Hani POV.
"Kau mesti datang sini... Oh.. kau memang di sini.. Aku sayang dengan... Boleh tak kau fokus dengan cerita aku dulu?. The sunset hotel and villa. Macam ma... dah letak telefon.. macam mana dia boleh datang sini dengan cepat?"
Aku meraup muka apabila tersedar dengan suara yang sedang bercakap pada telefon. Kepala yang masih pening sedikit aku endahkan. Aku duduk dan menyandarkan badan di kepala katil. Bila aku perhatikan keadaan bilik tempat aku terjaga dari pengsan aku tahu yang ini bukan bilik aku. Kedengaran langkah seseorang yang makin mendekat.
"Dah bangun?"
Aku menjeling. Dalam banyak hari dalam setahun kenapa hari ini pula aku boleh pengsan. Dan dalam ramai orang di hotel ini kenapa aku boleh pengsan di depan dia!. Aku mahu bangun dari katil. Kalaulah boleh.. kepala aku yang masih tidak stabil seperti tidak membenarkan sebarang pergerakan yang berat seperti turun dari katil. Just my luck!
"Kenapa aku ada dekat sini? Ke kau nak cuba stunt kau yang tak menjadi beberapa tahun lalu?"
Que. Ya... Que. Dia duduk di hujung katil sambil mengeluh. Dalam pada itu aku mengundur sedikit dari dia. Tidak mengambil sebarang peluang untuk duduk dekat dengan dia.
"Awak pengsan."
Hah! Pengsan sebab tengok muka kau. Terima kasih. Aku menjeling dirinya.
"Dan you angkat I dan bawa pergi bilik you? Kali kedua I jumpa you selepas kejadian dulu, you nampak takut-takut.. tak selesa duduk berdua dengan I.. sekarang ni you tak kisah pula kan duduk di dalam bilik berdua-duaan dengan you.Nampak sangatlah yang you dah berubah jadi 'baik'"
Aku berpeluk tubuh sambil menyindir Que. Que masih membuat muka yang tiada perasaan. Cuma sedetik. Aku perasan rasa bersalah di wajahnya sebelum dia membuat wajah yang penuh ketenangan.
"Pertama sekali.. saya tak angkat awak. Saya suruh beberapa orang pekerja hotel wanita yang mengangkat awak. Dan saya tak biarkan diri saya dengan awak berdua-duaan dalam bilik ini. Saya minta temankan seorang pekerja hotel tadi. Tapi sekarang dia terpaksa buat kerja dia. Dan ketiga, saya bawa awak di sini sebab saya tak mahu awak lari lagi sebelum dengar apa yang saya nak cakap.. nak jelaskan.. Awak selalu 'larikan' diri dari saya ."
Aku terkebil-kebil memerhatikan Que di hujung katil. Aku melarikan diri dan itu satu masalah bagi dia. Aku bukan cuba jadi sarkastik di sini tapi apa yang Que pernah buat secara automatik menukar persepsi aku terhadap semua orang sama ada mereka bersalah ataupun tidak. Aku tetap menganggap semua orang akan melukai hati aku. Dan perkara itu langsung tidak membuatkan aku rasa teruja mahu menghadap muka Que 24 jam dan memberikannya layanan terbaik. Satu-satunya sebab untuk aku bercakap dengan Que adalah untuk membuatkan dia rasa bersalah dan menyesal!.
"Eya... Macam I nak sangat mengadap muka you 24 jam tanpa henti selepas peristiwa tu.."
Sarkastik. Que menarik nafas panjang.
"Apa yang awak nak saya buat untuk buat awak percaya yang saya menyesal dengan peristiwa tu?"
Terdiam seketika. Aku tahu apa yang aku mahu. Tapi aku tak tahu apa yang aku mahu selepas dapat apa yang aku mahukan itu. Pening? Aku sendiri pun mula pening.
"I nak you rasa apa yang I rasa selama beberapa tahun ni Que."
Sedih. Kecewa. Dipermainkan. Dan macam-macam lagi perasaan negatif.
"Saya sedih. Sebab selepas hari tu saya kehilangan awak. Dan ya, saya kecewa dengan tingkah laku saya. Dalam usia 17 tahun saya sudah agak dewasa untuk berfikiran sedikit matang. Bukan bertindak seperti itu. Memalukan awak.. Buat awak menangis.. Sedangkan apa yang awak beri saya cuma kasih sa...."
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...