37

2.2K 45 3
                                    

*Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan di sini yang saya sangat tidak pandai menulis tentang scene pergaduhan.. Saya jenis cintakan keamanan sikit.. jadi kalau scene di bawah ni macam ridiculous cket.. sorrylah.. hehe.. enjoy,read,vote& comment

Safran POV

Que mengeluh lemah bila kereta yang aku pandu berhenti betul-betul di hadapan pintu rumah yang kononnya tempat Hani berada. Que berkali-kali menyuruh aku meminta bantuan polis sebelum datang ke rumah ini. Tapi aku tidak boleh menunggu lama lagi.. Selepas sahaja menerima panggilan telefon sebentar tadi, aku terus mengambil kunci kereta dan memecut datang ke sini. Que berkeras mahu turut serta.

“Saf... Aku rasa kita kena tunggu pihak polis dulu.”

Aku menjeling Que sambil membuka pintu kereta. Bosan dengan ayat yang sama diucapkan oleh Que sepanjang berjalan ke sini. Que kelam- kabut keluar dari kereta dan mengikut langkah aku yang semakin laju. Hati aku berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Gembira kerana hanya beberapa langkah sahaja lagi aku akan berjumpa dengan Hani. Tapi sedikit perasaan gentar hinggap dihati kerana tidak tahu apa yang bakal aku hadapi bila sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah ini. Tapi aku tahu yang aku mesti kuat untuk Hani.

 “Huh... Kalau aku tahu hari ni aku kena keluarkan karate skill  aku, start tahun lalu aku mula latihan balik.”

Kata Que bila kami sampai ke muka pintu. Aku hampir tersenyum mendengarnya. Aku tahu yang Que mula meninggalkan dunia budak ‘aktif’nya kerana rasa bersalah dengan apa yang dia telah lakukan kepada Hani.

“Dah berkarat?”

Tanya aku perlahan.

“Demi menebus kesalahan yang pernah aku buat untuk Hani.. Silat Gayung pun aku akan gunakan untuk menyelamatkan Hani. Ready?”

Que tersenyum dengan penuh keyakinan sambil merenung ke arah aku.

Always...”

Kami sama-sama menolak pintu besar di hadapan kami dan bersedia untuk menghadapi sesiapa yang cuba menghalang kami dari menyelamatkan kami. Mungkin di belakang pintu ini sudah ramai yang bersedia untuk merasa penangan ‘kasih-sayang’ dari tangan dan kaki aku ni. Mungkin lebih dari sepuluh orang. Melihat dari keadaan rumah agam ini, mesti dia mempunyai banyak duit untuk mengupah orang. Mungkin.... aku dan Que sama-sama berpandangan bila melihat ruang tamu yang kosong.

“Kita salah alamat ke?”

Que kelihatan keliru, sama seperti aku. Tiada orang pun yang menjaga pintu depan. Baru menceburi bidang penculikan ke penculik ini. Mesti tak pernah tengok wayang orang putih macam Taken, Stolen dan lain-lain lagi. Singkatan dll. Kemudian aku terdengar bunyi seperti orang bertengkar.

“Airit! Berhenti... kamu dah gila ke!”

Sekali lagi aku dan Que berpandangan.

“Airit?”

Serentak nama Airit keluar dari mulut kami berdua. Barulah aku tahu kenapa Hani diculik. Rupanya mamat tu tak puas lagi kena penangan ‘kasih sayang’ aku ni.

“ Apa yang korang tengok lagi?! Tahan Airit tu! Mati perempuan tu nanti!”

Bila terdengar jeritan seorang perempuan yang kemungkinan dari tingkat atas, tanpa banyak berfikir aku dan Que terus berlari ke arah suara tersebut. Hampir hancur hati aku melihat Hani yang sudah terbaring di atas lantai. Airit sedang ditahan oleh beberapa orang lelaki. Kelihatan lelaki tua dan seorang perempuan yang masih terkejut melihat kemarahan Airit.

“Tak guna!”

Aku terus meluru ke arah Airit dan menumbuk ke arah mukanya.  

Airitz terbaring di atas lantai apabila menerima tumbukan aku sebentar tadi. Tangannya memegang ke arah muka yang sudah kemerahan. Tanpa sempat menyerang Airit lagi, satu tumpukan hinggap di muka aku sehingga membuat aku terduduk memegang pipi.

“Bawa Hani keluar dari sini!”

Aku merenung ke arah Hani yang sudah tidak sedarkan diri kemudian menjerit ke arah perempuan yang sedang berdiri di tepi pintu. Aku tahu yang aku boleh mengharapkan dia. Mungkin dia dan Pak cik tua itu yang memberi maklumat kepada aku. Salah seorang orang suruhan Airit mahu menyerah aku kembali, mujur Que cepat bertindak dan menendang orang suruhan Airit. Aku cepat berdiri bila melihat Airit kini sudah berdiri. Aku sempat melihat Hani dipapah keluar dari bilik tempat kami berada sekarang sebelum meluru ke arah Airit dan berlawan dengan salah seorang lagi orang suruhan Airit.

Entah sudah berapa lama aku menumbuk dan ditumbuk, muka aku mungkin sudah penuh dengan lebam dan luka. Que juga kelihatan penat. Menyesal aku tak tunggu polis tadi. Nak jadi hero sangat. Bila aku dapat melihat Hani selamat dibawa keluar dari bilik ini barulah aku boleh berfikiran dengan jelas. Tapi bila difikirkan balik, mujur aku dan Que sampai awal tadi. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi dengan Hani. Mungkin lebih teruk dari keadaan tadi.

“Polis!”

 Tangan kanan aku menahan tangan Airit dari sampai ke muka aku dan tangan kiri pula yang sedang mencekik leher Airit digenggam kemas oleh tangan kanan Airit. Dalam keadaan seperti itu, aku dan Airit sama-sama memandang ke arah pintu bilik. Beberapa orang polis mula memasuki bilik ini. Aku sempat melihat Que yang sedang ‘mengunci’ pergerakan salah seorang orang suruhan Airit. Dia juga tersentak dengan kehadiran Polis itu. Kemudian dia berpaling ke arah aku.

“Saf, siapa yang berkarat sekarang? Kau ke aku?”

Aku buat muka sebelum melepaskan Airit kepada pihak polis. Mesti Que sedang maksudkan yang dia dapat menewaskan dua orang suruhan Airit sedangkan aku hanya dapat muka yang penuh dengan lebam.

“Ahh... shut up you..”

Saja bagi jawapan standard budak sekolah menengah. Tak mahu hilang macholah.  

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now