Chapter : 07

17 4 0
                                    




Telefonnya direnung untuk seketika, dia tersenyum nipis sambil mengelengkan kepala.

"Mulut laser sejak dari dulu lagi.. tak berubah-ubah.."

"Sapa mulut laser? "

Soobin yang kebetulan baru keluar dari biliknya menegur Yeonjun yang berdiri di hadapan ruang tamu itu.

Yeonjun memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar lalu membetulkan topinya.

"Sapa lagi, Yoojung lah.." jawabnya ringkas lalu mengatur langkah menuju ke pintu masuk dorm mereka diikuti Soobin yang mengekorinya dari belakang.

"Kau balik esok ke?" soal Soobin.

"Taklah, malam kot.. tapi kalau Yunhee noona ubah fikiran nak balik esok pun aku okey je.. lagipun takde yang penting pun.. just dinner for family gathering" jawab Yeonjun sambil menyarungkan kasutnya di muka pintu.

"Okeylah aku pergi dulu.. noona dah tunggu kat taman depan tu.. kalau aku lambat nanti kang ada orang yang marahkan aku pulak." Katanya dengan nada bergurau walau pada hakikatnya dia tahu bila dia masuk je dalam kereta akan ada yang tidak kena di mata gadis itu, benda kecil pun boleh jadi gaduh.

Dia pun bergegas keluar dari dormnya sambil diperhatikan oleh Soobin.

"Kau buat apa tercegat kat sini?"

Soobin yang bersandar di situ tiba-tiba saja dikejutkan dengan kemunculan Beomgyu yang entah bila masa ada kat situ.

"Hish!! kau ni! lemah jantung aku! " Soobin mengurut dadanya gara-gara terkejut.

Beomgyu yang buat muka tidak bersalah itu pun menjenguk ke arah luar pintu.

"Sapa yang keluar tadi?"

"Yeonjun hyung "

"Dia nak pegi mana? " soal Beomgyu binggung.

"Lahh kau lupa ke? Kan semalam dia ada bagitau yang hari ni dia nak balik rumah parents dia.."

Mulut Beomgyu membentuk 'O' bila dia sudah ingat tentang hal itu.

Soobin yang sudah mula mengatur langkah untuk pergi ke dapur dihalang oleh Beomgyu.

"Nantilah dulu.. aku tak habis cakap lagi.. dia pergi sorang ke?" soalnya lagi.

"Taklah.. dengan Yunhee noona dan Yoojung. Dorang ada kat taman tengah tunggu hyung"

Beomgyu sedikit terkejut.

"Biar betul kau hyung? "

Giliran Soobin pula yang buat muka binggung.

"Apa tak betul pulak? kan nama pun  family gathering, Yunhee noona dengan adik dia tu kan anak angkat parents Yeonjun hyung.. mestilah dia orang pun pergi"

Beomgyu menyilangkan kedua tangannya ke dada "takdelah.. hyung macam tak tahu je apa yang akan jadi kalau si Yoojung tu dah jumpa dengan Yeonjun hyung depan mata"

Soobin hanya mampu mengangkat kedua belah bahunya seakan dia sudah kehabisan komen tentang perkara itu.

"Entahlah.. aku pun tak tahu nak kata apa lagi pasal dua orang tu.. first time kita jumpa dia kat LA dulu jujur aku cakap tu adalah moment yang paling... " Soobin mengeluh lalu mengelengkan kepala saat teringtkan kembali kejadian itu.

"Memalukan kau tau tak.. kau ingat tak macam mana kecohnya kat studio menari tu dulu bila Yoojung tiba-tiba je datang serang hyung.. marah-marah kat dia"

Giliran Beomgyu pula mengeluh "gila tak ingat.. kita yang tak tahu menahu hujung pangkal cerita takde pasal terbabit sama.. kena sound sekali.. aku tak boleh bayangkan macam mana Yeonjun hyung boleh hadap dan bersabar dengan mulut laser dia tu sejak dari dulu lagi"

Tiba-tiba saja ketika ini, menjadi sesi luahan rasa makan hati yang terpendam antara Beomgyu dan Soobin dengan sikap Yoojung itu.

Ada kalanya mereka merasakan yang Yoojung turut membenci mereka hanya kerana mereka memegang title sebagai sahabat Yeonjun. Kalau tidak masakan dengan diorang sekali kena maki.

"Itulah yang aku pelik.. orang lain pun penyabar jugak tapi adalah juga masanya sabar tu boleh jadi senipis kulit bawang. Tapi kalau kes Yeonjun hyung ni aku rasa dia punya sabar tu sekeras batu berlian! Yoojung buatlah apa pun.. nak marah? nak maki? naik hantu? takdenya dia nak balas balik.. paling tak pun dia sindir halus je"

Beomgyu mengangguk mengiyakan hujah Soobin itu sambil mengusap belakang tengkuknya.

Tidak dinafikan, memang itulah hakikatnya tentang Yeonjun kerana tidak pulak mereka pernah mendengar Yeonjun mengeluh atau memberitahu mereka yang dia makan hati dengan sikap Yoojung.

Hebat betul kesabaran dia.

"Bertabahlah hyung..." Ujar Beomgyu, seolah-olah memberikan satu doa kepada Yeonjun. Dia pun berlalu pergi dari situ.

Soobin yang melihat itu turut sama merasakan apa yang Beomgyu maksudkan.

Meskipun mereka tidaklah secara peribadi mengenali Yoojung namun sedikit sebanyak sejarah di antara Yeonjun dan Yoojung diketahui juga oleh mereka berempat.

Apa yang pasti.. mereka berdua sememangnya tidak boleh bersua muka. Pasti ada saja yang digaduhkan dan tentu saja kebanyakkannya dimulakan oleh Yoojung.

Cuma satu hal saja yang menjadi persoalan kepada mereka..

Iaitu hati Yeonjun..

Sukar untuk meneka apa yang terbuku dalam hati Yeonjun. Ada kala dia seperti sudah tidak kuasa untuk melayan kebencian Yoojung tapi ada ketika juga akan terlihat kesabaranya begitu tinggi buat gadis itu.

                                 ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now