Bab 32

501 14 0
                                    

Emma cuba membuka pintu yang bertulis 'arma'. Pintu itu dikunci dari luar. Pintu itu juga diperbuat daripada besi.

"Hui buat apa tu?". Alexandra mencuit bahu Emma.

"Open it?".

Emma menunding ke arah pintu besi tersebut. Alexandra memandang pintu tersebut. Dia memandang ke arah Emma semula.

Alexandra mendiamkan diri dan berlalu pergi. Emma bermain dengan jarinya. Alexandra kembali dengan sejambak kunci. Dia membuka pintu besi tersebut.

"It's time for you anyway".

Emma masuk ke dalam bilik tersebut. Gelap. Alexandra membukakan lampu. Terpapar pelbagai jenis senjata api. Dari yang besar hingga yang kecil.

"Woah this is nice".

Emma mengambil 327 magnum yang berada di atas meja. Alexandra mengambil HK MP5 yang digantung.

"Ni lagi lawa rasanya".

Emma menggeleng dan mengambil 2 laras 327 magnum. Dia menilik setiap inci pistol tersebut. Yang lawanya pistol tu warna silver. Ha kau.

"I love these. Can I take them?".

"Sure why not".

Emma memegang kedua dua 327 Magnum tersebut. Lebih selesa pegang dua sekali. Alexandra meletakkan senjatanya semula.

Mereka keluar dari bilik tersebut. Emma membawa senjatanya. Dia menyimpan satu di biliknya dan meletakkan satu lagi di poket belakang seluarnya.

"Kau buat tu?".

Alexandra menyandar di bahu Alec. Alec membiarkannya. Dia tidak menjawab pertanyaan Alexandra. Emma duduk di sofa berhadapan mereka.

"Tak keluar ke harini? Biasanya nak melepak je kerja".

"Oh ye la! Mana Clare? Semalam beria rancang nak keluar. Harini tak nampak kelibat".

Alexandra dan Emma naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik Clare. Emma mengetuk pintu bilik Clare sebelum masuk ke dalam.

Clare sedang berbaring di atas katil. Berselubung dengan selimut. Emma dan Alexandra duduk di atas katilnya.

"Clare? Kau okay tak ni?".

Clare menggumam kecil. Dia menepis tangan Emma yang memegang lengannya. Alexandra memandang pelik kepada Emma.

"Clare? Kau okay tak? Kau demam ni". Alexandra memegang dahi Clare. Terasa panasnya.

"Clare, jom pergi hospital. Kau demam panas ni".

Mereka cuba mengangkat Clare. Clare menolak tangan mereka. Dia menarik selimut yang tersepak tadi dan kembali berselubung.

Alexandra mengeluh. Dia keluar dari bilik Clare. Emma hanya melihat kelibat Alexandra pergi. Dia melihat Clare yang dah serupa mayat hidup.

"Andy?!".

Andy berlari dari dapur ke ruang tamu. Dia memandang orang yang memanggilnya. Alexandra tergelak kecil. Nasib aje tak jatuh.

"Asal panggil aku?".

"Tolong angkatkan Clare. Aku nak bawak pergi hospital tapi dia tanak. Penat aku cuba angkat dia tadi".

Andy mengeluh. Mereka pergi ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Clare. Emma bangun dan berdiri di sebelah Alexandra.

Andy mengangkat Clare. Clare menolak tangan Andy. Dia bergelut bila Andy mengangkatnya. Andy cuba menahan dirinya dari jatuh.

Alexandra dan Emma memegang lembut tangan dan kaki Clare sampai dia tenang. Mereka turun ke bawah setelah Clare tenang di dalam dukungan Andy.

"Jap. Aku ambik kunci dulu. Kau tunggu kat luar".

Andy mengangguk. Emma membuka pintu untuk Andy. Mereka berdiri di sebelah kereta suv yang bewarna hitam.

"Asal ni?".

Alec dan Magnus menutup pintu kereta. Mereka pergi ke arah Andy yang mendukung Clare. Dia memegang dahi Clare. Alec mengangguk.

Alexandra menutup pintu rumah. Dia membaling kunci kepada Emma. Emma menghidupkan kereta. Andy meletakkan Clare di tempat duduk belakang.

Andy duduk di sebelah Clare. Kepala Clare diletakkan di atas pehanya biar tak sakit bila Clare bangun.

"Aku pergi dulu tau". Alec mengangguk.

"Careful".

Alexandra mengangguk. Andy terpaksa ikut sebab dorang tak larat nak angkat Clare. Mereka bergerak ke hospital.

Alexandra duduk di sebelah Clare. Emma dan Andy berdiri di sebelahnya. Doktor cakap Clare perlu duduk di dalam wad buat sementara akibat demam panasnya.

"Kau boleh tolong jaga dia tak?". Alexandra memandang Andy.

"Tapi aku ada hal nanti". Andy tersengih. Alexandra mengeluh kecil.

Emma membuka telefonnya dan mendail nombor seseorang. Alexandra hanya memerhati gelagat Emma.

"Who do you call, honey?".

Emma menunjukkan jari telunjuk di bibirnya. Dia tersenyum dan menjarakkan dirinya dari Alexandra dan yang lain.

Alexandra hanya melihat Emma yang sedang bercakap di telefon. Emma memadam telefonnya dan pergi kepada Alexandra.

"Done". Emma tersenyum. Alexandra mengangkat sebelah keningnya.

"Saya call Jack. Saya tanya dia free ke tak and suruh dia jaga Clare. He said yes".

Alexandra melepaskan nafas lega dan mengangguk. Mereka menunggu Jack datang untuk menjaga Clare.

Alexandra membuka pintu dan pergi ke ruang tamu. Emma hanya mengikut dari belakang. Emma duduk di atas sofa.

Alexandra baring di sebelah Emma. Peha Emma dijadikan bantal untuk kepalanya. Emma membelai lembut rambut Alexandra.

"Mana Andy?".

Alec duduk di sofa bersebelahan sofa yang diduduki oleh Alexandra dan Emma. Magnus pergi ke dapur. Lapar katanya.

"Dia kata dia nak keluar. Biarlah dia buat hal dia".

Andy masuk ke dalam bersama Anthony. Mereka pergi ke ruang tamu. Mereka duduk di bawah memandangkan sofa dah penuh.

"Kau pergi mana tadi?".

"Aku beli starbuck. Tekak nak starbuck".

"Ngandung ke sial?".

Alec mengangkat kening. Semua orang memandang Andy dengan muka dibuat-buat terkejut.

"Kepala hotak kau. Aku teringin lah sial".

Alexandra dan Emma tergelak kecil. Anthony dah berguling kat bawah. Alec hanya tersenyum. Magnus memandang pelik sambil memberikan air kopi pada Alec.

Alec mengambil air tersebut. Magnus duduk di atas tangan sofa di sebelah Alec. Andy menjelingkan matanya dan menonton tv.

Alexandra memeluk Emma. Dia menghadap perut Emma dan terlena. Emma hanya membiarkan Alexandra begitu. Alec menggeleng.

Magnus meletakkan cawannya di atas meja dan duduk di hadapan Alec. Dia bersandar di kaki Alec. Alec memandang muka Magnus.

"Hey? Are you sleepy?".

"Kinda".

Alec mengangkat Magnus dan diletakkan di atas ribanya. Magnus mula terlelap. Andy dan Anthony tersenyum memandang Alec.

"Die bitches".

Alec memeluk lembut bahu Magnus. Dia pun mula terlelap. Andy dan Anthony menggeleng dan menyambung menonton tv.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now