Chapter : 20

17 5 0
                                    


Yoojung masih diam tidak menjawab pertanyaan Jihye itu.

Nak jawab apanya, dah memamg betul pun. Dia bencikan Yeonjun sebab kehidupannya yang sempurna itu! Biarlah orang nak kata dia ego ke apa tapi dia yang lalui semua itu, dia yang merasa kehilangan kebahagiaannya dalam sekelip mata. Jadi salah dia ke kalau dia rasa sangat menderita mengharapkan yang dia juga punya apa yang Yeonjun ada?

Kasih sayang dan kehidupan mempunyai keluarga yang bahagia?

Walaupun dia tahu Omma Minyeon dan Appa Hyojung sayangkannya tapi kasih sayang itu tidak sama dengan kasih sayang dari ibu bapa kandung. Sementelah pula dia juga sangat manja dengan mama dan papanya. Kehidupannya juga sangat sempurna, apa yang dia mahu pasti akan tertunai, kemewahan salah satu dari kesempurnaan hidupnya tapi kasih sayang dari mama dan papanya adalah harta yang paling bernilai dalam hidupnya.

Andai ibu bapanya masih hidup, tentu hari-hari yang dilaluinya merupakan detik dan memori yang terindah.

Bayangkan bagaimana kehidupannya sekarang ini jika dia masih Cheong Yoojung dan bukannya Choi Yoojung.

Tapi apabila segalanya hilang darinya dia jadi hilang arah, hatinya kosong, dia merasakan takdir tidak berlaku adil padanya. Mengapa dia perlu diuji sebegitu sedangkan dia sangat sayangkan keluarganya? Mengapa perlu dia hidup menumpang kasih sedangkang ada je orang kat luar sana tu yang punya keluarga sempurna tapi tidak mensyukuri nikmat dan anugerah yang takdir berikan?

"Unnie..."

Jihye memanggilnya setelah melihat Yoojung tidak punya sebarang keinginan untuk menjawab pertanyaannya. Tapi dia sudah boleh mengagak apa yang Yoojung fikirkan.

"Takde sapa yang minta unnie lupakan kehidupan unnie yang dulu. Itu hak unnie.. kenangan unnie.. tapi tak salahkan kalau unnie cuba bukakan sikit ruang dalam hati unnie untuk terima kehidupan yang baru ni? Terima orang yang baru dalam hidup unnie. Terima...... Yeonjun oppa?" rasa tersekat saja nama itu nak disebutnya, kalau nama si Herin tu Yoojung anti, nama Yeonjun pulak dia allergik.

Salah cakap kang tak pasal-pasal angin taufan Yoojung datang balik.

Yoojung memandangnya. Wajahnya biasa saja.

Jihye pulak sudah cuak. Yoojung kalau buat muka bengang, dah menakutkan tapi kalau dia buat muka biasa takde perasaan macam tu lagi lah dia seriau! Dia dah siap sedia nak cabut dari situ kalau Yoojung tiba-tiba mengamuk. Tak sanggup dia nak kena maki.

"Unnie ni manusia yang tak kenang budi ke Jihye?"

Jihye sedikit terkelu mendengar soalan itu. Lain yang dia bayangkan lain pulak yang Yoojung jawab.

'Unnie ni dah habis energy nak marah ke apa?? Tu yang dia tak kuasa nak marah bila aku sebut pasal oppa.. yalah kalau sebelum ni memang meletup la dia kalau orang asyik cakap kat dia jangan tau nak benci je.. Yeonjun tu kira family dia juga jadi dia kena lah terima dan berbaik dengan Yeonjun.... Hmm! Kalau cakap macam tu memang mintak kena maki dengan unnie la.. tapi kali ni tak pulak?'

"Eh! Tak lah! Kenapa unnie fikir macam tu?"

Yoojung tersenyum lemah memandang ke bawah. Dia mungkin mudah berasa sedih tapi untuk mengeluarkan air mata tu tidak mungkin. Hatinya sudah beku, keras macam batu! baginya air mata itu satu kelemahan dan dia tidak suka orang melihatnya dengan pandangan simpati.

"Sebab sampai sekarang hati dan kasih unnie masih terikat pada kehidupan lama. Setiap masa unnie rindukan kenangan dulu.. dan tiap kali unnie pandang wajah Yunhee unnie, tiap kali tu juga unnie akan rasa sakit.. sakit sebab unnie asyik teringat.. kalau la dia tak paksa mama dan papa tentu diorang masih ada.. sekurang-kurangnya.. bukan itulah penyebab mereka tinggalkan unnie untuk selamanya.."

