Chapter : 08

16 4 0
                                    



Sebaik saja matanya terpandangkan kelibat Yeonjun diseberang jalan terus riak wajahnya berubah tengang.

Memikirkan yang dia harus berada dalam satu kereta dengan Yeonjun untuk beberapa jam yang akan datang, hanya membuatkan hatinya dihuni rasa tidak senang dan menyampah yang teramat sangat dengan situasinya ini. Sementelah rasa bencinya yang menggunung itu sudah sedia ada.

Yoojung berdegus lalu kembali menyibukkan diri dengan sosial medianya itu.

Yunhee yang sedar akan hal itu hanya memandangnya saja.

Dalam hati, dia sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan dengan perangai adiknya yang sorang ini, rasa bencinya pada Yeonjun sejak dari dulu langsung tidak berubah.

Kadang kala dia juga tidak mengerti apa yang dibencikan sangat adiknya itu pada Yeonjun sedangkan Yeonjun tidak pernah melakukan sesuatu yang tidak baik padanya. Malah lelaki itu sangat mengambil berat soal Yoojung.

Adiknya saja yang buat lelaki itu macam musuh.

Pintu tempat duduk belakang dibuka dari luar. Yunhee pun berpaling dan tersenyum ke arah adik angkatnya itu.

"Sorry noona.. lama ke tunggu?"

Yeonjun masuk ke dalam kereta lalu membuka masknya. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Yoojung yang duduk di kerusi dihadapannya.

"Takde la.. faham kamu nak kena avoid crowd kan" balas Yunhee.

Yoojung yang mendengar itu hanya tersenyum sinis. Ikutkan hati nak je dia menyindir tapi kerana tidak kuasa mahu dengar ceramah kakaknya dia pun biarkan saja niatnya itu berlalu pergi.

"Saya bukan apa noona.. saya tak naklah nanti ada yang nampak saya masuk dalam kereta ni..nanti jadi apa pulak kan"

Yunhee tersenyum "kamu tak perlu nak risau sangatlah pasal noona.. keselamatan kamu yang lebih penting-"

"Yalah.. Yeonjun kan ADIK kesayangan unnie" ujar Yoojung yang tiba-tiba saja mencelah dengan perkataan 'adik' itu sengaja ditekankan.

Dalam pada dia ingin berdiam diri dan buat endah tidak endah dengan Yeonjun, dia juga tidak dapat menahan diri dari ingin menyakitkan hati lelaki itu seperti yang selalu dia lakukan.

Saja la tu nak cari gaduh.

"Untung kau kan.. semua sayang kau.. Omma Minyeon dengan Appa Hyojung tatang kau dengan penuh kasih sayang.. peminat kau tergila-gilakan kau.. unnie aku pulak.. lagi sayangkan kau dari adik dia sendiri"

"Yoo-ah" Yunhee menegurnya.

Yoojung yang sememangnya dari tadi dengan Instagramnya hanya buat tak tahu saja tatkala diberi amaran oleh Yunhee, malah dia menyambung lagi bicaranya untuk menyakitkan hati Yeonjun.

"Betul apa Yoojung cakap.. nak jemput dia pun nak kena sembunyi macam tengah buat jenayah.. suruh naik pengangkutan awam pulak unnie tak bagi.. sebab apa? Sebab unnie RISAUKAN pasal keselamatan Choi Yeonjun.. si idol popular! unnie.. He's not a kid.. Pandai-pandai dia la nak jaga diri.. and if anything happen kat dia pun it's not your fault but it is his so-called fans punya salah"

"Yoojung.. watch your words bila bercakap" Yunhee sudah mula bertegas dalam nada suaranya. Adiknya yang sorang ini kalau bercakap tu memang ikut sedap tekak dia je.

"What? I'm just telling the truth.." Yoojung memusingkan tubuhnya mengadap Yeonjun.

"Kan Yeonjun kan..? kau kan idol.. mesti dah lama aware pasal peminat yang terlampau obsessed dengan kau kan" senyuman manis yang dibuat-buatnya tadi terus hilang dan diganti dengan senyuman yang sinis.

"Well tu la consequencenya kalau dah pilih fame and glory path.. Nothing in life will give you happiness without you have to sacrifice something.." Yoojung pun kembali ke posisi asalnya lalu menyilangkan kedua tangannya ke dada sambil memandang kosong ke luar tingkap.

Riak wajahnya kembali berubah dingin.

"But at least life is fair enough for you.. got everything without exactly losing everything"

Yeonjun memandang ke arah Yoojung.. dia tahu dan faham akan maksud disebalik kata-kata gadis itu.

"Cepat la drive unnie.. nanti lambat sampai" ujarnya tanpa memadang ke arah kakanya yang dari tadi memandang ke arahnya, dia dapat rasakan pandangan yang penuh dengan ketengangann dari kakaknya.

Yunhee mengeluh lalu memandang ke arah Yeonjun sambil mengucapkan kata-kata 'maaf' tanpa suaranya kedengaran.

Yeonjun yang memadang itu hanya mengangguk sambil tersenyum.

Bukan dia tidak biasa mendengar kata-kata sinis dari Yoojung. Malahan, dia sudah lali dan tidak seperti Yoojung dia sebolehnya tidak mahu memulakan sebarang pergaduhan atau membalas untuk menyakiti hati Yoojung..

Kerana hati dan perasaannya berbeza dengan Yoojung..

Dia.. tidak membenci gadis itu.


                                   ****

운명 : ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢ [ᴛᴀᴋᴅɪʀ] Where stories live. Discover now