Safran POV
Aku membuka pintu rumah sambil berkerut di dahi. Hairan bila melihat kasut milik Hani ada di hadapan pintu. Itu bukan perkara yang menghairankan. Inikan rumah dia juga. Mestilah dia boleh datang bila-bila masa sahaja. Tapi aku hairan melihat susunan kasutnya itu. Hanya tersadai di hadapan pintu. Selalunya Hani yang selalu membebel bila melihat kasut-kasut diletakkan di hadapan pintu. Kasut mesti diletakkan ke dalam rak selepas pakai. Mahu seminggu juga dia membebel mengenai perkara itu.
Hari ini dia pula yang melakukan benda yang paling dilarang olehnya. Pelik. Bila aku masuk ke ruang tamu. Sunyi. Mungkin dia ada di dalam bilik. Aku menjungkit bahu. Tidak mahu pening memikirkan mengenai hal Hani. Alat kawalan jauh astro di atas meja aku capai kemudian membuat saluran sukan. Rasa sunyi. Kuatkan lagi suara television. Rasa bosan. Kuatkan lagi... dan lagi... sebelum lagi...
“Eiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Safran!”
Aku tersengih bak kerang busuk bila melihat Hani di hadapan pintu bilik kami dengan rambut yang setaraf macam sarang tebuan. Baru bangun tidur. Otak aku berkerja keras memikirkan agenda terbaik untuk ber’main’ dengan Hani yang tengah mamai.
“Hi sayang....”
Aku menepuk paha aku.
“Mari duduk sini..”
Sengaja mahu mencabar Hani. Aku tahu aku mesti mendapat jelingan dari Hani dari cabaran aku ini tapi kalau dia duduk di pangkuan aku pun apa salahnya.Mungkin boleh menghilangkan semua penat mengurus budak-budak membuat persiapan untuk malam ni. Saat aku mengalihkan pandangan mencari jam dinding, aku terasa sesuatu menghempap di pangkuan aku. Aku mengalihkan pandangan ke wajah Hani yang tersenyum. Senyuman yang penuh muslihat.
“Abangku sayang, you jangan nak mencabar I.. tak mencabar betul pun cabaran you ni.”
Aku menahan gelak bila Hani buat muka menggoda. Tak. Aku tak tergoda. Dan ya. Aku tak menipu.
“Kalau ye pun nak mengoda aku, cerminlah diri kau tu dulu..dahlah pakai baju winny the pooh, rambut dah macam bergeng dengan kumpulan Alley cat.. Beku Iman aku terus cik adik oi!!”
Aku sungguh yakin aku akan menang dengan perbalahan kali ini. Yakin 100%!. Sehinggalah Hani menyilangkan kalinya sehingga membuatkan baju yang tadinya sampai ke paras lutut ternaik sedikit sehingga ternampak pahanya yang putih melepak. Aku menelan air liur. Ternampak bibir Hani yang mahu tersenyum lebar. Aku tak boleh kalah. Aku mengangkat tubuh Hani kemudian meletakkan dia di atas sofa. Aku cepat berdiri.
“Dah lambat. Aku nak bersiap dulu. Takut budak-budak tu huru-hara pula dekat gelanggang..”
Hani tertawa mengejek. Dia berdiri di hadapan aku.
“Aku menang.”
Aku meraup muka bila Hani mula mendekati aku. Aku melihat jam. Teringat yang aku berjanji dengan Sarah untuk mengambilnya dan pergi awal ke gelanggang itu untuk memastikan semuanya sudah siap sedia. Dengan mood Sarah yang masih belum baik, aku tak patut mungkir janji.. Aku mesti pergi aw.... Jari Hani mula bergerak nakal menyelusuri otot di perut aku. Aku mesti apa tadi? Whatever.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Oh tidak! Tidak! Tidakkk...”
Aku geram melihat nota yang Hani tinggalkan di sebelah aku. Dan aku bertambah geram bila melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.30pm. Habislah. Aku janji dengan Sarah 7.30 pm.. aku dah lewat 1 jam. Dan nota Hani menambahkan darjah kemarahan aku.
-Aku pergi kolej dulu. Tak sabar tengok muka Sarah mengamuk dengan kau. Hate you :D-
Aku mencapai telefon. Lebih dari 10 misscalled dari Sarah. Kenapa boleh tak dengar? Kerana Hani.
Hani dengan suka hati menetapkan telefon kesayangan aku dalam silent mood. Aku sempat menghantar pesanan ringkas buat Hani sebelum berlari ke bilik air untuk membersihkan diri. Mujur Hani sudah menyediakan pakaian yang perlu aku pakai untuk malam ini. Kalau tidak memang kucar kacir juga almari ni aku buat untuk mencari baju. Tunggulah Hani. Dan berapa kali aku kena dengan budak pendek ni? Aku patut minta idea-idea bernas dari Khairi dan kawan-kawan yang lain untuk mengenakan budak ni.
p/s: pendek je.. vote n comment ek. :D
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...