25

2.5K 47 6
                                    

Hani POV

               "Fahamkan aku sekejap..  Lelaki yang tengah dipaut leher dari belakang oleh kawan baik kau tu adalah suami kau?"

               Maliki kelihatan bingung. Dahi berkerut seribu. 

               Aku mengangguk cepat.

               "Kawan sebilik. Bukan kawan baik. Belum lagi."

               Maliki menjungkit kening bila mendengar respon aku.

               "Tengok dari keadaan dia cekik leher suami kau tu, aku rasa tak akan jadi kawan baik."

               Aku menjeling Maliki. Sebenarnya aku berterima kasih dari sudut hati yang terdalam kepada Maliki kerana menambah rasa sakit hati aku yang berusaha aku pendamkan. Ikutkan hati memang aku dah panggil pencegah maksiat datang tangkap mamat buaya darat tu! Tapi aku tak naklah bermadu. Not my taste  okay...

               "By the way.. kenapa kau masih di sini? Sesaklah tempat ni.. Aku nak habiskan cuti mid semester aku dengan penuh ketenangan dan  baru satu hari aku di sini, kau dah penceramah tidak berbayar datang. Tak cukup dengan itu.. Bekas bakal perogol tu pulak datang menyibuk.. Nak tambahkan malang nasib aku.. Buaya darat yang sedang dipegang-pegang oleh my so called kawan sebilik tu pun nak masuk dalam cerita juga.. Tak ketinggalan Miss-who-never-will-be-MRS Safran pun menghancurkan percutian aku."

               Maliki seperti tercengang melihat aku. Ya.. aku masih bengang dengan pandangan di hadapan aku sekarang. Kenapa mesti mereka berdua tidak cari tempat lain selain pantai.. Pantai tu tempat Safran sambut Anniversary kami. Dan sekarang memory manis tu dah tercemar dengan pemandangan sekarang. Tak gunalah Safran ni!

               "Pertama sekali.. Kau panggil aku datang sini dan bukan aku dengan rela hati datang menyemak di sini. Kedua, siapa bekas perogol?. Dan terakhir sekali, kalau kau tak suka tengok pemandangan yang menyakitkan mata kau tu .. kau boleh baca entah apa benda namanya wattpad  di dalam bilik. Atau kau boleh humban perempuan tu masuk dalam air."

               Otak aku cepat memikirkan cadangan kedua Maliki itu. Baru kali ini aku rasa dia bagi aku idea yang bernas. Tapi nanti Sarah tu bingung pula kalau aku tiba-tiba humban dia ke dalam air. Silap-silap Sarah tu panggil bomoh-bomoh local dekat sini sebab ingat aku kena hysteria.

                "Hah.. Panjang umur pun umur bekas perogol tu. Tu dia.."

               Kebetulan pula Que tiba-tiba muncul di hadapan aku. Sebenarnya di hadapan Sarah dan Safran yang sedang 'memadu kasih!' ..Otak aku tengah berfikir macam mana nak denda Safran. 

               " Muka pijak-semut-pun-tak-mati kau kata bekas perogol? Tak patut betullah pandangan kau ni. Kau tengok tu.. siap tegur suami kau lagi.. macam bagi ceramah je tu.."

                Kata Maliki sambil memerhati Que yang sedang berkata sesuatu dengan Safran. Kelihatan Safran menggaru belakang lehernya. Seperti malu-malu. Ek? Que tegur Safran ke tu? Owh! My new bestfriend! 

                   Kalau dia tak buat aku trauma sampai bertahun-tahun.. Kebetulan juga pandangan aku dan Que bertembung. Aku menjeling 'sejeling' mungkin..Sampai juling pun aku sanggup!. Nak tunjuk baik dengan akulah tu.

                     "Padan muka buaya darat tu!"

                     Maliki tertawa mendengar ayat terakhir aku sebelum aku tenggelam dalam dunia Wattpad.

Safran POV

                  Aku hanya membawa Sarah bermain air di pantai sahaja walaupun aku berjanji untuk membawanya berjalan sepanjang hari. Dan... aku takkan berjanji benda tu lagi.. Aku hanya bertahan selama setengah hari! Itu  pun aku dah terasa macam kehilangan kedua-dua kaki aku. Kena penumbuk  Airit beberapa kali pun aku sanggup daripada berjalan dengan Sarah. Dan kaki dia kecil je! macam mana boleh berjalan tanpa henti macam tadi?.. Alien kot minah ni..

                "Safrann... "

                 Kelihatan Sarah melambai-lambai ke arah aku. Mahu terbeliak juga mata aku bila tengok dia pakai bikini! Selawat di dalam hati juga aku. Apa yang aku fikir bila aku nak buat dia jadi girlfriend aku.. Oh ya.. Aku dah ingat sebab dia. Sebab Sarah seksi. 

Kelihatan Hani berdiri di belakang Sarah. Dah sampai satu hari  aku tak nampak muka dia. Aku tersenyum melihat dia. Mujur masih menutup aurat walaupun tinggal sebilik dengan Sarah yang agak ceria terlebih ni.

               "Tak ramai pula orang dekat pandai petang ni kan.. kelmarin ramai tau.."

              Aku cuma mengangguk. Sempat aku melihat Hani memberi isyarat yang dia sedang memerhati ketika Sarah mula membelakangi dia. Aku hanya tersenyum.  Setelah beberapa minit bermain air, aku melihat Hani didatangi seorang lelaki. Macam agak familiar wajah lelaki itu. Tak senang duduk juga aku tengok bila nampak Hani seperti rancak bercerita dengan lelaki itu.

                   "You! tengok kulit kerang I jumpa ni.. cantikkan.."

                 Erkk... Kulit kerang tu.. kulit kerang juga.. ni nak tercekit leher aku bila Sarah berpaut leher aku dari belakang. Aku mula tak selesa. Aku sempat mencuri pandang ke arah Hani. Kelihatan dia dan lelaki tadi merenung ke arah aku dan Sarah. Habislah aku ni. Selalu di Malaysia takde pula Sarah ni 'manja' semacam.!

                   "Assalammualaikum... Tahulah bukan di Malaysia.. Teropong Allah bukan berpusat di Malaysia je.."

                    Aku melepaskan pautan tangan Sarah bila tiba-tiba ada suara yang menegur. Malu juga hati ni.. Tapi bukan salah aku! aku yang dipeluk tau..  Que mengangkat kening sebelah kiri bila aku menggaru belakang belakang leher aku. Dah kena dengan Que....... nasib baik juga dia datang.. kalau tidak memang patah leher aku.. 

Author : sikit je.. sory.. curi2 masa cket..baru mula praktikal.. :)

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now