Safran POV
Aku terbangun dari tidur bila cahaya matahari mula menyinari seluruh bilik yang bergelap sebentar tadi. Aku mengeluh panjang. Geram bila langsir di bilik terbuka besar untuk memberi laluan kepada matahari menyinari bilik tidurku. Tempat tidur di sebelahku sudah kosong dan dingin. Baru sahaja mahu menyambung tidur dengan memeluk ‘bantal peluk’ yang sudah halal menjadi hak milikku. Aku bangun dari katil dengan malasnya. Dengan mata yang hanya terbuka sedikit untuk melihat jalan, aku menuju ke dapur. ‘Dia’ sedang sibuk ke hulu dan hilir dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Aku mahu sahaja mengangkat tubuh kecil itu kembali ke katil, tapi bila mengingatkan yang aku dan ‘dia’ tidak pernah bersependapat bila pagi menjelma, aku membatalkan hajatku sebentar tadi. Aroma nasi goreng kampung mula memenuhi dapur, aku mula menggosok perut. Mula terasa lapar. Sudah lima hari aku hanya memakan nasi bungkus. Itupun belum dapat membuatkan aku menghabiskan makanan yang aku beli dengan penuh selera. Entah apa yang membuatkan aku sentiasa rindu dengan masakan ‘dia’. Cukup setakat makanan. Dan tidak akan lebih dari itu. Aku tidak akan tertarik dengan dia walaupun aku dan ‘dia’ sudah memang menjadi suami isteri yang sebenar-benarnya. Aku dan ‘dia’ sudah berbincang mengenai perkara ini. Tidak akan ada hubungan perasaan antara aku dan ‘dia’. ‘Dia’ juga bersetuju, bahkan dia yang memberi cadangan itu.
“Noisy Dear.. Lama lagi ke nak sarapan?”
Aku menegur ‘dia’. Tak sabar nak makan nasi goreng. Dia merenung aku dengan pandangan membunuh. Lah.. apa kena lagi ni.. Tapi bila teringat nama panggilan untuknya sebenar tadi membuat aku tersenyum tanpa rasa bersalah. Langsung tidak terasa mahu meminta maaf pun. Itu sudah menjadi perjanjian. Tiada hubungan perasaan! Itu juga termasuk rasa marah,benci, dendam, ambil hati, makan hati, dan sebagainya. Langsung tidak boleh. Mungkin aku kelihatan dayus bila kawan-kawan aku yang lain tahu yang aku tidak kisah pun ‘dia’ keluar dengan sesiapa pun yang dia mahu. Lagipun tiada sesiapa pun di dalam kampus itu tahu hubungan kami berdua. Jadi tidak perlulah dia menjaga perilakunya untuk menjaga maruah aku. ‘Dia’ dengan dunia ‘dia’ dan aku dengan dunia aku.
“Hey Papa Croc! Nak sarapan tapi mulut masih penuh dengan air liur basi. Entah macam manalah girls boleh jatuh hati dengan kau ni..”
Aku membuat muka tidak setuju. Ada pula panggil aku papa Croc. Tahu apa maksudnya? Papa crocodile! Damn! Aku boleh terima bila seribu orang panggil aku buaya darat ke, player ke. Tapi bukan dari mulut ‘dia’. Dia sendiri ada banyak spare part. Siapa tidak kenal Hani Afriani, kalau boleh dengan semua jejaka di dalam Kolej dia nak layan. Cuma yang lainnya aku dan dia, dia tetap melayan baik jejaka-jejaka yang pernah bergelar kekasihnya. Aku pula, Maaflah. Bila aku dah tak berkenan sampai bila-bila pun aku tak mahu bertegur. Geli- geleman bila perempuan mula merayu-rayu dan bergesel-gesel dengan aku ni.
“Em.. pelik. Aku pun tengah memikirkan soalan yang sama. Kenapalah semua boys kat kolej tu boleh tersangkut dengan kau. Aku tengok taklah menarik sangat pun. Kurus kering.”
Sudah tentu aku akan membalas balik setiap sindirannya. Dia mula membuat muka bengang. Ah! Bukanlah suatu yang menakutkan. Seriously! Aku pelik kenapa ada lelaki yang berminat dengan dia ni. Sudahlah banyak membebel. Bila bercakap banyak auta dari betulnya. Badan pun.. Aku melihat dia dari atas ke bawah. Sengaja mahu memberi perang psikologi. Kemudian membuat muka tidak berminat. Dia membuat muka kononnya terkejut.
“Tak menarik? Ooo.. wow.. no wonder ada orang semalam memujuk-mujuk dan merayu-rayu.. rupanya tak berminat. That good news! Aku boleh tidur dengan lena malam ni tanpa ada tangan-tangan gatal yang mengacau.”
Sarkastik.. sinis.. itu sahajalah yang boleh buat dia menang. Tengoklah malam ni. Jangan harap aku nak sentuh dia pun. Dan aku takkan mengalah dengan senangnya. Aku membuat muka selamba. Sengaja mahu memanaskan hatinya lagi.
“Well.. kita tengok siapa yang pujuk siapa malam ni.”
Aku berlalu masuk ke dalam bilik tidur semula. Bukan mahu merajuk. Tetapi mahu cepat-cepat memberus gigi dan memcuci muka yang mungkin ada air liur basi yang belum dibersihkan. Dan segera kembali ke meja makan. Sambil aku dan ‘dia’ bergaduh, dia mengelap meja makan, kemudian meletakkan pinggan dan semangkuk besar nasi goreng kampung. Tidak lupa juga telur goreng mata kerbau yang menjadi kegemaran aku. Sampai di meja makan, dia sudah mengaut nasi goreng ke pingganku. Aku tersenyum panjang melihat nasi goreng yang masih berasap. Kita makan dulu! Bisik hati aku. Nanti lepas makan baru sambung bergaduh balik.
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
Roman d'amourSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...