Chapter : 12

12 3 0
                                    



"Okay fine! aku ikut! tapi boleh tak lepaskan tangan aku ni!!" marah Yoojung yang tidak menghiraukan andai ada jiran tetanga yang mendengar.

Yeonjun akhirnya melepaskan tangan gadis itu. Bukannya apa, dia cuma takut gadis itu tiba-tiba pulak berpatah balik lalu diserangnya Herin. Yoojung ni kalau terlalu ikutkan marahnya silap hari bulan ke hospital si Herin tu.

"Kita keluar jalan-jalan dulu.. biar bagi reda sikit marah kau tu.."

Yoojung menjeling. "macam la tengok muka kau tu boleh sejukkan hati aku!"

Yeonjun tersenyum. "Selama ni pun muka ni jugak yang kau hadap kan.. mana nak sejuk hati tu kalau 24 jam asyik nak marah, nak sakit hati je dengan aku. Hati kau tu yang problem nak salahkan muka aku pulak" balasnya selamba.

Mendengarkan itu Yoojung pun memutarkan biji matanya, "dah memang kaulah masalah hidup aku.. kau takde dalam hidup aku barulah hati, jiwa dan raga aku ni akan aman dan sentosa."

Yeonjun tidak membalasnya. Sebaliknya soalan pula yang ditanya.

"Betul ke apa yang Herin cakap tadi? kau buat hal kat mart tu?"

Yoojung memandang Yeonjun dengan wajah kelat. Walaupun mukanya tidaklah setegang tadi tapi rasa bengang tu adalah juga.

'Dia ni dah kenapa!? kata nak redakan marah aku.. sekarang dia pulak yang naikkan darah aku apahal!?'

"Kau jangan sampai aku buat kecoh kat sini erk!? Yang kau nak percaya sangat dengan perempuan sengal tu dah kenapa!? Dahlah tu.. siap halang aku dari kasi penampar kat dia! Oh! Lupa pulak... dia kan girlfriend kau.. takut aku calarkan muka dialah tu! Kan dah tak cun.. hmph!dah dia tu memang dasar mulut longkang!! mulut loji kumbahan!! memang patut pun kalau kena penampar! Kau pun naakkk jeee bela dia kan!?" bentak Yoojung melepaskan amarahnya yang terbuku itu.

Marah kat orang lain, orang lain yang kena. Tapi adalah juga peratusan marah tu kat Yeonjun. Yalah.. dah lelaki tu nampak macam sebelahkan musuhnya mana dia tak naik angin. Kata-kata si Herin tu dah cukup membakar hatinya sekarang Yeonjun mencurah minyak tanah pulak dengan bertanyakan pasal kejadian di mart tu.

Yeonjun buat tidak mendengar saja kata-kata marah Yoojung itu, sebaliknya dia ingin tergelak. "Girlfriend?" soalnya dengan kepalanya digelengkan. Ada ke sampai ke situ fikirnya.

Makin bengang je Yoojung melihat lelaki itu yang nampaknya seperti tidak ambik peduli pun. Dahlah tu.. boleh pulak dia gelak!?

"Dari manalah kau dapat idea merepek tu? bila masa pulak dia jadi girlfriend aku"

Yoojung mencebik.

"Lah.. kau tak berkenan ke? Kesian tau orang punyalah caring dengan kau.. tapi kau buat 'derk' je.. alah.. sesuai apa kau dengan dia.. same hometown... sama-sama jadi idol" katanya dengan nada menyindir, dia pun menjeling ke arah Yeonjun.

"Dua-dua menyakitkan hati aku..." suaranya perlahan namun nadanya ditekankan.

Yeonjun memandangnya sekilas. Tersenyum saja dia.

"Dia mungkin ya.. tapi aku? kes lain. Kau yang suka sakitkan hati kau sendiri, aku yang sepatutnya sakit hati dengan kau tau sebab kau tu dari dulu lagi asyik nak cari salah aku je"

Sedas bom-fact mengenai hati Yoojung.

"Aku sakit hati and hate you sebab kau ada dalam hidup aku! you're just annoyed me" balas Yoojung tidak mahu mengalah.

