Author note : Be alert dengan perubahan POV. Dan happy new year!! Sorry kalau ada terkasar bahasa.... banyak grammar error... Peribahasa yang dihuru-harakan.. Read, Vote, fan, and comment. :)
Safran POV
Aku berjalan masuk ke dalam lif sambil mata masih merenung ke arah kad kahwin aku dan Hani. Dahi berkerut semacam. Macam mana aku boleh terlupa.. Eh! Aku kan lelaki, memang patut pun aku terlupa tarikh-tarikh macam begini. Tapi.. Aku tengok sekali lagi kad di tangan. Memang betul. Aku tengok tarikh di telefon bimbit memang sama dengan tarikh yang tercatat di atas kad yang tengah aku pegang sekarang. Kalau bukan sebab penyambut tetamu tadi memang aku tak ingatlah pasal ini walaupun kad kahwin memang selalu ada di dalam dompet aku. Aku teringat adegan tadi sewaktu aku mahu klentong dengan penyambut tetamu tadi.
"Ya, Boleh saya bantu?"
Tanya penyambut tetamu itu. Manis senyuman. Tapi sayang bukan taste aku. Yelah.. perempuan ni mungkin 4 tahun lebih tua dari aku. Tak patut kalau aku tangkap cintan dengan dia. Tergugat Hani tu kang.. Sebab aku jatuh hati dengan perempuan lagi tua dari dia.. Tapi kalau aku kahwin dengan penyambut tetamu ni.. Si Hani tu jadi isteri tua ke atau isteri yang muda?.. jauh pula otak aku berfikir.
"Ya Mas?"
Sekali lagi penyambut tetamu itu bertanya. Aku tersedar dari khayalan yang sedikit pendek.
"Saya nak tahu nombor bilik Miss..."
Bingung seketika. Miss ke? Ah! Hentam jelah. Aku bukan tahu apa panggilan di Bali ini untuk orang yang sudah kawin. Takkan nak panggil Madam pula.Macam tinggi sungguh darjat isteri aku ni. Atau Puan?
"Miss??"
Kata penyambut tetamu itu dengan muka penuh dengan tanda tanya.
"Miss Hani Alisha"
Penyambut tetamu itu tersenyum.
"Sorry Mas,, saya tidak boleh memberi sebarang informasi mengenai pelanggan kami."
Dah tahu tak boleh bagi kenapa tak cakap awal-awal. Angin juga hati ni.
"Look.. today is our anniversary and I want to surprise her. With flower.. candy..food.. and me!"
Penyambut tetamu kelihatan tidak percaya. Aku keluarkan kad kahwin yang tersembunyi berkurun lama di dalam dompet aku tanpa berfikir panjang. Tapi kad kahwin tu tidaklah berkurun lama sangat-sangat. Aku cuba buat ayat hyperbola je tadi.
"Ow...."
Eh.. main tunjuk-tunjuk kad pula dengan member sebelah dia. Aku mengerut kening. Dan aku mula berfikir dengan waras. Kad kahwin tu ada tarikh sebenar kami kahwin. Habislah. Aku baru nak klentong tadi. Aku mula memikir ayat-ayat yang boleh buat penyambut tetamu itu kesian dengan aku. Mungkin aku boleh kata yang Hani merajuk dengan aku atau apa-apa jelah. Penyambut tetamu itu menulis sesuatu di atas kertas kemudian menyerahkan kad kahwin berserta kertas putih yang digunakan untuk menulis sebentar tadi.
"Tahniah ya mas.."
Aku mengerut dahi. Hairan. Betul juga ke tarikh kahwin aku ni sampaikan penyambut tetamu tu bagi nombor bilik.
Ting!
Pintu lif terbuka luas. Aku keluar dan cepat menuju ke bilik Hani. Aku menekan lonceng yang tersedia. Senyuman di wajah terus terukir bila pintu mula dibuka.. dan...
"Safran!!"
Senyuman aku mula menjadi palsu. Kenapa pula minah ni ada dekat sini.. Dahlah aku payah nak buat Que jauh dari Hani sebab aku nak luangkan masa dengan minah pendek tu. Alang-alang dah membazir duit datang dekat Bali.. baik kami berbulan madu dekat sini. Senyuman aku kembali terukir lebar.
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...