Chapter : 16

11 4 0
                                    




"Mana Minjee ni! Takkan dia tinggal aku kot? Dah la aku tertinggal purse.. aku nak balik macam mana lepas ni!?" Yoojung merungut sambil matanya tak lepas dari melihat handphonenya, dah la telefon bateri habis! confirm dah berpuluh mesej dan panggilan tidak dijawab dari unnienya.

"Yoo-ah? kenapa ni? nampak resah je?"

Yoojung sedikit tersentak apabila ditegur oleh Joowon, teman lelakinya.

Joowon melangkah masuk ke ruang tamunya dengan segelas air fresh orange untuk Yoojung.

Gadis itu yang duduk di sofa itu dipandangnya. Jelas kelihatan di wajahnya yang dia sedang gelisah dan tidak selesa.

Joowon tau sikap dan perwatakkan Yoojung, meskipun gadis itu kelihatan sangat moden, open minded dan lancang tutur kata tapi disebalik sikap 'angkuh' nya itu dia seorang yang sangat menjaga maruah diri.

Yoojung bukan seperti sesetengah gadis lain yang begitu senang bergaul bebas dengan lelaki apatah lagi ingin berduaan di dalam satu rumah. Jika bukan kerana alasan dia tidak sihat jangan harap Yoojung ingin datang ke sini.

Joowon duduk bersebelahan dengan Yoojung, dan seperti dijangka Yoojung menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

Meskipun mereka pasangan kekasih tapi Yoojung tidaklah semanja dan semesra mana, kadang kala dia merasakan yang Yoojung tidak serius dengannya.

"Kenapa ni? awak tak selesa ke berdua je dengan saya?"

Yoojung memandangnya. Serius saja riak wajah gadis itu.

"Kenapa awak tipu saya?" soalan Joowon tadi dibalas dengan soalan. Tak kuasa nak jawab pun.

"Yoojung.." tapi belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya Yoojung sudah memotong bicaranya, memang gaya orang tengah marah kan.. langgar lari je la!

"Awak mesej.. call saya kata awak sakit teruk.. tau tak saya dengan tergesa-gesa... dengan rasa panik.. risau semua tu datang sini tapi turns out awak cuma tipu?? Awak ingat lawak sangat ke prank awak tu!? Seronok? Dapat kenakan saya!? Buat saya risau!? You think this is a joke?!" hamburnya tanpa berbasa basi.

Boyfriend sekalipun tapi kalau dah buat macam ni sapa je tak marah! Kena tipu kot! Pasal sakit pulak tu! Ingat perkara main-main? Dapat sakit betul-betul kang baru tau!

Joowon memegang kedua belah tangan Yoojung, ingin memujuk tapi gadis itu yang dengan jelas masih lagi dengan kemarahannya itu pun terus menarik tangannya semula.

Joowon menghela nafas, menyesal barangkali.

"Okay.. I'm so sorry. Saya takde niat pun mainkan awak, nak tipu awak. I'm just... miss you so much. I know we're not in the good terms lately ni tapi sayang percaya la i love you and i'm still wanna be with you. Saya mengaku memang salah saya sebab tak concern dengan hati dan perasaan awak. I promise after this saya takkan layan mana-mana perempuan even dia kawan baik saya sekalipun, please sayang.. bagi saya peluang"

Yoojung memandangnya sekilas, pujuk rayu Hyuwon itu tidak mencairkan hatinya.

Sudah banyak kali teman lelakinya itu terkantoi denganya bermesra dengan perempuan lain, ya lah... salahnya juga siapa suruh bercinta dengan playboy. Sekarang hadap la!

Sejujur-jujurnya, Yoojung menerima Joowon hanya dengan satu sebab saja dan ia bukannya seratus peratus sebab cinta.

Sebenarnya dia hanya ingin Yeonjun berhenti dari mengambil kisah pasal dirinya. Naik rimas dia bila dirinya sudah semacam seperti tahanan! Semua benda kena bagitau! Semua benda nak kena dapat 'cop kelulusan' si Yeonjun tu.

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now