selesaikan masalah ni. Fira tak sanggup nak hadap sorang sorang." mental dan jiwa aku tengah berperang antara satu sama lain.

Letih tahu tak?

"Mama tahu Fira risau. Fira tak keseorangan sayang. Mama ada ni. Kita fight sama-sama okay?" pujuk mama lembut.

Aku menatap wajahnya menahan sebak.  Asal aku masih ada kurang walau mama ada di sini? Asal seakan belum cukup? Asbab itulah aku rapuh. Kerana terkenangkan Afi aku cuba lawan even tak bersenjatakan apa-apa.

Sejurus selepas itu, kami berdua dikejutkan dengan bunyi barang pecah di tingkat bawah.

"Mana isteri aku?!"

Dani??

Mama dan aku berpandang sekilas.

"Aku nak Fira kau faham tak?!" sekali lagu suara Dani lantang membentak.

"Takpa Fira turun bawah, biar mama tolong tengokkan Afi. "arah mama.

Kepala aku angguk perlahan. Kaki membuka langkah seribu memeriksa Darwish yang sejak tadi berada di bawah.

-

"Kau sedar ke tak ni ngah? Kau mabuk eyh? Dah mula pandai minum arak?!"

Langkahku terhenti di belakang Darwish. Jelas kemarahannya meluap pada Dani tika itu.

Ya.

Akhirnya Dani balik. Lega sedikit hatiku. Perasan kelibat Iqbal muncul di sini. Dahiku sempat mengerut. Dia yang hantarkan Dani?

"Relax Rish. Angah kau tak minum pun benda tu. Dia baru sedar dari pitam. Aku nak bawa dia ke hospital tapi dia tak nak. Dia nak jumpa Fira terus katanya." jelas Iqbal cuba menenangkan keadaan.

"Pitam?"

Dani yang sedari tadi menunduk menarik-narik rambutnya, laju mengangkat wajah saat suaraku menjengah.

"Sayang?" Pantas dia mendapatkanku. Tubuhku serta-merta dalam pelukannya. Erat. Tanganku juga memeluknya erat.

Rindu. Seakan sudah berjauhan benar kami hari ini.

"Sayang pergi mana? Jangan tinggalkan hubby sayang. Please?"

Tak mampu ditahan, air mataku gugur. "Fira tak tinggalkan hubby pun lahh" saya sayang awak Dani. Tak pernah terlintas di fikiran ni yang saya nak tinggalkan awak walaupun keadaan awak macam ni sekarang.

Cinta Hati Mr. Annoying 2Where stories live. Discover now