Hani POV
"Sayang pergi tak hari ni?"
Aku berfikir seketika. Safran sedang bersiap-siap untuk ke perlawanan hoki mereka hari ini. Dalam beberapa hari ni aku terasa macam tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu je yang nak berlaku.
"Em.... sayang tak suka sport sangatlah.. nak stay dekat rumah jelah.. Lagipun hari ni last day cuti.."
Tapi bila fikir balik... Bosan juga kalau di rumah sorang-sorang ni.. Nak telefon Sarah.. ehm... macam peluru berpandu kot soalan yang bakal diajukan dengan aku. Lagipun.., aku takut kalau Sarah mengamuk kalau dia tahu pasal aku dan Safran. Yelah... aku tak tahu pula yang aku dan Safran akan jadi macam ni.. Nak ada baby lagi.. mesti Sarah lancarkan bom atom atau roket untuk bom aku. Safran tu lagi dah berapa hari tak angkat call dia.. mesti dia ingat aku yang hasut Safran suruh buat begitu. Aku mengerut dahi bila wajah Safran betul-betul dihadapan aku. Aku mengelip mata berkali-kali. Apasal pula ni?
"Apasal??"
Tanya Safran. Aku membuat muka bingung.
"Apa?"
Soalannya dibalas dengan soalan dari aku. Safran mengeluh kemudian tersenyum kecil.
"Abang cakap tadi... datang jelah kat college..Kalau sayang tinggal di rumah, tiada siapa nak tengok-tengokkan sayang.. Dahlah pandai lost balance. Di jalan yang rata pun boleh nak tumbang."
Aku mengecilkan mata. Tak habis-habis nak perli aku. Aku pitamlah! bukan saja-saja nak jatuh.
"Kalau ikut pun.. tak okay juga.. Bising tau kat gelanggang tu.. Mana larat.. Salah abanglah ni!"
Safran tersenyum gatal.. Em... menyesal aku cakap. Ayat yang keluar dari mulut dia ni mesti kena dekat aku balik..
"Sayang juga yang selalu goda abang.."
Dah agak dah! Kusyen di sofa aku baling tempat ke muka Safran yang sedang tertawa itu.
"Dahla... Sayang pergi bersiap.. abang hantar sayang pergi asrama. Takdelah sayang sorang-sorang kat rumah ni.."
Aku menarik muncung tanda tidak setuju.
"Nanti terjumpa Sarah......."
Kata aku perlahan.. takut... Safran menarik aku rapat ke sisinya.
"Buat macam biasa jelah..."
Kata Safran selamba. Aku membuat muka tidak puas hati.
"Tapi, better sayang pakai baju kalis peluru hari ni."
Puk! aku pukul perlahan bahu Safran. Bukan nak reda hati aku yang cukup huru-hara ni.. Nasiblah dapat suami macam Safran ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku tak senang duduk. Cuma seratus-peratus fokus dengan kain-kain baju yang sedang aku lipat ni. Muka pula aku cuba tegangkan untuk mengelakkan sebarang reaksi rasa bersalah walaupun aku memang bersalah.Mata Sarah masih menikam tajam ke arah aku. Mujur dia menggunakan mata. Kalau pisau memang mummy aku dah jemput kamu semua makan free di kenduri arwah...aku.
"Betul kau tak nak duduk asrama lagi?"
Tanya Sarah untuk kesekian kalinya. Aku buat muka bengang. Padahal jantung aku dah berdegup-degup kerana takut. Setiap kali Sarah bersuara, aku terus andaikan yang Sarah akan bertanya mengenai hubungan aku dan Safran. Yelah.. dah salah, memanglah takut.
"Yelah.... Mak cik aku suruh aku stay kat rumah dia je.."
Buat muka confident. Aku curi pandang ke arah Sarah. Jantung aku macam dah nak terkeluar dari radar! Berdegup laju bila nampak Sarah macam kurang percaya dengan jawapan aku itu. Janganlah dia buat serkap jarang. Aku menangis kat sini juga kalau dia teka macam-macam.
"Ke..................."
Aduh!... nak main ke, ke pulak.. macam if statement pula aku rasa. Dah lah Sarah.. buat macam biasa dah la.. Aku tahu aku bersalah.. Tak.. Safran yang salah.. Siapa suruh gatal sangat!. dah ada isteri pun nak pasang-pasang girlfriend. Hah!.. Safranlah yang salah.. bukan aku.. kan? kan?
"Ke?"
