Bab 49

167 5 0
                                    

Clare meletakkan keretanya berdekatan dengan restoran. Andy memberhentikan keretanya jauh dari kereta Clare.

Sebuah kereta hitam berhenti di hadapan restoran dan seorang lelaki memakai penutup muka dan cermin mata hitam keluar dari kereta tersebut.

Cermin mata hitamnya dibuka dan diletakkan di poket baju. Dia mengambil tempat di hadapan Clare. Clare senyum dan menjemputnya duduk.

Andy dapat kenal pasti bahawa itu adalah Jack. Tapi dia tak faham kenapa Jack menutup mukanya ketika masuk ke dalam restoran.

Clare memandang muka Jack dengan lama. Jack masih tidak membuka penutup mukanya.

"What's with the mask?". Jack memandang Clare.

"Saya nak minta tolong".

Clare memandang muka Jack dengan beribu soalan di kepalanya. Dia tidak faham kenapa lelaki itu berasa resah dan tak tenang.

Andy tidak dapat mendengar perbualan mereka berdua kerana dia terlampau jauh.

"Tch nak aku perhati je ke?". Andy menggaru kepalanya.

Andy memadam enjin kereta dan ingin keluar dari keretanya. Dua orang lelaki berbaju hitam datang ke kereta Andy. Mereka menghalang pintu keluar Andy.

"Fck! Keluarkan aku sial!". Andy cuba untuk menolak pintu keretanya tetapi mereka terlalu berat untuk dialih.

Salah seorang lelaki tersebut mengeluarkan gas tidur dan diletakkan di dalam kereta Andy. Andy cuba sedaya upaya untuk bertahan tetapi dia rebah.

Jack dan Clare keluar dari restoran setelah melihat kedua-dua lelaki tersebut berjaya menumbangkan Andy.

"Is it that important that you have to be so on guard". Clare menyilangkan tangannya.

"Trust me. I have no intention to do bad things to you".

Jack menarik Clare masuk ke dalam keretanya. Telefon dan barangan Clare ditinggalkan di dalam kereta Clare. Mereka semua bergerak meninggalkan Andy.

Andy tersedar dari pengsannya. Dia memerhatikan jam di tangannya. Sudah 2 jam berlalu selepas dia dipengsankan.

"Fck!!". Andy mengetuk stereng kereta.

Beberapa panggilan dari Alec tidak diangkat selama 2 jam dia pengsan. Andy menghidupkan enjin keretanya dan cuba mengesan telefon Clare.

Dia menjumpai barangan Clare berada di dalam kereta yang ditinggalkan di hadapan restoran tersebut.

Andy mengeluh panjang. Dia menelefon Alec untuk membawa kereta Clare pulang.

"You fcking what?!". Alec memarahi Andy setelah dia sampai ke restoran itu.

Andy duduk bersila di atas jalan. Kepalanya terlampau sakit dan dia tak mampu gerakkan badannya.

"Sory, aku tak sangka ada orang jaga Jack".

Alec memandang ke arah Anthony. Dia menyuruh Anthony memapah Andy masuk ke dalam kereta. Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"Como estas? (How are you) I'm sorry for calling you but I need your help".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You're BeautifulWhere stories live. Discover now