34

1.9K 40 1
                                    

Safran POV

Sudah empat hari berlalu... masih tiada berita tentang kehilangan Hani. Rumah terasa kosong walaupun sekarang ini rumah aku dan Hanj penuh dengan pegawai polis, Que, Sarah, keluarga aku.

Dan Hani.. sekali lagi aku mengeluh.. masih tiada panggilan telefon dari penculik Hani.. Ya... Hani diculik.. mujur ada cctv yang dipasang berhadapan dengan tempat aku terjumpa telefon milik Hani. Sebuah van berhenti berdekatan dengan tempat Hani berdiri kemudian menarik Hani masuk ke dalam van. Aku terduduk melihat rakaman itu. Macam-macam yang bermain di fikiran aku sekarang ini.. fikiran aku bertambah runcing bila memikirkan keadaan Hani yang tidak begitu sihat. Ah! kalaulah aku mengambil serius dengan mimpi-mimpi yang Hani alami beberapa hari lalu.. mesti tidak jadi macam ni.. bila aku mahu mengeluh untuk kesekian kalinya, Que menepuk perlahan bahu aku. aku mendongakkan kepala melihat Que yang sedang berdiri disebelah aku.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa.... Sabar jelah... in shaa Allah Hani akan selamat walau di mana dia berada.."

Kata-kata Que membuatkan aku mengeluh lagi.. itulah sahaja yang mampu aku buat sejak kehilangan Hani.. Baru aku sedar yang aku betul-betul memerlukan Hani di dalam hidup aku.. bukan kerana dia isteri aku... dan bukan juga kerana dia bakal menjadi ibu kepada anak aku.. tapi kerana aku sangat cintakan dia.. dan aku mula yakin dengan apa yang aku rasa sekarang ini...

"Aku pun harap macam tu Que.. aku harap sangat Hani tak apa-apa.. Aku rasa tak berguna langsung sekarang ni.. sepatutnya aku keluar dari rumah ni dan cari Hani dekat mana-mana.. bukan duduk diam di sini dan tunggu tindakan polis.. sampai bila nak tunggu?!"

Aku meraup muka yang sudah kasar dengan adanya sedikit jambang. Aku tiada hati mahu melakukan apa-apa termasuk menjaga ketrampilan diri aku sendiri.

"Kau nak cari di mana ? dah berapa hari kau merayau mencari Hani.. "

Kata Sarah pula. aku sendiri tidak perasan sejak bila dia duduk dihadapan aku.. aku sudah tidak kisah dengan apa yang terjadi di persekitaran aku kerana tidak berhenti memikirkan tentang Hani.

"Carilah di mana-mana asal aku tak duduk diam di sini.."

Aku hampir pitam bila cuba berdiri untuk mengambil kunci kereta yang ada di atas meja. Que cepat membantu aku untuk duduk kembali..

"Kau tu tak sihat... rehatlah dulu... dah berapa hari kau tak makan ni?"

Bebel Sarah. Que hanya menggeleng kepala. Aku pun tak tahu bila kali terakhir makan masuk ke dalam perut aku. Setiap kali aku mahu menjamu selera mesti terfikir Hani yang entah makan atau tidak.. Air mata aku mengalir perlahan.. Isteri aku di culik dan aku tidak dapat buat apa-apa kecuali menunggu... Entah kenapa penculik masih belum menghubungi untuk meminta wang tebusan.

**** POV

Hani sedang tertidur bila aku menjenguk ke biliknya. Kesian melihat cinta hati aku yang kelihatan pucat. Nurse yang aku upah untuk menjaga Hani terpaksa menyuntik ubat penenang supaya Hani tertidur.. Sudah beberapa hari Hani menjerit mahu di lepaskan.. aku tak faham... kenapa susah sangat dia nak terima aku... Pergelangan tangan kanan Hani yang berikat di kepala katil kelihatan lebam dan berdarah. Hani betul- betul mahu melepaskan diri dari aku. Padahal selama beberapa hari Hani bersama aku, aku tidak pernah buat apa-apa dengan Hani.. aku cuma mahu dia terima aku.. Aku cuba mengusap kepala Hani namun perbuatan aku terhenti apabila menerima renungan tajam dari Hani yang baru bangun dari tidur.

"lepaskan aku..."

Luluh terasa hati aku bila mendengar rayuan Hani..

"No way."

Aku menjawab dengan tegas.

"I will never love you!"

Hani menjerit apabila aku mahu keluar dari biliknya.

"You will!"

kata ku sebelum keluar dari bilik Hani... aku yakin yang lama kelamaan nanti Hani akan dapat terima aku.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now