Aku tanya pula. Muka maintain macam muka orang tak bersalah. Kalau aku tahu aku pandai berlakon macam ni.. dari dulu lagi aku masuk uji bakat twilight... Kalah si Kristen tu..
"Kau dah tak nak kawan dengan aku ni.."
Sarah buat muka sedih.
"Aku tahulah perangai aku ni lain-lain sikit.. Kadang-kadang cakap main lepas.. Tapi selama aku hidup ni,, kau jelah kawan yang sanggup layan je kepala aku yang gila-gila ni.. yelah,.. walaupun kau ada penyakit yang susah nak percaya orang ni..Kau dah tak nak duduk sebilik dengan aku ke?"
Alahai... Kata-kata Sarah macam dah menusuk di jiwa aku yang paling terdalam! Rasa bersalah sangat. Nak bagitahu Sarah ke? Tapi asrama macam kosong je sekarang ni.. kalau aku menjerit minta tolong pun mesti orang semua ingat aku adalah salah seorang penyokong tegar kelab hoki. Yelah.. sekarang kan tengah berlangsung game hoki tu.
"Kau janganlah cakap macam tu.. Aku tak pernah fikir pun macam tu walaupun aku kadang-kadang rasa annoying, nak letak selipar dekat mulut kau setiap malam sebab kau selalu berdengkur.. Tapi aku tetap anggap kau sebagai kawan aku.. aku pindah pun sebab ada sebab lain yang tidak boleh di jelaskan.."
Safran yang paksa aku pindah. Padahal bukan lama sangat pun nak graduate. Cuma tinggal dua bulan je pun. Sarah buat muka sedih. Dia duduk bersebelah dengan aku dan mula membantu aku melipat baju-baju yang aku baru keluarkan dari almari baju aku.
"Tapi lepas kau pindah ni.., aktiviti makan malam dan tengok wayang setiap hari rabu masih on kan?"
Tanya Sarah. Aku mengangguk perlahan. Mungkin. Tapi bila Sarah tahu mengenai aku dan Safran, mesti Sarah dah tak mahu pandang aku lagi. Selepas peristiwa yang membuatkan aku trauma dengan semua orang tu, aku tak pernah ada kawan macam Sarah ni. Dulu waktu pertama kali masuk kolej Angsana ni, Sarah je yang beriya-iya nak kawan dengan aku walaupun berkali-kali aku cuba nak mengelak dari berkawan dengan budak Sarah ni. Tapi sampai sekarang dia bertahan dengan aku yang hati batu ni. Kalau dia marah sangat.. suruh jelah Safran kahwin dengan dia.. Eh! mana boleh.. aku nak letak mana.. cancel idea tu..
"Hoi! berangan... Ingatkan siapa? Que ke?"
Aku buat muka pelik dengan usikan Sarah itu.. Que?? Tiada langsung dalam radar hidup aku ni. Biarlah jadi kenangan sepanjang zaman. Eh? Kalau Que dengan Sarah? Okay juga tu.. beriman juga si Sarah ni kalau hari-hari dengan ceramah.. em....Bunyi telefon mengganggu otak aku untuk berfikir. Aku melihat nama pemanggil yang tertera. Eh??bila masa pula nama dia bertukar dari Papa Croc jadi mySweetHubby ni. Dah pandai-pandai nak cek telefon orang.. King Control betul!. Aku curi pandang ke arah Sarah sekali lagi..
"Em.. Aku keluar kejap.. nak sambut call ni.."
Aku cepat-cepat berdiri. Sarah mengerut dahi.
"Eh... Dalam bilik ni tak boleh sambut call tu ke?"
Tanya Sarah, Sedikit bingung.
"Bilik ni kurang jelas suara.. Tak kuat line kot.."
Kata aku sebelum kelam kabut keluar bilik sebelum Sarah berkata apa-apa lagi..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Oh..Okay.. Biar menang ek? jangan malas nak kejar benda hitam tu.."
Aku duduk di kerusi cendawan berhadapan dengan pintu asrama.
"Ala... bola tu la.. yang selalu kena pukul-pukul tu..."
Safran ketawa di hujung talian..
"Okay.. I emmm.... you.. "
Aku seganlah nak cakap.
"Yelah.... I love you abang... k,,, daaa..
Aku mengerut dahi.
"Yelahhhhhh... muah.."
Aku memasukkan telefon ke dalam poket seluar sambil tersenyum.
"Arhgg!"
Gelap!... kepala aku ditutup dengan kain hitam. Tangan aku sudah diikat dengan tali. Apa dah jadi ni?..
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomanceSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...