Airit pov
Aku tak tahu kenapa aku sanggup buat Hani macam tu.. Aku tak sampai hati tengok keadaan dia seperti itu.. tangan terikat di kepala katil. Kalau nak ikutkan hati aku, aku takkan buat dia macam tu.. tapi itulah Hani yang aku kenal,degil! keras kepala!
"Perempuan tu mengandung Pak Man..."
Aku mengerut dahi.. Aku yang baru mahu melangkah ke dapur terus menghentikan langkah dan cuba memahami dengan lebih jelas apa yang sedang Katie dan Pak Man tengah ceritakan.
"Kamu pasti ke Atie? Budak tu dah kahwin? Astagfirullah Al azim.."
Hati aku mula tak tenang dengan bicara Pak Man itu. Siapa yang mengandung? budak mana?
"Itulah yang dia cakap... saya tak tahulah Pak Man. Harap laki dia cepat-cepat telefon polis dan selamatkan budak tu..Kalau lama lagi., tak tahulah apa jadi nanti.."
Aku rasa terkejut dan marah! itu yang pastinya.. Tak sangka dia buat macam ni dengan aku.. perempuan curang. Aku menumbuk kuat dinding tempat aku berselindung sedari tadi. Katie dan Pak Man kelihatan terkejut.
"Hani? Perempuan tu yang korang tengah bualkan tu ialah Hani kan?!"
Katie kelihatan gugup manakala Pak Man hanya menunduk merenung lantai.Melihat kebisuan mereka, membuatkan aku tahu yang aku tak perlukan jawapan lagi.. Aku meluru ke arah bilik di mana Hani di tempatkan.
Perepuan sial! curang! curang! Dia curang dengan aku.. dia langsung tak hargai cinta aku.. tak percaya dengan cinta, lelaki!? Jadi kenapa boleh mengandung! penipu..
Hani PoV
Bila terdengar derapan langkah kaki seseorang yang semakin mendekat, aku mencuba lagi melepaskan tangan aku yang masih diikat di kepala katil. Memang pedih bila luka yang masih belum kering terkena kain putih yang digunakan untuk mengikat tangan aku.. tetapi aku terus merentap tangan aku. Setelah mencuba berkali-kali akhirnya aku boleh tersenyum apabila tangan kanan aku tidak lagi terikat. Aku cuba melepaskan tangan kiri aku dengan cepat. Mujur kaki aku tidak terikat sama.
"Kurang ajar!"
Aku cepat merentap tangan kiri aku setelah berjaya merungkai ikatan kain putih itu. Aku menelan air liur. kelat. Wajah Airit di muka pintu begitu menakutkan. Dia marah sebab aku cuba melepaskan diri ke?
"Anak siapa Hani?"
Airit kelihatan begitu marah. Bila mendengar soalan Airit, aku terus meletakkan tangan aku di perut untuk melindungi cinta hati aku dan Safran daripada diapa-apakan oleh Airit. Melihat perlakuan aku membuatkan Airit bertambah marah.. Airit meluru ke arah aku dan tanpa menunggu lama, satu tamparan hinggap ke muka aku.. dan tumpukan seterusnya tendangan yang bertubi-tubi..tanpa sedar, aku sudah terbaring sambil melindungi perut aku dari terkena sebarang serangan dari Airit. Sebelum aku tidak sedarkan diri, kedengaran suara- suara orang menjerit dan menyuruh Airit berhenti.. Aku cuma berharap yang Safran cepat datang untuk selamatkan aku..
*Baru habis vacation (budak skolah pun dah lama habis skolah) ... cuti sekolah ni byk sgt kartun... terpaksa tgk.. tu yang crita ni terabai ... hehe.. enjoy reading.. comment &vote
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...