Chapter : 10

15 3 0
                                    




"Yoojung!!"

Tanpa menghiraukan sahutannya, adik 'bertuah'nya itu terus laju melangkah menuju ke biliknya.

Sudahlah pintu keretanya tadi dihempas tanda melepas geram, ini pintu bilik pula yang menjadi mangsa amarah Yoojung.

"Budak ni kan.. buat perangai betul.." ujar Yunhee dengan suara yang perlahan.

Tingkah laku kurang sopan adiknya tadi dihadapan orang tua Yeonjun itu hanya mampu dipandangnya saja. Kalau nasihat pun mana pernah nak dengar, ibarat mencurah air ke daun keladi.. kerasnya batu, keras lagi kepala batu adiknya itu!

"Ma.. pa... Yunhee minta maaf.. Yunhee pun tak tahu kenapa tiba-tiba je dia nak bad mood macam tu.. maafkan Yoojung ya"

Puan Minyeon dan Tuan Hyojung itu hanya tersenyum penuh pengertian, Puan Minyeon mendekati Yunhee lalu memegang bahu anak angkatnya itu sambil mengiringinya masuk ke dalam rumah.

"Tak perlulah kamu nak minta maaf.. omma faham sangat la dengan Yoojung tu.. adalah tu sebabnya kenapa dia marah sampai macam tu sekali. Nanti bila marah dia dah reda kamu slow talklah dengan dia.. tanya dia baik-baik"

Yunhee hanya mengangguk, namun tetap juga dia merasakan yang kelakuan Yoojung itu sangat tidak patut. Entah apa pulak la yang tak kena kali ni.

Yeonjun yang mengikuti mereka dari belakang pun tersenyum tatkala melihat ayahnya menunggunya dihadapan pintu.

"Appa.." dia memeluk ayahnya "appa sihat?"

Tuan Hyojung tersenyum "sihat je.. kamu pulak macam mana? appa tengok kamu macam tak cukup rehat je ni?"

"Biasa la pa... sibuk sikit dengan schedule semua tu.. appa tak perlulah nak risau.. pandailah Jun nak jaga diri kat sana"

Tuan Hyojung hanya mengangguk, dia diam seketika sebelum bertanya pada anak bujangnya itu "apa kes dengan Yoo tu? korang gaduh ke?"

Yeonjun hanya tersenyum dengan rasa kekoknya. Memanglah ada ketegangan sewaktu dalam perjalanan ke sini tapi mereka bukannya gaduh besar mana pun. Setakat Yoojung menyindirnya saja, sementelah dia pula memang tidak kuasa nak panjangkan cerita.

"Umm.. taklah pa.. err.. Yoojung penatlah tu agaknya.. itu yang datang baran dia tu" jawabnya meskipun dia sendiri tahu yang ayahnya itu tidak akan mempercayainya bulat-bulat.

Pada siapalah dia ingin berdalih.

Dihadapannya ini adalah orang tuanya dan juga orang yang telah menjaga Yoojung. Sudah masak dengan perkara yang sama sejak dari dulu lagi.

Tuan Hyojung tersenyum nipis, sebelah tangannya diletakkan di bahu Yeonjun.

"Appa kenal anak-anak appa.. kalau berjumpa.. tak pernah nak baik... hmm.. agaknya... Yoojung tu tak suka nak balik untuk dinner malam ni kot.. maklumlah saudara mara kita ada yang datang. Appa dengan omma faham kalau Yoojung tu bad mood. Mesti dia lepaskan kemarahan tu kat kamu kan?"

Yeonjun hanya tersenyum saja, kalau kena marah, tengking dan dimaki hamun tu bukannya baru sekali dua, bak kata orang.. sejak azali lagi.

Jika ditanya, dia sebenarnya tidaklah nak terasa hati, dia sudah lali dengan kemarahan dan kebencian Yoojung itu.

Tidak penting apa pun alasan dan punca kemarahan Yoojung, pada akhirnya dirinya juga yang akan terkena tempias.

"Jun-ah!!"

Tiba-tiba saja ada seseorang yang memanggilnya.

Pandangan Tuan Hyojung dan Yeonjun beralih ke arah pintu pagar di hadapan rumah.

"Tu kan...." Yeonjun mengecilkan anak matanya untuk melihat ke arah si tetamu itu.

Bulat matanya. Biar betul??

Dia memandang ayahnya.

"Why she-"

"Kamu tanyalah omma kamu nanti.. appa nak pergi jemput dia masuk dulu."

Yeonjun hanya memerhati saja ayahnya itu berjalan menuju ke arah gadis itu.

Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya, gadis itu kelihatan sangat ramah bertegur sapa dengan ayahnya.

Hatinya sudah mula berasa gusar. Sudah macam cacing kepanasan dia sekarang ni.

'Ini kalau Yoojung tahu....'

"Why the heck dia ada kat sini!!?"

Terkejut Yeonjun dibuatnya. Dia berpaling.

Bagai diseru, entah masa mana Yoojung berdiri di belakangnya pun dia tidak sedar.

"Kau pekak ke!? Aku tanya kau ni!" Seperti biasa, gadis itu kalau bercakap dengannya mana pernah nak lemah lembut dan sopan pilihan ayatnya. Asyik nak marahhhh je.

Tapi Yeonjun tahu, kali ini kemarahannya lebih menjurus kepada situasi yang sedang berlaku sekarang ini.

Macam mana dia tak marah... musuh ada depan rumah kot....

"Hi Jun!"

Sapaan itu mengalih perhatiannya dari Yoojung, gadis itu terlihat senyum dengan manis dan mesra tapi dia tahu dan dapat rasakan ada jelingan maut dari Yoojung buat si gadis dihadapan mereka.

Ayahnya memberi isyarat untuk dia mengambil alih situasi itu, ayahnya pun melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan dua 'bom atom' dengannya yang bila-bila saja akan 'meletop'kan rumah ini.

'Appa....! really!!?' gumamnya dalam hati.

Yeonjun melihat gadis itu mendekati Yoojung, dan dengan penuh sinis dalam nadanya dia pun berkata...

"Just like i said... I'll see you at home..."

                               ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now