Chapter : 17

12 4 0
                                    



"Balik sekarang."

Dengan takde intronya, terus bagi ayat straight to the point. Tegas pulak tu bila dengar nada suaranya.

Gadis itu dipandangnya macam nak telan! Macam mana orang tak marah!? Dah buat orang risau tu satu hal! Dia boleh pulak lepak kat rumah lelaki!? Mana dia tak beranginnya!

Lelaki disebelah Yoojung tu pulak kecik besar je dia pandang! Tengok muka pun dia memang tak percayakan lelaki yang so-called her boyfriend tu!

Untuk kali ini, Yoojung tidak pulak naik angin ke naik hantu ke atau nak marah-marahkan Yeonjun macam selalu. Yalah.. dah memang dia nak balik pun. Yeonjun yang tengah marah tu dia buat tak tau je, malas nak bazirkan masanya lagi dengan berbalah dengannya pula kat situ.

Tapi kalau ikutkan hati nak je dia menjawab balik, kalau tak kerana dia takde duit memang dia dah lama dia balik naik teksi! Tunggu si kawan bertuahnya tu pulak entah esok pagi agaknya baru nampak batang hidung.

Tapi dengan Yeonjun yang marah macam tu, kalau dia menjawab lagi, itu namanya mencari pasal. Silap hari bulan omma dengan appa tahu lepas tu tak mustahil dia kena paksa balik ke Bundang-gu.

Baru saja dia ingin melangkah keluar, tangannya ditahan oleh Joowon

'Apa halnya lagi ni!?' bentak Yoojung dalam hati.

"Kau sapa?" soal Joowon serius. Cemburu kot.

Dari tadi lagi Yeonjun perhati je lelaki tu duk pegang tangan Yoojung. Apa dia ingat Yoojung tu bini dia? Tak kasi balik pulak dah! Macamlah rupa Yeonjun tu macam penculik.

Yeonjun tiada keinginan pun nak jawab sebaliknya dia menarik tangan Yoojung dari gengaman lelaki itu yang sudah pun memandangnya semacam.

Tapi kalau pikir logik lah kan, memang ada la sikit rupa macam penculik tu. Yalah... tengok la dia pakai macam mana, dengan mask bagai, macam la si Joowon tu nak terlintas yang dia tu idol.

"Kau ni faham bahasa ke tak? Aku tanya kau ni sapa? Kau tau tak dia ni girlfriend aku?." Nada suara Joowon yang sedikit meninggi itu sudah cukup untuk memberitahu Yeonjun yang dia tidak akan semudah itu nak bagi Yoojung mengikutnya.

Yeonjun pun mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.

'Boleh tahan possessive jugak dia ni'

Dengan selambanya dia pun menjawab.

"Her fiance"

Macam nak tercekik Yoojung mendengar jawapan Yeonjun! Apakah-

Jangankan Joowon, dia pun terkejut! Takde angin takde ribut taufan hujan petir bagai, tiba-tiba.....

'Tunang!!? Sah!! Mamat ni buang tabiat! Datang rumah orang macam gangster lepas tu selamba angin sepoi-sepoi bahasa je nak tunangkan aku!'

"Wait- what!?... this is nonsense! Yoojung! bagitau saya... dia merepek apa ni!? Yoojung.. saya tau awak sakit hati dengan apa yang saya dah buat tapi tak perlulah nak kenakan saya sampai macam ni sekali.. I'm sorry okay.. please sayang don't do this to me.. i need you..." Joowon memegang kedua belah bahu Yoojung, dia sedikit pun tidak percaya dengan apa yang dia baru saja dengar.

Yeonjun yang melihat itu terasa bengang je bila tangan lelaki tu elok je duk pegang-pegang bahu Yoojung.

'Apa dia ingat yang berdiri kat depan ni tunggul???? Tiang lampu??? Nak bersayang-sayang pulak tu!! Ni kang ada juga yang makan kasut!'

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now