"See? Walau macam mana pun kau akan tetap cari alasan nak salahkan aku padahal tu semua berpunca dari diri kau sendiri yang kau benci sangat dengan aku.. salah aku jugak ke kalau aku ada dalam hidup kau? Itu semua takdir kan."

Yoojung menjeling lagi, ditayang muka bosan bila mendengarkan kata-kata Yeonjun itu.

Kalau dah hatinya keras untuk menerima suratan takdir sejak dari dulu lagi, memang taklah dia ingin mengiyakan kata-kata Yeonjun tu!

Yoojung tetap dengan pendiriannya.

Dia berhenti berjalan, Yeonjun ikut sama berhenti melangkah lalu memandang wajah dingin gadis itu.

Yoojung juga memandang ke arah lelaki itu. Hatinya tidak sedikit pun bergetar apabila bertaut pandangan dengan lelaki ini. Diakui.. Yeonjun punya segalanya.. cukup sempurna.. mana-mana gadis pasti akan jatuh hati.

Tapi baginya, dengan adanya lelaki ini dalam hidupnya ia adalah satu 'penghinaan' kepada hidupnya yang malang itu.

"Aku hilang kedua ibu bapa aku, kau pula ditatang bagai minyak yang penuh. Aku tidak berharta dan nama keluarga aku dah jadi bahan cacian orang... kau pula apa yang nak dirisaukan.. tujuh keturunan pun belum tentu habis kekayaan keluarga kau tu, keluarga pula orang yang disegani dan dihormati. Aku hidup menumpang belas ihsan dan kasih dari ibu bapa orang.. kau pula, punya kerjaya sendiri.. jalan hidup yang sangatlah menjadi idaman orang kat luar sana."

Yoojung berjeda seketika, mengusir rasa sebak yang mula menjalar dalam hatinya yang tandus itu.

Lelaki itu dipandangnya semula.

Tajam sekali pandangannya, bagaikan menyembunyikan rasa hatinya dari terlihat oleh Yeonjun. Dia tidak suka kelihatan lemah dihadapan lelaki yang bernama Yeonjun.

"Kalau takdir tu tak kejam, kenapa aku perlu menyaksikan kesempurnaan hidup kau sepanjang hayat aku selama ni? Sedangkan aku? hidup aku ni penuh dengan cacat celanya! adil ke takdir pada aku? aku cuma ingin bahagia tapi 'kebahagiaan' aku sudah dirampas dari hidup aku oleh takdir dari aku kecik lagi. Sebab tulah aku tak faham... kenapa kita kena ditemukan? Buat apa kau ada dalam hidup aku kalau takdir dah tetapkan dalam hati aku ni cuma ada rasa benci pada kau!"

Hanya kebisuan yang mengisi ruang diantara mereka... pandangan Yeonjun masih pada Yoojung, seakan menyelami ke dasar hati gadis dihadapannya ini.

Yeonjun membongkokkan sedikit tubuhnya bagi menyamai ketinggian Yoojung.

Yoojung sedikit mengelabah dengan tingkah laku tiba-tiba itu. Huru hara hatinya apabila jarak wajah mereka hanya dipisahkan dengan beberapa inci, dia tidak dapat mengeluarkan kata-kata marah seperti kebiasaan kerana terkejut. Ini adalah kali pertama Yeonjun berada sedekat ini dengannya.

"No one has a perfect life... yang kau tengok selama ni hanya luaran, mungkin suatu hari nanti bila kau lihat apa yang tersirat mungkin.... kebenciaan kau tu akan berubah.. siapa tahu kan... dan.. untuk soalan kau tu why we're meant to meet... well.. i guess...." Yeonjun biarkan ayatnya tergantung, dia merenung Yoojung.

Wajah gadis itu sedikit terkejut, mungkin kerana jarak mereka yang begitu dekat jadi dia agak terkelu dan tidak memarahinya.

Dia tersenyum.

'Comel pulak muka malu-malu si Yoojung ni.. selalu muka tu garang je memanjang... payah benar nak tengok dia tersenyum gembira.'

Topi hitam yang dipakainya dari tadi kini dia pakaikan pada Yoojung yang dari tadi hanya terpaku disitu tidak berkelip memandangnya.

Bibirnya mengukir senyuman lagi.. tapi kali ini ada maksud tersirat.

"Maybe because destiny want us to find each other"



                                 ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now