2

4.7K 63 1
                                    

Bab 2

Safran POVs

Aku berbaring selesa di atas sofa. Penat dari latihan tidak hilang lagi. Coach Gramz macam tidak tahu erti penat. Dan mestilah dia tidak tahu penat, sebab kami yang berlari ke sana ke sini di tengah gelanggang. Dia cuma menjerit dan menjerit dari tepi gelanggang. Boleh angin satu badan juga badan bila tidak tahan dengan kerenah Coach Gramz. Ditambah pula dengan perlawanan yang akan datang ni, mesti dia mengerahkan kami seperti mahu menghantar askar pergi berperang!

Tapi bukan itu alasannya kenapa aku masih tidak menghubungi gadis yang bernama Sarah itu. Dia memang cantik.Memang semua gadis yang pernah aku bawa 'berjalan-jalan' tu cantik. Dia lemah lembut. Sebahagian gadis yang pernah aku 'jumpa' pun lemah lembut. Dia happy-go-lucky.. selalu tersenyum. Well..bila keluar date dengan aku.. siapa yang tidak senyum lebar 24 jam. Ya.. untuk seketika ini.. aku mungkin patut cuba jadi 'eksklusif' dengan Sarah. Memang satu Kolej pun tahu mengenai perangai aku yang agak buruk ni.

Tapi seburuk-buruk aku tiadalah sampai membawa ke katil. Aku cuma cuba mencari wanita yang boleh menghentikan tabiat aku serta-merta. Mungkin membuat aku jatuh cinta. Tapi aku rasa macam mustahil. Kalau Sarah setuju menjadi kekasih aku. Dia akan jadi kekasih aku yang ke 25. Dalam 24 orang gadis! Belum ada seorang pun yang buat aku tetapkan hati aku ni. Aku mengeluh lagi. Mungkin satu dua hari lagi aku telefonlah Sarah tu. Kalau aku ingatlah. Sebab aku rasa ada budak junior lagi yang akan masuk dalam beberapa hari ni. Mesti ada yang lebih cantik ,menarik, tertarik dan da'boom la untuk aku mengayat-ayat cinta.

Kepenatan mula membuatkan aku sedikit mengantuk.Penghawa dingin yang terpasang di rumah sewa aku ni pula menambah keselesaan yang seperti membantu membelai mata aku agar tertutup dan melayari alam mimpi. Berfikir tiada apa lagi yang perlu aku buat selepas ini. Solat asar pun sudah selesai. Aku tahu tidak baik tidur selepas solat asar. Ianya akan mengurangkan daya ingatan seseorang. Kalau tak silap akulah. Tapi rasa mengantuk tidak dapat aku tahan. Lama-kelamaan aku mula menaiki monorel menuju ke alam mimpi..

Aku terjaga dari tidur selepas mendengar dentuman yang tidak berhenti dari tadi. Tidak lupa juga dengan suara-suara bising yang tidak berhenti berhenti mengomel sedari tadi. Telefon bimbit yang aku letak di atas meja berhadapan dengan sofa aku capai. Dah pukul 7. Tidaklah lama sangat aku terlena sebelum ada penceramah percuma yang tidak berhenti mengomel itu dan ini di dalam rumah aku ni. Aku tahu itu dia. Aku benci mendengar suara itu. Bingit!. Tapi aku tidak tahu kenapa aku masih tersenyum lebar. Aku ulang sekali lagi. Aku benci mendengar ceramah percuma itu. Dan aku masih tersenyum. Aku lantas bangun kemudian berjalan ke dapur. Aku makin tersenyum lebar bila melihat susuk tubuh penceramah percuma yang berada di dalam rumah aku itu. Sekarang baru aku ingat kenapa aku tersenyum lebar.

"MalamJumaat!"

Aku berkata seperti orang yang batuk.Menyembunyikan kata-kata di dalam batuk buatan itu. Susuk tubuh itu berpaling melihat aku dengan muka yang cukup garang kemudian bercekak pinggang sambil tangannya masih memegang sudip. Mungkin 'dia' sedang memasak. Great! Sekarang aku terpaksa makan nasi bungkus lagilah. Dengan muka yang garang yang sudah bertukar jadi berang itu, tentunya 'dia' yang sedang memasak sudah tidak mahu memasak lagi.

"Oh.. malam jumaatnya sudah lepas tuan. Malam jumaat yang malamnya hari Khamis. Malam ini malam sabtu"

Ek?? Asal minah indon pula?

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now