Chapter : 19

11 4 0
                                    

Dia melangkah menuju ke arah pintu masuk, tapi sepasang kasut di tepi pintu itu menarik perhatiannya.

"Kasut sapa pulak ni? halmeoni ada tetamu ke? sapa pulak yang datang? tengokkan brand kasut ni macam orang muda je yang pakai..." tiba-tiba sesuatu terlintas di fikirannya.

"Takkan lah ada orang yang datang nak melamar aku kot!!?"

Hish budak ni.. sampai ke situ fikirnya. Tau la ada rupa tapi kot nya pun habiskan la belajar tu dulu, tapi ada je orang kahwin muda... jodoh masing-masing kan. Si Jihye ni mungkin banyak sangat tengok drama, tu yang sampai terfikir jodoh dia dah jumpa 'alamat'.

Perlahan daun pintu dikuak dari luar, dia pun masuk ke dalam rumah lalu menjenguk ke arah ruang tamu tapi sebaik saja dia melihat si tetamu itu terus dia menerpa ke arahnya.

"Oppa!!!?"

Serta merta dia memeluk Yeonjun dari belakang yang ketika itu sedang berbual dengan halmeoninya.

"Jihye... kot ya pun pegi la tukar baju tu dulu.. kamu tu baru balik dari sekolah.. tak segan betul budak ni... pegi peluk orang macam tu" tergeleng halmeoninya.

Jihye mencebik "alah halmeoni ni.. macam la Jihye ni busuk sangat.." ujarnya dengan nada merajuk.

Tergelak Yeonjun melihat adik sepupunya itu yang sudah memuncung.

"Lama tak jumpa Jihye.. dah cantik dah sekarang... kalau dulu comot je" usik Yeonjun pula. Makin panjanglah muncung Jihye tu.

"Oppa ni! mana ada comot! Tu namanya belum glow uplah"

Tergelak lagi Yeonjun.

"How's school? Kalau tak salah oppa sekarang ni musim exam kan?"

Jihye mengangguk "um. Alah oppa tak payah risau la. Ni Lee Jihye la! Top student tau.. confirm dapat score punyalah!"

Bangga betul si Jihye ni, up diri sendiri. Nasib baik memang top student, kalau tidak orang kata masuk bakul angkat sendiri.

Walaupun Jihye ni nampak je macam ada imej budak nakal sikit tapi kalau bab belajar dia memang tak pernah main-main.

"Ya... oppa yakin Jihye mesti akan dapat title best student nanti bila result dah keluar"

Jihye tersenyum gembira, ya lah sapa je tak happy bila kena puji kan?

"Bukan setakat dapat title tu je tau.. Jihye akan pastikan yang Jihye akan dapat masuk kolej yang sama macam unnie.. eh! Kejap! Unnie mana? Dia tak balik sama ke? Oppa balik sorang je ke.?" Soalnya bertalu-talu.

Lama benar dia tidak bertemu dengan Yoojung, rindu nak tengok muka garang cik puteri salju tu.

Dalam pada rindu sempat pulak dia mengata. Alah... mengata yang usik mengusik je, bukan mengata yang cari gaduh. Lagipun betul apa yang dia cakap, si Yoojung tu memang puteri salju pun.. muka dingin je memanjang, hati batu pulak tu.

"Unnie kamu balik la.. dia ada je kat laman belakang- eh! kamu nak ke mana?"

Jihye yang baru saja melangkah beberapa tapak pun berhenti lalu memandang halmeoninya.

"Nak jumpa unnie lah"

"Kejap lagi lah... sekarang ni kamu jangan nak ganggu dia. Yoojung tu tengah nak tenangkan hati dia tu.. lepas jumpa dengan halmeoni tadi terus dia pegi sana. Nampaklah muka tu macam tengah bad mood... Jun-ah.. halmeoni masuk dapur dulu ya.. kita minum petang sebelum kamu dengan Yoojung balik.. takpun kita pegi sama-sama.. kamu bawak kereta halmeoni yang kat garaj tu"

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now