Dah berapa hari Alexandra terperap dalam bilik. Dia hanya keluar sekali untuk memberitahu Clare dan Emma yang dia nak balik ke Amerika hari ni.
"Weyh, kenapa dengan Cass? Dari aku sihat demam haritu dia tak jumpa aku pun". Clare menjungkit bahu.
Emma memandang pintu bilik Alexandra. Dia berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik Alexandra. Dia terasa dengan aku ke? Aku ada buat salah ke?
Emma menggeleng. Mungkin Alexandra perlukan masa untuk masalahnya. Emma duduk di atas sofa dan membuka tv. Dia menonton apa sahaja yang ada.
Alexandra bangun dari baringnya. Beberapa hari ni dia memang tiada selera untuk makan langsung. Fikirannya sudah hilang dibawa angin. Seolah-olah hidup dia penuh dengan kekosongan.
Dia mengambil telefonnya. Flight dia harini pukul 4:30 petang. Dia sudah siap mengemas pakaiannya. Tak perlu bawa banyak sangat, kat sana ada banyak lagi.
Buat kali terakhir dia melihat gambar ayahnya. Senyuman terakhir ayahnya adalah 2 tahun lepas. Dia berjanji dia akan membawa pulang sijil graduasi. Tapi ayahnya pergi sebelum dia sempat habis graduasi.
Nombor telefon Alec ditekan. Setelah beberapa kali deringan akhir Alec menjawab. Alexandra mengambil nafas sebelum bercakap.
"Pick me up. Now". Panggilan terus dipadam. Alexandra mengambil begnya dan dibawa keluar.
Alec memandang pelik. Namun dia tahu kenapa Alexandra jadi begitu. Anak kesayangan ayahnya. Sudah pasti susah untuk dia menghadam semuanya.
Alec berlalu ke tempat parkir kereta dan mengambil kereta Nissan GTR kepunyaannya. Kereta tersebut meluncur laju di atas jalan raya.
Setelah hampir 30 minit di atas jalan raya, akhirnya Alec sampai juga ke rumah Alexandra. Dia sudah berada di halaman rumah.
Emma dan Clare hanya memandang Alexandra yang berlalu pergi. Alexandra sudah memaklumkan bahawa dia akan tinggal disana untuk beberapa hari.
Emma menatap muka Alexandra sebelum dia berpaling. Sedih dan perit yang dialami Alexandra turut terasa apabila dia memandang mukanya.
Alexandra tersenyum lalu melambaikan tangan ke arah Clare dan Emma. Senyumannya sungguh fake. Mukanya yang pucat membuatkan dia nampak sakit.
Alexandra masuk ke dalam kereta Nissan GTR kepunyaan Alec. Alec menolong Alexandra memasukkan begnya ke dalam bonet kereta.
"Are you okay?". Alexandra mengangguk.
Alec terus memandu ke rumahnya. Sekarang baru jam 10 pagi. Alec ada mesyuarat pada pukul 2 petang nanti. Selepas itu baru mereka bergerak ke Amerika.
"If you want anything, just call for me okay?". Alexandra mengangguk dan tersenyum.
"I miss him already".
"I know". Alexandra bangun dan memeluk Alec. Alec membalas pelukannya. Dia tahu kematian ayahnya bukan kemalangan. Dia tahu siapa yang buat.
"I really have to go. Take a good care of yourself Cassie". Alec melepaskan pelukannya. Pipi Alexandra ditekup dan dia mencium dahi Alexandra.
Alexandra melihat Alec berlalu pergi dengan keretanya. Alec tinggal seorang. Dia tak nak teman wanita atau sesiapa sahaja berada di dalam rumah ni selain dia.
Untuk sesiapa yang tak kenal Alec. Mereka akan menganggap Alec seorang yang sombong dan berego tinggi. Tapi semua tu salah. Alec seorang yang penyayang. Buktinya, Alec sentiasa ada untuknya.
Selepas mesyuarat Alec habis, mereka terus bergerak ke KLIA untuk menaiki flight tersebut. Jam baru menunjukkan pukul 4 petang. Ada 30 minit lagi sebelum flight berlepas.
Alec bercadang untuk makan dahulu. Terdapat Mcd berdekatan jadi mereka hanya makan disitu sahaja. Alexandra tidak bercakap sepatah pun.
"Cassie? Okay tak ni?". Alec memegang lembut tangan Alexandra. Alexandra tersentak.
"Oh ye okay je". Alec melepaskan pegangan mereka.
Selepas makan dan minum. Mereka bergerak ke gate untuk flight ke Amerika. Ia mengambil masa selama 12 jam ke sana jadi mereka membawa sedikit snek bersama.
Alexandra termenung sahaja sejak memasuki kapal terbang. Fikirannya menerawang memikirkan muka ayahnya. Alec sudah tertidur di sebelahnya.
Alexandra melihat telefonnya. Emma ada chat dia tapi dia tiada mood mahu melihat. Dia mematikan telefonnya dan tidur.
Vote 4 me 😩🌈 oh I'm gonna die if you're not voting for me 😣😹
YOU ARE READING
You're Beautiful
De Todo(Updating) [Slow update] #lgbt #les #gay Not interested then don't read Still new to this so I appreciate it if you guys can support me and I'll do my best to keep on updating the story