15

2.9K 51 0
                                    

Hani POVs

“Hani... lama tak jumpa..”

Aku memberhentikan langkah.  Berundur beberapa langkah untuk berdepan dengan orang yang menegur. Aku tersenyum lebar.

“Maliki..”

“Yes..aku Maliki.”

Aku tersenyum. Malikilah yang berjaya membawa aku keluar dari dunia aku yang begitu pudar. Dia yang mengajar aku cara ‘bermain’. Aku pernah terluka. Ya.. aku baru teringat tentang perkara itu. Itulah kali terakhir aku menangis kerana lelaki. Itulah kali terakhir aku  menjadi seorang yang percaya dengan cinta. Maliki terjumpa aku sewaktu aku menangis teresak-esak dan hampir membunuh diri. Kerana cinta. Aku malu dengan sejarah silam itu. Sejak itu aku tidak lagi jadi mangsa cinta. Maliki membantu aku berdiri untuk melawan. Maliki mengajar aku untuk mengenali semua taktik licik lelaki.

“Sejak bila bekas pelajar kolej dijemput datang ke majlis sambutan ahli baru kelab hoki ni?”

Aku bertanya dengan nada sarkastik. Maliki tersenyum lebar. Maliki berpeluk tubuh berjalan mengikuti langkah aku. Mesti ada sesuatu yang membawa Maliki ke sini. Aku mengambil meja yang agak tersorok dari yang lain.

Maliki mengambil tempat di sebelah aku. Pandangannya masih tertumpu kepada aku. Meja yang mempunyai 10 tempat kosong itu masih belum terisi oleh ahli-ahli hoki yang lain. Hanya kami berdua sahaja yang sudah mengambil tempat duduk di meja yang agak tersorok itu.

“Apa yang kau mahu Maliki? Some help?”

Maliki tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya yang agak berotot itu di kerusi. Walaupun sudah setahun menghabiskan pengajian di kolej ini, Maliki tetap kelihatan begitu sasa. Mungkin dia selalu bersenam untuk memastikan badannya tetap menarik di mata orang/perempuan.

Aku tersenyum sinis bila teringat sesuatu. No more broken heart. Motto kami berdua.

“Umur aku dah 25 tahun. Dekat masuk 26 tahun.”

Aku ketawa kelucuan bila mendengar mukhadimah dari Maliki. Dan aku tahu kemana tajuk ini akan pergi. Aku lebih awal menghadapinya. Maliki mengerut dahi. Kemudian meletakkan tangannya di atas bahu aku.

“Apasal kau ketawa? Aku belum habis cakap lagi..”

Aku semakin kelucuan. Aku menarik tangannya yang diletakkan di atas bahu aku. Berat. Dan aku terasa lain. Rasa bersalah. Tapi cepat-cepat aku
padam rasa itu bila terlintas wajah Safran dibenak aku.  

“Aku dah tahu keseluruhan cerita dengan intro kau yang macam tu. Apa yang kau mahu aku tolong? Cari calon untuk kau? Seorang yang boleh kau buli-buli?”

Maliki menukar posisinya untuk berhadapan dengan aku. Dia merenung aku lama. Walaupun tanpa berkata apa-apa, aku sudah tau apa yang mahu disampaikannya. Aku cepat-cepat mengangkat kedua –dua tangan aku kemudian menggeleng laju.

“No..No..And no. Lagipun, aku dah kahwin. Mahu sakit jantung mak kau kalau tau kau bawa pulang calon menantu yang dah ada suami.”

Maliki terundur sedikit kebelakang. Terkejut. Oh! Aku terlupa bagitahu dia tentang perkahwinan aku dengan Safran. Maliki seperti mahu berkata sesuatu namum mengetap mulutnya selepas beberapa saat dia mahu berkata sesuatu. Dia agak tergamam. Aku mengerut dahi melihat tingkahnya.

“Kahwin?”

“Eya..Kahwin..”

Aku berkata perlahan. Takut ada yang memasang telinga pula.

Maliki menarik nafas panjang.

Apa kena dengan budak ni. Eh! Bukan budak.. Dah boleh panggil bapak budak dah ni. Ni mesti stress sebab mak dia paksa dia kahwin. Dah fobia dengar perkataan kahwin ke?

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now