Chapter : 03

18 7 0
                                    



"Hello princess!  buat apa tu?"

Tersenyum Yoojung mendengar suara ceria gadis itu sebaik saja panggilannya dijawab.

"Jalan-jalan kat mall ni.. bosan asyik duduk terperap kat rumah je tapi tu lah... keluar pun boring jugak"

"Kenapa?"

"Kawan-kawan sekolej aku pergi trip.. Sekarang kan cuti sem.."

"Dah tu asal kau tak ikut sama? "

Yoojung mengeluh tiap kali mengenangkan sebab dia tidak dapat mengikuti mereka ke Busan.

"Aih.. mengeluh nampak? ada problem ke? okey macam ni lah.. kau datang sini lepak dengan aku. Kita pun dah lama tak jumpa kan".

Yoojung berhenti berjalan "serius ke ni?"

"Hish dia ni. Serius la.. kau datang okey? Aku ada kerja lagi ni nanti bila kau dah sampai kau tunggu aku kat kafe depan company ya..  Okay bye.. aku nak kena pergi ni, datang okey! "

"Eh! Ryu-"

Tut. tut.

Yoojung memandang telefonnya "aku tak sempat balas apa-apa dia dah letak."

Yoojung kemudiannya memikirkan cadangan rakannya itu. "Okey jugak kan.. aku pun bukan ada apa-apa plan hari ni"

Ketika itulah telefonnya berbunyi,  dia membuka mesej itu.

-Datang ok.. Jangan tak datang-

Yoojung tergelak kecil, laju jarinya menaip.

-yaa.. Aku otw ni.. kau tu jangan lama sangat.. nanti aku merajuk 😝-

-hahahahaa ok princess.. aku CUBA untuk tak lambat okeyyy.. aku pun tak nak buat kau merajuk.. kau tu kalau merajuk bukan main payah nak kena pujuk-

Yoojung tergelak lagi.. Sempat lagi rakannya itu mengenakannya.

                                  ****

Yoojung menunggu sambil melihat feeds diinstagramnya.

Hatinya terasa geram untuk kali yang entah ke berapa bila melihat gambar-gambar yang dipost oleh Aera.

Mereka dilihat begitu seronok bercuti sedangkan dia kat sini? terpaksa 'bitter' sorang-sorang.

Saat itulah kerusi dihadapannya ditarik, mengalihkan perhatiaannya dari terus menatap telefon.

"Sampai pun.. ingatkan lupa" ujar Yoojung separuh mengusik.

Gadis itu menarik masknya ke dagu.

"Alah sorrylah.. manalah aku nak tau recording tu nak makan masa lama macam ni. Sorry! kau marah ke?" dia menyatukan kedua-dua belah tapak tanganya tanda rasa bersalah.

Yoojung tergelak kecil. "Takde la.. bukannya lama mana. Lagipun aku memang takde buat apa hari ni jadi setakat tunggu sejam tu okey je"

Yoojung pun memanggil pelayan disitu.

Setelah pesanan diambil Yoojung pun mendekatkan tubuhnya ke meja lalu meletakkan kedua-dua tangannya ke bawah dagu.

"So how's work? aku tau korang dalam 2 minggu lagi nak comeback kan? "

Ryujin mengangguk lalu bersandar di kerusi.

"Penat dan busy... macam biasalah tapi aku happy!  tak sabar nak tunggu hari comeback tu nanti" ujar Ryujin sambil tersenyum.

Yoojung ikut sama tersenyum "aku pun tak sabar nak tengok comeback stage korang nanti. Don't worry aku akan streaming bila mv korang dah release nanti"

Ryujin tergelak kecil mendengarkan itu.

"Thanks chingu"

Ryujin.. senior yang beza umur 2 tahun dari Yoojung di sekolah dahulu yang juga merupakan member dari kumpulan idol yang semakin popular. Ryujin boleh dikatakan antara sahabat rapatnya selain Aera, Sonhae dan Minjee.

Meskipun Ryujin sering sibuk dengan kehidupannya sebagai idol namun mereka berdua masih lagi berhubung dan berkawan seperti di zaman persekolahan.

Banyak juga hal hidupnya yang dia kongsikan dengan Ryujin, tapi mengenai hal dia mengenali Yeonjun adalah sesuatu yang dirahsiakan dari Ryujin dan tiada siapa yang mengetahuinya selain unnienya dan Aera.

Joowon pula tidak tahu menahu akan identiti Yeonjun meskipun mereka berdua hampir bertumbuk pada malam itu.

Tentang Yeonjun pula, mungkinkah member-membernya mengetahui soal mereka? Entahlah.. dia juga tidak pula pernah bertanyakan soal itu kepada Yeonjun. Tak kuasalah!

"Termenung apa kau tu? "

"Huh?" Yoojung kebingungan.

Ryujin tergelak melihat wajah bingung Yoojung "oh ya... hampir aku terlupa.. apasal kau tak ikut kawan kau pergi trip? "

Yoojung berhenti menghirup minumannya, dia diam seketika, ingin menyusun ayat.

"Err.. unnie aku.. dia dah ada plan untuk kita orang jadi nak tak nak aku terpaksa cancellah" jawabnya separuh menipu. Bab terpaksa bantalkan tu memang ya!

"Oh... " ujar Ryujin sambil teranggukkan kepalanya, mempercayai alasan Yoojung...

Mungkin.?

"Umm... unnie kau apa khabar?"

"Sihat" jawab Yoojung sepatah.

Ryujin memandang Yoojung, tak berubah rupanya kawannya yang sorang ni. Kalau bercakap pasal Yunhee, memang dingin je.

"Kau dengan unnie kau macam mana? ke korang masih macam tu lagi? " soal Ryujin tiba-tiba.

"Macam tu yang macam mana maksud kau? " soal Yoojung acuh tak acuh, walhal sudah gaharu... cendana pula.

Ryujin sudah tergeleng.

"Hish dia ni.. buat-buat tak paham pulak. Kau tau kan maksud aku tu"

Yoojung memutarkan biji matanya, malas hendak membicarakan soal topik itu, dia kembali menghirup minumannya.

Ryujin hanya mengelengkan kepalanya lagi apabila Yoojung seperti biasa tiada tanda-tanda ingin memanjangkan topik itu.

Bukan dia tidak tahu soal hubungan dinginnya dengan Yunhee, sudah lama.. sejak di bangku sekolah dia sudah masak dengan sikap ego Yoojung itu. Ada je benda yang dia nak sakitkan hati kakaknya, sedangkan Yunhee melayannya bak tuan pueri.

Dia tidaklah tahu secara terperinci kisah hidup Yoojung tapi dia tahulah yang Yoojung menyalahkan kakaknya di atas punca kematian mama dan papanya.

Bukan dia tidak mahu menasihati Yoojung tapi hal itu dirasakan terlalu peribadi untuk dia masuk campur, cukup sekadar Yoojung mempercayainya dengan berkongsi masalah ia sudah cukup bermakna untuk persahabatan mereka.

"By the way..." Ryujin mengubah topik.

"Minggu depan jangan lupa tengok Music Bank tau. Aku jadi special mc" ujarnya sambil tersenyum.

"Ya? dengan sapa? member kau jugak ke?" soal Yoojung yang sedikit tertarik dengan berita itu.

"Tak.. dengan member group lain" jawab Ryujin sambil mengunyah croissant.

"Sapa?" Soal Yoojung lagi, straw minuman dibawa ke mulutnya.

"Choi Yeonjun-ssi"

                                  ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now