Hani POV
“Aku tak tahulah apa yang susah sangat dorang semua nak faham. Aku bercakap dalam bentuk ayat yang paling ringkas! Tolong letak kotak ini di atas.....”
Aku sudah tidak memberi perhatian dengan bebelan Sarah bila ternampak susuk tubuh seseorang melangkah masuk ke gelanggang hoki.Suasana yang tadinya riuh rendah dengan suara ahli-ahli kelab hoki yang membuat persiapan untuk majlis malam ini seperti terus sunyi. Aku hanya mendengar derapan kakinya yang melangkah.. dan melangkah..
“Hani! Betul tak?”
Suara Sarah yang seperti mendesak mahu meminta jawapan berjaya mengeluarkan aku dari khayalan. Aku sempat melihat sekilas lalu ke arah Safran dan kawan-kawannya sebelum memberi perhatian kepada Sarah. Ya Allah! Aku benci tengok ‘dia’ tersenyum macam tu.
“Apa yang betul?”
Soalan Sarah aku balas dengan soalan semula. Sarah kelihatan bengang bila menyedari aku tidak memberi tumpuan kepadanya. Ah sudah! Aku menjulingkan mata ke atas tanda malas mahu melayan Sarah yang merajuk. Sarah kadang-kadang boleh menjadi orang yang paling menjengkelkan hati dan perasaan.. Macam semua mesti ikut cakap dan cara dia.. childish!
“Apa kau cakap?! Kau mestinya tidak memaksudkan apa yang kau cakap!”
Kelantangan suara Sarah yang membuatkan seluruh manusia di dalam gelanggang terpaku di tempat masing-masing membuatkan aku tersedar sesuatu.. Ops... Aku cakap dalam hati kan tadi tu? Tolong bagitau aku yang tadi cuma luahan hati aku dan Sarah tentunya tidak mendengar pendapat diri aku yang terlalu innocent mengenai dirinya.. Aku melihat Sarah di sebelah aku sudah bercekak pinggang dengan muka yang seakan mahu meletup menahan marah. Seriously, Safran memang tidak boleh tengok muka Sarah sekarang. Hilang semua kelembutan di wajah wanita di depan aku ini. Oh Drama queen!.
“What?????.....”
Jeritan Sarah kembali membingitkan persekitaran. Ya.. bila aku kata bingit.. aku tak kata bunyi yang dihasilkan dari mulut kecil milik Sarah ini selamat untuk pendengaran manusia.
Contohnya seperti sekarang. Ada beberapa ahli menutup telinga apabila Sarah menjerit sebentar tadi dan masih menutup telinga mereka. Mungkin kerana trauma dalaman.
Em.. Aku suka membuat teori sendiri. Dan aku tak sedar yang luahan hati aku yang kononnya aku bercakap di dalam hati rupanya terkeluar juga dari mulut aku. Apa boleh buat.. terpaksa tambahkan perisa cukup-cukup ni.
“ Ya.. Drama Queen..”
Aku mengulang ayat aku dengan nada selamba.
“What?!”
Dia ni pekak ke apa?
“Oh relax Sarah!.. Itu cuma pendapat dari aku.. Takkan itupun nak mengamuk di gelanggang ni. Drama Queen la tu..”
“Drama Queen? Selama berapa tahun kenal kau, aku rasa kaulah Drama Queen. Berlagak selamba dan kononnya kau tak tahu yang kau tu digilai semua lelaki di kampus ni. Sebenarnya kau suka dengan perhatian tu kan.. Sebab tu kau layan semua lelaki tu.. Dah macam..macam...”
Aku menjungkit kening bila Sarah teragak-agak untuk menyambung ayatnya. Aku tahu sambungan ayat yang Sarah mahu sampaikan. Dan aku langsung tidak terasa hati dengan panggilan itu. Aku tersenyum sinis. Dan penyataan aku digilai semua lelaki di kampus adalah satu penyataan yang melampau! Contoh utama adalah Safran. Fikir aku selamba.
“Pelacur!”
Bila aku perhatikan di sekeliling gelanggang. Aku ternampak ada seorang yang terasa hati.
Ekspresi wajah seseorang itu agak tersentak bila Sarah berjaya melengkapkan ayat tadi. Dan dia menunduk kemudian berjalan keluar dari pintu utama. Ayat yang diucapkan oleh Sarah dengan kuat di sebelah aku tiba-tiba seperti ditelan oleh suasana vacuum. Suasana yang sunyi dan hanya mendengar satu bunyi.. derapan kakinya.. Selangkah demi selangkah. Kenapa dia yang sensitif lebih-lebih! Owh! Atau dia tidak mahu pecah ketawa di dalam gelanggang ini.. Ya.. semestinya begitu.
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...