Chapter : 11

16 3 0
                                    



Wajahnya menyingga melihat sang tetamu 'parasit' itu.

Niatnya ingin ke taman rumah kaca Omma Minyeon bagi menghilangkan rasa marah dan sakit hatinya tapi lain pula yang jadi, kini marahnya makin meluap-luap macam gunung berapi lagi adalah!

"Yoojung kamu ni dah kenapa terjerit-jerit tadi?"

Suara Yoojung yang sedikit kuat tadi ternyata mengundang perhatian Yunhee dan Puan Minyeon yang kini sudah pun keluar dari ruangan dapur.

Tiba-tiba tubuh Yoojung di dorong ke tepi dengan sedikit kasar, berbakul-bakul carutan diluahkan dalam hatinya.

Perempuan ni memang cari pasal!

"Imo!! i miss you so much!" gadis itu memeluk Puan Minyeon dengan erat.

Meluat Yoojung melihat sikap manja-manja kucing siam perempuan itu. Dia berpeluk tubuh dengan wajah yang tegang menahan rasa sakit hatinya yang bila-bila masa saja boleh meletup itu.

"Macam berjanji pulak Herin dengan dorang bertiga ni... dorang ni pun baru je sampai" kata Puan Minyeon setelah pelukkan gadis itu dilepaskan.

"Tu lah... tadi pun kebetulan Herin boleh pulak terserempat dengan Yoojung dekat mart.... kan Yoojung kan?" Suaranya kedengaran sangat ramah tapi di telinga Yoojung sangatlah menyakitkan telinga dan hati.

"Kamu berdua terserempak?" Soal Puan Minyeon sedikit terkejut, dia pun memandang Yoojung.

Wajah gadis itu tegang saja tiada reaksi balas terhadap kata-kata Herin tadi.

Melihatkan itu barulah dia dapat menangkap punca amarah Yoojung sewaktu dia tiba bersama dengan Yunhee dan Yeonjun tadi.

"Aunty dengan Yunhee baru nak mula masak... mari la masuk ke dalam kita sembang-sembang sambil siapkan makanan untuk malam ni. Herin tak kisah kan tolong-tolong sikit kat dapur tu?" kata Puan Minyeon mengubah topik. Tidak mahu nanti berlaku pula pertelingkahan diantara dua gadis itu kalau dibiarkan.

"Mestilah boleh.. lagipun Herin kesian kat Aunty dengan Yunhee unnie nak siapkan semua makanan tu.. umm.. Yoojung.. kau tak nak join ke? sambil tu kita bolehlah borak-borak.. kita kan dah lama tak jumpa.."

Yoojung hanya menghadiahkan satu jelingan dengan riak wajah menyampah mendengar kata-kata minah parasit itu.

'Kau ingat aku nak sangat ke hadap muka kau tu!? nak tunjuk baik depan omma la kononnya! padahal saja nak cari gaduh dengan aku! kalau tak kerana aku fikir pasal omma dengan appa memang sekarang jugak aku angkat kaki bla dari sini!.'

Membuak-buak rasa marahnya, macam nak meletup je rasa! kalau tak sebab Omma Minyeong ada kat depannya memang dah kena sembur dah si Herin tu! perli dia lah tu, nak kata dia tak pandai masak kan.

"Yoojung dia tak berapa sihat, pening-pening tadi masa dalam kereta.. tu yang unnie suruh dia rehat je"

Sebelum ada yang kena maki berdas-das dengan adiknya, lebih baik Yunhee meredakan keadaan. Bukannya dia tidak perasan dengan riak wajah fed-up Yoojung itu.

Herin buat muka prihatin. Kononnya.

"Oh ya ke? patutlah muka merah je.. tak sihat rupanya... tapi kalau dah Yoojung ni sakit, kenapa biarkan je dia pergi beli barang kat mart tu? Yoojung ni kan manja orangnya, mana boleh sakit.. kang nanti asyik bad mood je... Unnie tau tak... ada budak kena maki dengan Yoojung kat mart tadi.. nasib tak kena penampar je"

Serta merta pandangan Yoojung terarah pada Herin. Rasa marahnya kini sudah sampai ke tahap bom yang menanti nak meletup!

Heiii perempuan ni! Memang sengaja ingin mengenakannya dihadapan Omma Minyeon.

'Kejap lagi ni memang akan ada yang betul-betul makan penampar aku kang! Memang meminta betullah parasit ni!'

"Yoojung!? betul ke apa yang Herin cakapkan tu?" soal Puan Minyeon dengan riak wajahnya yang sedikit kecewa.

Yeonjun yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati pun segera menarik tangan Yoojung agar mengikutnya.

Yoojung pulak, apa lagi.. benganglah dengan tindakan Yeonjun. Suka hati je nak main tarik-tarik tangannya. Dia tahu Yeonjun tidak mahu dia bergaduh dengan perempuan sengal tu di depan Omma Minyeon.

"Yeonjun! nak ke mana tu?" soal Puan Minyeon.

"Jumpa halmeoni kejap!" balas Yeonjun, tidak menghiraukan Yoojung yang menarik-menarik tangannya itu.

Lantaklah kalau kejap lagi Yoojung nak maki dia pun.. dari Yoojung belasah anak orang kat rumah tu lebih baik dia jauhkannya dari si Herin.

Yunhee yang seakan mengerti dengan tindakan Yeonjun itu segera mengajak Puan Minyeon dan Hyerin kembali ke dapur.

"Biarlah dorang pergi.. halmeoni dengan Jihye pun mesti rindukan dorang jugak.."

"Kamu tak nak ikut sekali ke Yun?" soal Puan Minyeon pada Yunhee pula.

"Yunhee memang nak pergi jumpa halmeoni juga tapi takpelah malam nanti boleh je Yunhee pegi tak pun on the way nak balik nanti Yunhee boleh aje singgah sekejap.. lagipun sekarang ni Yunhee kan nak tolong omma siapkan makan malam"

"Emm.. yalah.. kalau kamu dah cakap macam tu.. Herin.. jom"

Herin yang dari tadi memandang ke arah Yeonjun dan Yoojung yang sudah pun menjauh dari kawasan rumah itu pun berpaling pada Puan Minyeon. Dia pun tersenyum dalam paksa tapi sedayanya tidak mahu ia nampak ketara.

"Okey.. jom.." ujarnya lalu mempamerkan senyuman yang menyembunyikan satu niat jahat.

                                   ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now