Chapter : 21

17 4 0
                                    

Dia yang asyik berkurung saja di dalam bilik sejak pulang dari rumah halmeoni mula berasa bosan.

Nak keluar kan perempuan kekwat tu ada kat luar pulak... Hish! Tak kuasalah nak buat sakit hati sendiri bila tengok muka minah tu.. daripada jadi gaduh, baik dia hadap dinding dalam bilik ni lagi bagus!

Tapi tulah.. masalahnya sekarang ni dia dah rasa bosan!!!

"Kan best kalau aku dapat ikut sekali dorang pergi trip.. ni tak.. cuti aku habis macam tu je! Ni semua Yeonjun punya pasal la ni!"

Dia pukul batal peluknya melepas geram.

"Unnie?"

Kedengaran suara Jihye memanggilnya sambil dibalik pintu.

Yoojung pun bangun dari katil untuk membuka pintu biliknya yang sememangnya sentiasa berkunci itu. Dia memang sejenis yang lebih suka menyendiri kalau balik ke sini.

Bukannya dia tidak rapat dengan ibu bapa angkatnya tapi ia lebih kepada dia tidak mahu bersua muka dengan Yeonjun.

Baik Herin atau Yeonjun, dua-dua menyakitkan hatinya!

Pintu pun dibukanya. Terserlah wajah ceria Jihye yang sedang tersenyum padanya.

"Mm.. Jihye ganggu unnie ke?"

"Takde la. Masuk la Jihye." pelawa Yoojung lalu kembali ke katilnya.

Jihye pun ikut sama masuk sebelum menutup pintu bilik.

Yoojung memadangnya. Entah kenapa teruja semacam budak ni..

"Kamu ni kenapa Jihye? Lain macam je unnie tengok. Ada benda ke yang kamu nak cakap dengan unnie?" soal Yoojung sebaik saja Jihye duduk bertentangan dengannya.

Entah kenapa dia jadi tertanya-tanya pula.

Yalah.. dah dia berkurung je dalam bilik.. mana nak tahunya apa yang jadi kat luar tu.

Kakaknya pulak sibuk membantu omma menyiapkan apa yang perlu.

Tadi ada la jugak kakaknya itu datang menjenguknya tanya pasal makan tapi disebabkan si Herin tu ada semeja terus putus seleranya.

Nasib baik petang tadi dia dah makan sikit kat rumah halmeoni, kalau tidak.. hmm kebulur jelah dia dalam bilik ni nak menanti gathering ni bermula.

"Pandai unnie teka. Memang ada benda pun yang Jihye nak share dengan unnie sekarang ni! Unnie tau tak sapa yang akan datang nanti!?"

Memang teruja sangat Jihye ni sampai senyum tu tak boleh nak disoroknya.

Yoojung cuba untuk meneka atau lebih tepat mahu mengingati semula andai kakaknya ada bagitaunya apa-apa tapi rasanya dia takdelah tertinggal 'keretapi'.

Tapi bila Jihye kata macam tu.. maknanya memang ada orang lain lah yang akan ikut sama dalam majlis keluarga ni???

"Ada VIP ke yang nak datang nanti?" soalnya dengan nada separuh melawak.

Entah.. tak teruja pun. Makin buat dia semak adalah.

Manusia mana pulaklah yang nak datang ni!? Cukuplah si Herin tu je yang sibuk nak tumpang sekaki.

Jihye hanya tergelak mendengar ayat sarkastik Yoojung itu. Dia tidak ambik kisah pun kalau Yoojung bersikap sarkastik.

Kalau dengannya, Yoojung tidak akan bergurau kasar atau bersikap mulut laser seperti dengan Yeonjun ataupun Herin.. dia boleh gelakkan Yoojung lagi adalah.

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now