Chapter : 18

10 4 0
                                    




"Unnie!"

Yoojung tersentak.

"Huh?? Ya? urmm.. Jihye cakap apa tadi?"

Jihye tergeleng melihat muka blur Yoojung itu, dia tersenyum. Lahai... berkhayal rupanya...

"Unnie teringatkan apa sampai Jihye cakap pun tak dilayannya? sempat ya unnie berkhayal" usiknya.

Yoojung tersenyum dengan rasa segannya, rambut di bahagian dahinya diselak.

"Sorry.. err.. Jihye cakap apa ya tadi?"

"Pasal unnie dengan oppa la tapi tulah, tak tau pulak kita cakap sorang-sorang tadi" katanya lagi masih dengan nada mengusik.

Yoojung sudah buat muka bersalah, "maaf la.. unnie cuma teringatkan sesuatu. Pasal unnie dengan Yeonjun? Apa maksud Jihye? pasal apa ni?" soalnya pula, tiba-tiba jadi penasaran.

'Pasal aku dan Yeonjun? budak ni cakap ni???'

"Tadi sebelum Jihye datang sini jumpa unnie, Jihye sembang la dengan oppa dulu.. lepas tu dia ada la cite sikit pasal unnie"

Yoojung terkebil-kebil memandang Jihye.

'Sudah... cerita apa pulak ni?? Yeonjun... kalau kau cerita pasal kes kat rumah Joowon tu siap la kau!'

"Dia cerita apa?" soalnya lagi, berdebar pulak rasanya. Memang la dia dan Jihye sangat rapat macam adik beradik tapi soal peribadi seperti hubungannya dengan Joowon tidak pulak dia terfikir nak berkongsi. Dah la si Jihye ni bukan pandai cover sangat, silap-silap boleh terlepas cakap kat Omma Minyeon dan Appa Hyujong.

"Unnie ni.. asal nampak cuak semacam je ni?" dia tergelak kecil. "Takde la! oppa tu bukan jenis yang suka mengumpat.. dia cuma luah perasaan.. tu je" Jihye sudah tersenyum penuh makna.

Makin berkerut dahi Yoojung.

'Ni apa kes pulak ni???'

"Tapi before Jihye ulang balik apa yang Jihye cakapkan tadi.. Jihye nak tanya unnie dulu, soalan ni soalan yang Jihye nak tanya unnie tadi.. tapi tengok-tengok unnie tengah berangan"

Yoojung mencebik, "kan dah cakap sorry dah tadi.. tak payah la nak perli-perli unnie lagi"

Jihye hanya tersenyum, tapi kemudian senyumannya mulai hilang, Yoojung perasan akan hal itu.

"Jihye tau.. unnie takkan suka soalan yang Jihye nak tanya ni tapi Jihye rasa as someone yang rapat and care so much about you Jihye rasa Jihye nak sangat dapat kepastian pasal hal ni"

Yoojung memandang Jihye dengan rasa bingung yang makin bertambah-tambah.

Lain macam pulak ayat Jihye ni dia dengar.

Jihye menyambung lagi bila tiada balasan dari Yoojung, mungkin kakak sepupunya itu tidak mengerti sama sekali apa yang dia ingin sampaikan.

"Unnie..." Jihye mengubah kedudukannya mengadap Yoojung. Dipandangnya gadis itu dengan serius.

"Do you... really hate him? Okay! I know i know... unnie memang tak suka kat oppa tu since dari mula-mula unnie kenal oppa lagi.. unnie tak pernah sependapat, selalu berkelahi dan salah faham semua tu tapi apa yang Jihye maksudkan ialah, do you really 'really' hate him? Or you just 'hate' the fact that unnie harus lalui semua perubahan dalam hidup unnie and somehow segala kemarahan, your frustration unnie lepaskan kat oppa? Is that it?"

Ayat soalannya diatur dengan sebaik mungkin, dia tidak mahu kata-katanya itu akan menguris perasaan Yoojung.

Dia melihat reaksi gadis itu.

Diam.

Jihye menghela nafas, "okey unnie.. I'm sorry kalau Jihye dah menyinggung perasaan unnie.. the reason why i'm asking is... Jihye dapat rasakan yang setiap kali unnie kata unnie bencikan oppa.. its more like you said you hate the life that you live in right now.. am i right unnie?"

Dia mencuba lagi, bukanlah niatnya ingin menyibuk atau suka hati nak masuk campur urusan hati Yoojung tapi sampai bila Yoojung itu ingin menyimpan rasa benci itu? bukankah lebih baik jika egonya itu direndahkan sedikit dan cuba berbaik dengan Yeonjun.

Jika itu berlaku mungkin saja hidupnya akan menjadi lebih bahagia dan mungkin juga...

Akan juga membuatkan Yeonjun bahagia.


                                   ••••

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now