mo le kul k a t a

38 3 0
                                        

Entiti tanpa ekspresi
Aksara tanpa melodi
Bukan pantun bukan puisi
Cuma madah kosong bila sendiri.

Mereka kata mereka berwajah dengan mata 
Hidup bukan bermuka-muka
Tapi bila ada suara daripada wanita
Terus bertamadun macam anak raja.

Irama lagu tak bersiung
Tak cukup bisa untuk sengat
Mereka kata penjajah aku agung
Tapi aku cuma budak kecil jadikan ilmu tiang.

Budak kecil bawak masuk sangkar
Potong sayap gantung dalam rumah
Bersyukur tak hidup dalam tanah macam akar
Itu apa mereka kata waktu marah.

Keluar-keluar jadi cikgu sekolah
Dineraca mereka macam aku buah
Entah berapa nilai harga mereka letak
Mungkin macam harga murah otak otak.

Tengok kulit buku ubat terus tampar
Tengok gambar bunga beracun tapi siram
Ini hakiki dunia kita legar
Kalau jiwa macam keropok lemau akan kena tanam.

Ini lirik jiwa nyanyi
Tulisan aku suka sembunyi
Kerana mereka tak faham apa yang mereka nyanyi
Mereka hanya tahu hukum aku berbunyi.

Memang ritma tak perlu ditaakul
ini bukan kalkulus atau statistik
ini cuma molekul kata tak ada logik
cuma entiti tanpa ekspresi.

-a.








F R A G I L ETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang