Safran POV
Aku di Bali dan aku tidak tahu di mana aku harus mencari budak pendek tu. Ini sebab aku space out masa Sarah beritahu Hani menginap di hotel yang mana di Bali ni. Mungkin kerana nasib aku yang sangat baik. Telefon yang aku simpan di dalam poket berbunyi. Dan dengan nasib aku yang cukup baik ini.. Que telefon.
"Kau mesti datang sini."
Okay.. Tiada salam walaupun Hai tiba-tiba minta aku datang di sini. 'Sini' yang mana aku pun tak tahu.
"Kalau kau maksudkan 'sini' tu di Bali.. aku memang ada di sini. Aku ada urusan PERniagaan di Bali."
Perniagaanlah sangat. Masuk ni dah dua kali aku menipu orang dalam tempoh sehari. Bagus betul perangai aku ni. Sarkastik..sarkastik..
"Oh.. kau memang di sini.."
Oh.. surprise-nya.
"Wah.. Kita di tempat yang sama. Tak sangka kau pun ada di Bali. Kenapa kau boleh ada dekat sini?"
Aku memasukkan bagasi yang aku bawa ke dalam teksi. Tapi aku masih belum tahu di mana destinasi aku.
"Aku sayang dengan...."
Dan aku betul-betul tak mahu dengar pengakuan kawan baik aku yang jatuh cinta dengan isteri aku. Tentunya aku boleh pasang dua, tiga dan empat sekali..sebab aku lelaki.. Tapi budak pendek tu perempuan. Mana boleh pasang lebih-lebih. Aku sorang cukuplah.
"Wah... Bali ada pantai."
Itu sahaja yang aku terfikir untuk memintas ayat Que tadi.
"Boleh tak kau fokus dengan cerita aku dulu?"
Que kedengaran sedikit kecewa. Aku tersenyum bangga.
"Mahu kemana ya mas?"
Pemandu teksi itu bertanya. Terlupa sekejap dengan situasi aku sekarang ini. Nak masuk dua, tiga minit aku di dalam teksi tapi masih belum tahu arah tuju.
"Kau dekat mana sekarang?"
"The Sunset Hotel and Villa"
Jawab Que.
"Tolong hantar dekat The sunset hotel and villa."
Aku memberitahu pemandu teksi itu.
"On the way.. bye."
Aku terus meletak telefon tanpa menunggu balasan dari Que. Setelah berapa minit selepas di dalam teksi akhirnya aku sampai juga. Dan.. sejujurnya bila pelancong lain melihat hotel ini mereka akan melihat dan berkata 'what a lovely place'.. dan aku akan berkata 'MEMBAZIR'. Budak pendek ni memanglah suka membazir. Cuba pergi bercuti di Batu Caves ke,.. jimat duit aku.. Aku membuka mesej Que yang dihantar selepas aku memutuskan panggilan telefon. Aku cuba mengetuk pintu untuk kesekian kalinya. Kedengaran seperti suara-suara yang sedang berbual di dalam bilik. Aku ketuk sekali lagi sehinggalah kedengaran tombol pintu dipulas . Aku membuka pintu sedikit..
"Kau hampir ROGOL aku!"
Aku kenal suara itu. Dan tindakbalas pertama aku selepas mendengar jerita tadi ialah....
"Wow.."
Namun kehadiran aku masih tidak diendahkan.
"Kau buat aku rasa betapa kerdilnya aku dan kau runtuhkan semua kepercayaan aku. Apa yang aku buat dengan kau adalah beri kasih sayang aku terhadap kau. Walaupun aku tahu tentang pertaruhan antara kau dengan kawan-kawan kau yang tak berguna tu. Aku beri kau peluang. Tapi apa yang aku dapat?? Kau paksa aku jadi macam ni.. jadi orang yang tidak percaya dengan sebarang hubungan. Buang semua orang dari hidup aku sebab kau cakap aku cukup berharga untuk hidup dengan semua orang. Semua lelaki yang akan jadi pasangan aku adalah orang yang malang!"
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...