31

2.5K 55 2
                                    

Safran POV

Hani kelihatan termenung sepanjang perjalanan untuk pulang ke rumah kami. Aku nak tegur pun rasa serba salah. Kejap dahi dia berkerut.. kejap dia menghadap kiri.. kejap lagi dia menghadap kanan.. Aku cuma menumpukan perhatian terhadap pemanduan aku. Sekali lagi telefon bimbit aku berbunyi. Sarah. Sudah beberapa hari aku tidak menyambut panggilannya. 

"Tak nak sambut ke?"

Aku menggeleng kepala. Melihat reaksi aku, Hani terus menarik gambar telefon berwarna merah yang tertera di telefon aku ke kiri. Mungkin bunyi telefon aku mengganggu tumpuannya untuk termenung. Aku menarik nafas panjang. stress juga memandu dalam suasana sunyi macam ni. Radio pun tak boleh bunyi langsung! mak cik ni memang cerewet. Tambah-tambah lagi bila dah mengandung ni.. memang cerewet darab dualah.

"Kenapa senyap je? selalu dia yang pot pet pot pet tak berhenti.. Sebelum bertolak dari kampung pun senyap je.. Macam peliklah.. Naik seram abang kalau sayang senyap macam ni.."

Pendapat paling bernas aku menerima jelingan tajam dari makcik pendek di sebelah aku ni. Hani menukar posisi dengan duduk membelakangi aku. 

"Laaa.... orang tanya ni... baby buat hal ek? tu yang sayang grumpy sangat hari ni.."

Hani mendengus kuat. Mendengus.. mendengus.. ingat seksi sangatlah mendengus macam tu. Nasib baik isteri aku sendiri. Dan isteri yang aku sayang. Aku tersenyum panjang. 

"Senyum...senyum... ingat handsome sangatlah tu.."

Ek?... bila masa pula dia pusingkan badan mengadap aku ni?.. Aku mencuri pandangan ke arah Hani sebelum menumpukan semula perhatian terhadap jalan raya.

"Alhamdulillah.. setakat ni takde pula orang complaint  dengan rupa abang ni.. Handsome sangatlah tu kot.."

Aku menjungkit kening berkali-kali bila berhadapan dengan Hani. Hani membuat muka menyampah sebelum tersenyum lebar. 

"So.... kenapa termenung?"

Aku bertanya lagi.. Hani kelihatan berfikir sebelum menjawab soalan aku. 

"Semalam sayang mimpi lagi macam hari tu.."

Aku mengeluh perlahan. Aku ingatkan apalah yang dia fikirkan dari tadi. Rupanya pasal mimpi ngeri dia tu je. 

"Takde apa-apalah tu.. Mimpikan mainan tidur.."

Pujuk aku untuk kesekian kalinya. Hani pula mengeluh kali ni. 

"Taulah.. cuma terfikir je.. Mimpi tu buat sayang mengigil bila terbangun dari tidur tau."

Hani menyandar di kerusi kereta sambil merenung ke arah aku. Aku dapat rasai renungan 'makrifat ' dia yang sedang menanti respond dari aku. 

"Abang janji.. Malam ni sayang takkan mimpi ngeri dan terbangun menggigil lagi.. sebab abang akan peluuukkk sayang kuat-kuat.. Jadi sayang takkan takut lagi."

Aku tersenyum bangga dengan penyelesaian yang aku fikirkan untuk mengatasi mimpi ngeri Hani itu. Namun senyuman aku mengecut perlahan bila mendengar balasan dari Hani.

"Keluar dari mulut buaya, then masuk ke perut harimau."

Ceh! nak perli orang pun guna peribahasa yang salah. 

"Tak salahlah! betullah tu..."

ek? Aku memandang sekejap ke arah Hani. Kami ni dah jadi soulmate ke sampaikan dia boleh baca fikiran aku? Ala... tak boleh nak menipu macam ni. ke....?

"Abang tercakap ke tadi?"

Aku bertanya seperti orang bingung. Hani sudah berpeluk tubuh dan kemudiannya hanya memandang ke arah depan. Jalan raya seperti menarik minatnya daripada suaminya yang 'ehem!' agak tampan di sebelahnya. Dah merajuklah tu. Tak sangka pula aku tercakap dengan kuat tadi.. Aku cuma nak bercakap dalam hati je tadi tu.. Ah.. apa-apalah.. yang penting muncung Hani dah makin panjang sehingga itik-itik di rumah grandma pun rasa tercabar. Dan aku memang tak pandai memujuk orang.. Tidur kat sofalah aku malam ni jawabnya.. :(

Author (chewah..) = dah mengantuk.. ingat nak cover dua cerita dlm satu bab.. tapi bantal dari tadi mengoda suruh tidur. . k, read-vote-fan- tq.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now