Hani POV
Suasana sunyi dan sepi bila mula masuk waktu tidur. Sejak masuk ke bilik lagi ‘dia’ menyepikan diri. Tiada sindiran, tiada kata-kata menggoda juga seperti seharusnya perlakuan seorang penggoda pada waktu malam. Aku tersenyum.
Tentu ‘Dia’ bercadang menggunakan silent treatment sebagai taktiknya untuk menang.Tapi minta maaf Player. Aku tidak akan senang-senang mahu mengalah.
Aku menjungkit kening bila melihat ‘dia’ mengambil bantal di sebelah kanan katil. Aku menahan senyum bila dia lebih rela tidur di atas sofa berhadapan dengan katil tempat aku berbaring sekarang ini. Aku berdehem sengaja.
Dia berjalan ke sofa dengan membawa bantal dan selimut yang diambilnya di dalam almari dengan muka penuh berlagak. Dia menyelesakan diri di atas sofa panjang dengan berbantalkan lengan dan kakinya bersilang kemudian dia bersiul kononnya lebih selesa tidur di atas sofa. Aku menahan senyum.
“Kata tak tergoda dengan badan aku yang kurus kering ni.. habis tu takkan orang tu sanggup tidur di atas sofa.. apa yang nak ditakutkan..”
Sinis aku menyindir dirinya. Dia masih bersiul kononnya tiduak terganggu dengan sindiranku tadi. Lelaki bernama Safran memang penuh dengan ego.
“Penakut..”
Kataku lagi. Mahu memancing perhatiannya. Dia berhenti bersiul.
“Dah mengalah ke Cik Adik.. Nak merayu cik abang ni tidur atas katil ke?”
Aku tersenyum bila berjaya menancingnya ke medan bertekak.
“Itu bukan rayuan cik abang.. itu cabaran. Kata tak tergoda..habis tu kenapa nak lari seribu meter dari saya yang apa tu.. ‘tak menggoda???”
‘Dia’ menutup muka dengan selimut. Tidak mahu lagi melawan bicara. Aku mula tertawa di atas katil. Apa yang mahu aku katakan tentang hubungan kami.. Tiada hubungan perasaan.. Itu yang aku berkali ingatkan kepada diriku.
“Shut up! Tak reti nak diam ke? Orang nak tidurlah..”
Aku menyambung ketawa lagi.
“Loser memang selalu akan cakap macam tu.”
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti selalunya, bila hari ahad menjelma aku akan balik semula ke asrama. Tidak sanggup rasanya hidup sebumbung dengan Safran yang ego dan pengotor itu. Aku mengeluh panjang. Macam manalah keadaan rumah itu minggu depan. Mesti lebih teruk dari yang sebelum ini sebab aku dengan Safran menjemput semua pemain hoki dan kawan kawan rapatnya yang lain dapat ke rumah untuk menyambut hari jadinya. Aku membantah habis-habisan bila dia menyuarakan niatnya itu. Tapi itu Safran. Apa yang dilarang, itulah yang dia akan buat untuk menyakitkan hati aku.
“Hani!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Aku terlompat sekejap dari kerusi kerana terkejut dengan jeritan itu. Langsuir mana yang menjerit pagi-pagi buta ni. Sakit kepala aku bertambah teruk. Aku memandang ke arah Sarah yang tersenyum lebar sampai ke telinga.
“Hani..hani.. hani...”
Semakin pening kepala aku bila Sarah membawa menari berpusing-pusing seperti tarian tango.
“ya..ya...ya..”
Jawab aku cepat. Pening bila berpusing lama-lama macam ini. Sarah masih tersenyum lebar.
“Safran.....”
Ah... Nama dia lagi. Seriously! Dalam kolej ni dah tiada nama lain ke yang mahu disebut. Dari masuk pintu pagar asrama sampailah ke bilik, nama itu yang aku dengar. Bosan!
“Dia dah call aku tadi.. Ya Allah... gembiranya. Lepas tu dia nak bawa jumpa kejap lagi.”
Huh! Tipical Player. Baru kejap tadi aku bertolak dari rumah. Safran masih lagi tidur berdengkur di atas sofa. Bangun-bangun terus ingat perempuan je kerjanya.
"Baguslah tu..Wei.. Kau janganlah bawa aku berpusing-pusing.. Nak pecah kepala aku ni..”
Sarah tertawa kemudian melepaskan tangan aku. Aku memegang kepala. Sudah mula pening-pening lalat.
“Dan lagi satu..”
Em.. Pasal Safran lagi ke? Dah malas aku dengar dah..
“Ada budak baru kat team hoki kolej. Handsome, tinggi.. seriously.. jujur aku cakap yang Safran pun boleh kalah.. Sikitlah..”
Aku tidak mengendahkan Sarah dan mula membuka buku catatan. Manalah tahu ada apa-apa perjumpaan kelab di hari ahad yang indah ini. Lagipun, apa yang buat Sarah fikir yang aku akan teruja dengan berita tu. Bukan ada kaitannya dengan aku. Walaupun aku memang suka dengan lelaki yang kacak tapi aku tak begitu teruja.
“Kau ni takde perasaan ke apa ni.. Dia kacak.. 6 packs.. muka pan asian..Semua budak perempuan kolej berebut-rebut nak berkenalan dengan dia.”
Aku mengerut kening.
“Apa yang buat kau fikir yang aku nak berkenalan dengan dia?”
Sarah tersenyum sambil berfikir. Seperti mahu bercakap sesuatu tapi mahu menyembunyikannya juga.
“Nanti pukul 3 ada perjumpaan kelab hoki. Kau mesti datang dan tengok ahli baru tu. Dan lepas tu baru aku bagitahu sebabnya.”
Aku mengeluh.
“Tolong ingatkan aku, kenapa kita ikut kelab hoki untuk semester ni. “
Aku bertanya dengan nada sarkastik.
“Sebab aku nak dekat dengan Safran.”
Jawab Sarah sambil tersenyum angau!.
“Sekarang kau dah dapat Safran. Boleh kita pindah kelab lain? Atau aku pindah kelab lain?”
Aku memang rasa tidak selesa bila berdekatan dengan Safran. Tak selesa sebab aku terpaksa buat dia seperti orang asing. Padahal setiap kali berjumpa dengan dia, beribu kata-kata sindiran yang aku mahu sampaikan kepada dia dengan hati terbuka dan ikhlas ni. Tapi peraturan tetap peraturan. Di kolej, aku dan dia. Saling tidak mengenali. Ya.. Aku kenal dia sebagai pelajar paling popular dekat Kolej dan ‘Dia’ kenal aku sebagai pelajar paling banyak menolak cinta lelaki.Sebab sebahagian dari kumpulan hokinya pernah menjadi mangsa.
“No..no..no.. kau tak boleh keluar dari kelab hoki. Kau mesti temankan aku. Tapi aku memang pasti. Kau akan mula suka dengan persatuan hoki lepas jumpa dengan budak baru ini.”
“Whatever.”
Malas mahu memanjangkan cerita. Aku mula melukis satu wajah di atas kertas. Tidak seperti selalu. Sarah hanya tersenyum melihat sketch kasar di atas kertas. Aku melihatnya dengan muka –apa-masalahnya?- Sarah cepat-cepat menggeleng.
YOU ARE READING
Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
RomansaSiapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya semudah abc.. Bagi Hani.. cinta adalah satu benda yang subjektif.. Dia tahu tentang kewujudan cinta.. Dia tahu tentang cinta sejati.. Da...