Chapter : 04

18 5 0
                                    


"Kau ni dah kenapa?" soal Ryujin yang sudah menghulurkan tisu.

Yoojung yang terbatuk-batuk segera mengambil tisu itu untuk mengelap mulutnya.

Hampir saja air di dalam mulutnya tersembur keluar kerana terkejut apabila nama Yeonjun disebut oleh Ryujin tadi.

"Okey tak?" Soal Ryujin lagi.

Yoojung hanya mengangguk sambil mengurut dadanya.

Ryujin sudah memandang Yoojung semacam.

Macam ada sesuatu yang tidak kena je dengan rakannya yang sorang ni.

Bukannya dia ni pakar bab membaca hati orang tapi si Yoojung ni nama je hati batu tapi bab menipu ke laut.

"Tiba-tiba je kau boleh tersedak bila aku sebut nama dia tadi.. kau peminat dia ke apa?" Ryujin berkata sekadar mengusik acuh tak acuh saja tapi melihatkan perubahan pada riak wajah Yoojung dia mengangkat sebelah keningnya.

Menarik.....

"Kau minat dia?" diulangi soalannya tadi tapi kali ini dia bertanya dengan senyuman yang penuh makna.

Yoojung yang mendengar itu buat-buat tergelak seolah-olah itu adalah perkara yang paling lawak.

Tapi memang lawak pun. Tak kena lah! dengar nama pun dah tak suka apatah lagi jadi peminat? Jauuhhhhh lagilah!

'Aku!!? minat kat Yeonjun!?? apalah Ryujin ni.. sampai ke situ dia boleh terfikir'

"My dear friend.. You're going too far okay.. aku cuma tersedak. Itu sahaja. Takde sebab spesifik dan yang paling utama sekali takde kena mengena dengan lelaki yang bernama apa tadi? Yeonjun?"

Dia tergelak kecil, kali ni memang tulus ikhlas dari hati bukan dibuat-buat macam tadi.

"Not a chance okay aku nak jadi peminat sesiapa. Tak kuasa aku nak buang masa dengan ber' fangirl tu semua.. tambah lagi jadi peminat lelaki yang kau sebutkan tadi tu" ujarnya lagi tanpa menyembunyikan riak wajah kebenciannya apabila membayangkan raut wajah lelaki yang menyakitkan hatinya itu!

"Apa? " Soal Yoojung apabila dia perasan cara pandangan Ryujin terhadapnya.

"Lain macam je cara kau cakap ni"

"Lain apa pulaknya?" Yoojung cuba untuk bersikap tenang tatkala melihat Ryujin yang seakan sudah mula menghidu sesuatu yang curiga mengenai dirinya.

Tulah.. mulut tu bukan reti nak tapis ayat, main cakap jeeee... kan dah kena menjawab dengan Ryujin.

Rakannya itu mengangkat kedua bahunya. "i don't know.. macam kau kenal je sapa Yeonjun-ssi tu. Maksud aku kenal tu bukan kenal yang melalui tv tapi kenal in person"

Untuk kali kedua Yoojung terbatuk ketika menghirup minumannya.

Niat ingin mengelak pandangan curiga Ryujin tapi alih-alih boleh tersedak..... lagi.

"Haa! tengok tu! tersedak lagi"

Yoojung mengambil tisu yang memang sudah tersedia di atas meja itu.

"Hish kau ni! bukan nak tolong tapi tengok je aku tersedak air ni.. kang aku koma kat sini sia-sia je" omelnya dengan batuk yang masih bersisa.

Ryujin sedikit tergelak, si Yoojung tu kalau marah pun kadang-kadang boleh jadi lawak bila mendengarkan ayatnya.

"Awal-awal tadi tu kan aku dah tolong... tapi kalau dah dua kali kau tersedak sebabkan hal yang sama.. " Ryujin mendekatkan tubuhnya ke meja "maknanya memang ada apa-apa la kan?"

Yoojung mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap kaca kafe itu.

"Kau jangan nak merepeklah" dia menyelak anak rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Yoo-ah..."

"Dah-dah... Enough with this okay!? aku dah cakap it's doesn't mean anything.. aku tak kenal pun siapa lelaki tu. Kalau kau asyik cakap pasal ni aku balik"

Yoojung pantas bersuara sebelum Ryujin sempat menghabiskan ayatnya. Siap ugut lagi. Mulalah tu nak melenting. Pantang betul dia kalau sebut pasal Yeonjun, memang nak marah je rasanya.

"Okay okay! I'm so sorry.. okay... fine.. kita tukar topik ya.. aku takkan tanya-tanya lagi" ujarnya tatkala melihat betapa annoyingnya wajah Yoojung saat itu.

Entah mengapa hatinya kuat mengatakan yang Yoojung seakan benar-benar merahsiakan sesuatu darinya.

Jika ia tidak benar sekalipun mengapa begitu jelas dan ketara sekali perasaan benci itu di wajah Yoojung saat dia menyebut nama Choi Yeonjun tadi?

Tidak mungkin seseorang itu boleh membenci tanpa sebab.

Dia sudah lama mengenali Yoojung dan dia cukup tahu latar belakang hidupnya. Akan tetapi seperti manusia lain, tidak semua seratus peratus soal kehidupan kita berada dalam poket seluar seseorang dan tidak semua orang kita boleh percaya.

Pasti ada yang kita rahsiakan akan terkunci rapat kerana rahsia itu adalah rahsia yang tidak ingin kita bongkarkan.

'Jika kau benar ada rahsia Yoojung.. aku takkan paksa kau untuk percayakan aku.. Jika rahsia itu harus kekal sebagai rahsia aku hormatinya..'

                                   ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now