Kali ini Jihye pula yang tiada jawapan. Dia faham perasaan Yoojung yang kehilangan ibu bapa di usia yang muda, bukan mudah untuk menerima hakikat itu.

Perit. Sakit. Derita. Hanya menanggung saja yang tahu.

Meskipun dia juga senasib dengan Yoojung tapi setidaknya dia masih mempunyai insan-insan yang menyayanginya, tapi Yoojung dan Yunhee?

Bukan saja kehilangan ibu bapa tapi kehidupan mereka sebagai Cheong.

Syarikat milik papa Yoojung diseleweng, orang pecah amanah. Lebih menyakitkan orang itu adalah ahli keluarga papa Yoojung sendiri.

Betullah kata orang, duit boleh menjadi punca kepada kemusnahan. Adik beradik sanggup buat khianat semata-mata kerana duit dan harta.

Sudahlah syarikat hancur, harta dirampas malah diusirnya dua beradik itu dari rumah sendiri. Sepatutnya mereka berdua adalah tanggungjawab abang dan adik kepada papa Yoojung tapi apa yang mereka buat? Dibuangnya Yunhee dan Yoojung seperti mereka itu pengemis.

Nasib baik lah ketika itu Omma Minyeong dan Appa Hyojung sempat berhubung dengan mama Yoojung sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Mama Yoojung anak yatim piatu, tiada saudara mara. Mamanya mengenali Omma Minyeon sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama. Malah, dia begitu rapat dengan halmeoni kerana halmeoni menganggapnya seperti anak sendiri.

Dan kini, menganggap Yoojung dan Yunhee seperti cucunya sendiri. Tiada istilah orang luar.

Kata halmeoni, mama Yoojung mengamanahkan Yunhee unnie dan Yoojung kepada Omma Minyeong dan Appa Hyojung, sepertinya dia dapat rasakan apa yang akan berlaku jika mereka pergi suatu hari nanti. Kerana itu dari awal lagi mama dan papa Yoojung sudah berbincang dan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Yunhee dan Yoojung kepada ibu bapa Yeonjun.

Orang luar yang melihat hanya nampak sengsara dua beradik itu yang terpaksa berpisah dunia dengan ibu bapa mereka. Tapi apa yang orang tidak tahu adalah derita disebalik takdir kehilangan itu.

Jika dia yang berada di tempat Yoojung dia juga mungkin akan menjadi seperti Yoojung yang sekarang ini. Segalanya tidak mudah untuk diterima, kerana itulah Omma Minyeong, Appa Hyojung, Yeonjun, dia dan halmeoni tidak pernah menyalahkan Yoojung untuk sikapnya yang sebegitu.

Takdir telah atur segalanya, keadaan yang memaksa. Apa yang mereka harapkan agar masa dapat mengubati luka dihatinya dan beri kebahagiaan dalam hatinya yang kosong itu.

Soal Yunhee unnie pula, halmeoni pernah bercerita soal itu dengannya sewaktu kakak Yoojung di tahun akhirnya sebagai pelajar universiti di US.

Seperti yang semua orang tahu, Yoojung menyalahkan Yunhee atas apa yang terjadi pada ibu bapa mereka. Meskipun sakit untuk ditelan namun Yunhee tidak pernah berputus asa untuk berbaik dengan adiknya semula. Kerana itulah dia sanggup tunaikan apa saja kehendak Yoojung.

Sebagai seorang kakak dan satu-satunya ahli keluarga yang Yoojung ada, Yunhee mencuba untuk menerima ketentuan takdir hidup mereka dan tidak terlalu menyalahkan diri sendiri. Dia ingin fokus dengan pelajarannya agar kelak dia dapat mengembalikan kehidupan yang ibu bapa mereka pernah berikan kepada Yoojung.

Itulah janji Yunhee setelah pemergian mama dan papa mereka, dan kini kehidupan mereka adik beradik sudah jauh lebih baik dari dulu. Kini Yunhee sudah mampu untuk memenuhi keperluan dan kehendak Yoojung dengan hasil usaha kerasnya sendiri.

Memegang jawatan tinggi di salah sebuah syarikat terkemuka di Seoul, adalah bukti bahawa dia tidak pernah melupakan janjinya pada mama dan papapnya untuk menjaga dan memberikan kehidupan yang sempurna kepada Yoojung.

Mungkin takdir tidaklah sekejam itu seperti yang selalu Yoojung katakan.

Takdir sebenarnya mempunyai pelbagai cara untuk memberikan peluang kehidupan yang terbaik, hanya manusia saja yang perlu berlapang dada dalam menerima ujian hidup agar dapat melihat 'silver lining'nya.





                                    ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now