Chapter : 06

15 5 0
                                    


Yunhee menghentikan keretanya dibahu jalan berdekatan dengan taman yang terletak sedikit jauh dari kawasan perumahan itu.

Telefonnya diambil dari dalam beg lalu dia menghubungi seseorang sambil mengerling sekilas ke arah adiknya yang asyik dengan telefon sejak dari tadi.

"Hello.. Jun-ah.. noona dah sampai kat tempat yang kamu suruh noona tunggu ni tapi tak nampak pulak kamu kat mana.... Ohh.. tak keluar dorm lagi.. takpe noona tunggu-"

"Kenapa tak suruh je dia pergi sendiri"

Yoojung tiba-tiba saja mencelah, terus saja satu tamparan lembut hinggap dibahunya.

Yoojung berdecit dengan tindakan kakaknya itu. Baru saja dia ingin membuka mulut menyuarakan ketidakpuasan hatinya, Yunhee terlebih dahulu memberi isyarat agar dia tidak berkata apa-apa.

Yoojung mencebik lalu menyambung meng'scrol feeds Instagramnya.

Yunhee pula tergeleng kepala melihat perangai Yoojung.

'Budak ni kan..cakap main lepas je.. takdenya nak tengok kiri kanan kalau nak bercakap'

"Okey lah Yeonjun..noona tunggu ya.. Bye. "

Yunhee pun mengadap ke arah Yoojung.

"Kamu ni.. sengaja kan cakap macam tu nak bagi dia dengar sebab kamu nak sakitkan hati dia.. betul tak?"

Yoojung buat muka "alah.. orang tanya je.. kan senang kalau dia pergi sendiri.. tak payah nak sorok-sorok macam ni.. dah macam buat jenayah pulak" selamba saja dia menjawab.

Yunhee memandangnya. Ada je jawapan adiknya ini kalau nak berbalas kata.

"Dah tu kamu nak suruh dia pergi dengan apa? Bas? Teksi? Kamu pun.. agak-agaklah.." Yunhee sebenarnya tahu apa yang dimaksudkan Yoojung. Adiknya itu hanya tidak mahu berada dalam satu kereta dengan Yeonjun dan layanan senyap Yoojung terhadapnya sepanjang perjalanan tadi adalah satu tanda protes.

"Kenapa tak? Orang lain okey je takde apa-apa kalau naik bas ke teksi ke.. dia tu je yang takut sangat kalau terserempak dengan peminat-peminat pengarang jantung hati dia tu" sindir Yoojung.

Sememangnya apa sahaja tentang Yeonjun ada saja yang menyakitkan hatinya.

"Kalau jumpa yang baik, yang reti hormat privasi orang takpe..kalau yang 'gila' sikit macam mana? buatnya dia ikut Yeonjun? kamu ni takde rasa bimbang pasal keselamatan dia ke? Sikit pun takde?"

Yoojung hanya mengangkat bahu dengan riak muka macam orang tak ada perasaan.

Walaupun dia tu hati batu tapi dia tidaklah sekejam itu untuk mengharapkan sesuatu yang tidak baik berlaku pada orang lain. Tapi dia juga tidaklah seikhlas mana untuk ikut sama bergembira jika sesuatu yang baik terjadi pada Yeonjun, malah itu hanya membuatkan hatinya makin disiat-siat.

Alasannya cuma satu.

Kerana merasakan takdir sangat tidak adil padanya.

Terkadang kerana terlalu mengikut kata hati, dia meletakkan egonya di kedudukan yang paling tinggi.

   
                                   ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now