Chapter : 09

14 3 0
                                    


"Yoojung tolong unnie.. belikan buah ke apa ke kat mart depan sana tu.. unnie nak isi minyak ni".

Tatkala mendengar arahannya itu, Yoojung terus berpaling dengan muka berkerut.

"Alah.. unnie.. Yoojung jugak ke? " soal adiknya itu dengan nada yang malas.

Yunhee menghela nafas, "habis tu nak suruh sapa? Yeonjun? " ujarnya sedikit sarcastik.

Melihatkan wajah adiknya yang tegang itu, ia sudah cukup untuk memberitahunya yang Yoojung dalam terpaksa mahu tidak mahu harus juga menuruti cakapnya.

Tapi dia cukup tahu, dalam hati adiknya itu sudah berbakul-bakul meluah rasa protes apabila dia terdengar ada dengusan halus yang terkeluar dari mulut Yoojung.

Yunhee hanya mampu mengelengkan kepala.. asal tentang Yeonjun je mulalah tarik muka.. bebelnya dalam hati.

Yeonjun yang pada ketika itu sedang berbalas mesej dengan Taehyun hanya menjadi pendengar sahaja, dia tidak perlu untuk melihat riak wajah gadis itu untuk mengetahui betapa menyampahnya Yoojung dengannya saat kini.

Mana tidaknya.... mahu nak tercabut pintu kereta dihempasnya ketika keluar dari kereta sebentar tadi.

"Hish.. budak ni! asal marah je hempas pintu.. tunjuk perasaan la tu.. tinggal kat sini kang baru tau"

Mendengarkan bebelan Yunhee itu hampir saja membuatkan tawanya meletus.

Yeonjun mendekatkan dirinya dengan ruang yang memisahkan tempat duduk pemandu dengan tempat duduk Yoojung.

"Noona kalau tinggalkan Yoojung kat sini makin marahlah dia kat saya. Nanti kang dia cakap saya pulak yang hasut noona suruh tinggalkan dia.. noona pun tahu kan kalau pasal saya je ada jelah yang tak kena kat mata dia" ujarnya separuh bergurau.

Dalam ayatnya itu ada kebenarannya, tanpa dia melakukan apa-apa yang jahat pun memang sudah tercop perkataan 'BENCI' di dahinya.

Jika berlaku pergaduhan antara Yoojung dan Yunhee pasti dia yang akan dipersalahkan menjadi punca, kononnya Yunhee lebih mengutamankannya berbanding dengan perasaan adik sendiri.

Yunhee berpaling memandang Yeonjun, wajahnya kelihatan sedikit serius.

Yeonjun perasan akan perubahan riak wajah kakak angkatnya itu.

"Kenapa noona? Yeonjun ada salah cakap ke?"

Yunhee melepaskan keluhan kecil "kamu ni Yeonjun.. baik sangatlah. Apa je yang dia buat kamu diamkan.. takdenya nak backup diri sendiri kalau dia mengata yang bukan-bukan pasal kamu"

Yunhee diam untuk seketika sebelum menyambung bicaranya.

"Noona faham kamu tak nak panjangkan pergaduhan tapi noona pun tak naklah kamu sampai kena hina dengan dia.. ya.. dia adik noona tapi kamu pun keluarga noona juga.. noona kalau boleh nak berlaku adil pada kamu berdua.. taknak lah ada yang rasa noona ni pilih kasih"

Yunhee meluahkan rasa kecewanya dengan sikap Yeonjun dan juga pada dirinya sendiri sebagai seorang kakak.

Dia faham dan tahu Yeonjun seorang lelaki yang matang dan semakin dia meningkat dewasa pertelingkahan antara mereka berdua sudah tidak seperti dulu.

Kini dia lebih banyak beralah dengan Yoojung, namun sebagai seorang kakak dia juga sepatutnya menasihati dan mencuba untuk merubah sikap adiknya itu.

Sejak peristiwa yang telah meragut nyawa kedua ibu bapa mereka, Yoojung seakan sudah berubah menjadi seorang gadis yang keras hati, mulut lancang dan yang sangat ego.

Yunhee mengeluh lagi tapi kali ini kedengaran seperti ingin melepaskan beban yang amat berat.

Jauh di sudut hatinya dia cukup tahu yang sehingga kini, adiknya membenci dan menyalahkannya atas apa yang terjadi dan dia tidak mampu untuk menidakkannya kerana kebenaran adalah sesuatu yang amat pedih untuk dia akui.

"Noona?"

Panggilan Yeonjun menyedarkannya dari terus melayan perasaannya.

"Noona okey?"

Yunhee mengangguk lalu tersenyum lemah.

"Noona bukannya apa.. noona tak naklah dia cari gaduh dengan kamu kat rumah keluarga kamu tu nanti.. kamu pun bukannya selalu boleh balik jumpa appa dengan omma kan.. jadi noona tak naklah Yoojung tu buat hal sampai spoilkan mood kamu tu pulak"

Yeonjun tersenyum, dia mengerti kerisauan Yunhee itu.

"Noona tak payahlah nak risau sangat. Kalau Yoojung tu cari gaduh dengan saya juga which is.. obviously she will... tu nanti pandai-pandai la saya nak handle macam mana.. sejak dulu lagi saya dah biasa dah.. setakat nak hadap untuk sehari kat rumah tu.. apa la sangat" dia pun ketawa ingin menyedapkan hati Yunhee.

Bercakap tentang ibu bapanya soal Yoojung, Mereka juga tidak pernah mempunyai rasa benci pada Yoojung walaupun dia sering mencari gaduh dengannya.

Malah mereka amat sayang pada dua beradik ini tapi itu bukan bermakna ibu bapanya lepas tangan dan membiarkan saja sikap Yoojung yang sebegitu. Cuma mereka tidaklah memarahi Yoojung apatah lagi nak menghukum. Adalah juga masanya mereka akan cuba slow talk dengan Yoojung tapi apakan daya.. hati gadis itu sangatlah keras untuk mendengar kata. Makin dinasihat makin menjadi pulak perasaan benci itu kepadanya.

Hal itu sering juga omma dan appanya bertanyakan kepadanya tapi dia tidak kisah dan dia tidak salahkan Yoojung, begitu juga dengan ibubapanya. Mereka sangat memahami.

Tidak mudah untuk seorang gadis kecil pada masa itu untuk menerima takdir hidupnya yang tiba-tiba saja berubah dalam sekelip mata, dari seseorang yang hidup dengan penuh kasih sayang dan kemewahan bak puteri, kepada seorang anak yatim piatu yang kehilangan segalanya, yang dia ada hanyalah Yunhee.

Kerana itulah ibu bapanya manjakan Yoojung supaya dia tidak terasa tersisih lagi dan berasa bahagia hidup dalam keluarga barunya.

Namun ibu bapanya tahu yang semua itu tidak semudah yang difikirkan. Ada kala kedinginan Yoojung adalah jawapan yang memberitahu mereka yang dia tidak sebahagia itu.

Mereka tahu dan memahami kekosongan yang menghuni hati gadis itu.

Kekosongan yang tidak mudah diisi dengan kepercayaan apatah lagi dengan kebahagiaan.

                           

                                    ••••

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now